Saturday, January 15, 2011

Usahlah pertikai rezeki Ana Raffali


Perempuan ni mungkin membangkitkan ketidakpuasan hati dikalangan ramai orang diluar sana apabila lagunya dinobatkan sebagai Juara Lagu. Bermacam-macam pendapat yang diluahkan, ada yang baik dan sebaliknya. Lumrah manusia, memang tidak pernah senang bila anggapan mereka salah. Aku nak meluahkan rasa tak best and rasa kecewa sikit pada orang-orang kat luar sana, kenapa perlu menghukum dan membidas Ana Raffali? Sudah-sudahlah. Kalau itu yang tertulis, memang itu rezekinya hentikan kutukan dan menghentam si Ana ni. Aku tak nafikan memang lagu dia bukanlah taste aku tapi aku taklah se-emosional orang2 diluar yang benar-benar tak puas hati hingga creat accout FB untuk memberitahu kepada juri-juri dan semua orang yang majoriti ini tidak puas hati sangat-sangat. Anda ada membaca liriknya? Liriknya memang sangat mendalam dan hanya orang yang mempunyai seni didalam gubahan lagu yang boleh mengerti dan pada pendapat aku ia sangat unik dan cantik susun katanya. Aku rasa M.Nasir pun nak sep dengan aku bila membaca pendapat aku ni.

Sudah-sudahlah menghentam Ana Raffali ni even dia ni bermasalah ke apa ke, tak perlulah dicampur-adukkan. Ini bukan Anugerah Artis dan Lagu Paling Best Atas Undian Semua Orang Melalui SMS. Jangan terlalu emosional dan M.Nasir juga mungkin berpendapat yang beliau arif dalam dunia ni dan tak perlu orang lain pertikai keputusannya. Hormati keputusan dan hormat akan perasaan orang lain. Jika anda berada di tempat Ana Raffali ni dan mungkin lagu anda hanya menjadi kegemaran segelintir sahaja tetapi bila ada pihak menilai lagu hasil karya anda yang penuh kata-kata yang mendalam dan tidak semua mampu menghasilkan lirik sebegitu, maka anda mesti berbangga, bukan? Dan apa perasaan andabila orang datang membidas anda umpama anda orang yang tak layak seperti apa saje? Adakah anda rasa dihina, dikecam? Jadi, terapkan rasa hormat kepada orang lain dan ingat, Ana Raffali manusia seperti Anda dan dia juga mempunyai perasaan. Hentikan segala pendapat negatif, biarlah ia diluahkan sesama anda dan tak perlulah sampai ke tahap melampau seperti menghinanya. Harap anda bersabar dan jika anda rasa anda mahu seseorang tu menjadi juara atas permintaan anda sendiri, sila tunggu ABPBH ke AF ke Mentor ke. Jadilah orang yang rasional dan chill lah, okay? Tolonglah hormati sesama sendiri. Tolong yer Semua. Terima Kasih.

Sekian.

No comments:

Post a Comment