Wednesday, May 25, 2011

Kelantan??

Hi, untuk pengetahuan semua aku dapat sambung DIP integrasi kat Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Seriously, aku tak tahan sebab aku sangat tak ada mood sekarang dan aku sangat upset sebab dicampak kesana. Itu sahaja yang mampu diperkatakan. Sebab aku taknak dok sana? Simple. The distance. The people and the environment. Kata apa sahaja, anda nak ke hidup kat sana? Kalau anda orang kelantan sukalah. Malaslah nak cakap banyak. OK, Doakan rayuan pertukaran aku diluluskan. Amin

Wednesday, May 11, 2011

Saya tak murah

The title should be: 'I am not cheap'. Tapi bahasa melayu rasanya lebih memberi makna yang kuat dan jelas. Itulah tajuk ingin aku katakan. Baru-baru ni aku dapat text dari mamat cc yang kerja di cybercafe bawah bilik sewa aku kat Ipoh, dia bernama fucker. Mungkin nampak aku agak biadap dan rude tapi nama ni sangat sesuai dan sepatutnya diberi untuk orang macam dia. Nak tahu sebab apa? Sebab dia ingat aku sangat murah. Entah mana silap aku sehingga dia memperlaku sebegitu rupa. Sanggup dia menunjukkan sikap bangsat dia sedangkan dia tu boleh jadi bapak orang. Aku sangat upset bila dia menghantar message nak mengajak aku @$%^. Kaget bukan? Nak kata aku melayan, jauh sekali. Aku berani sumpah, since aku stay atas tiada langsung aku mengada-ngada dengan dia. Sebab? Boyfriend aku ada... Buat apa aku nak menggatal? And direct saying, I am not THAT TYPE. Aku mungkin treat dia quite nice dan dia menyalah tafsir. Agak kurang senang akan perilaku lelaki seperti ini. Tidak sedar akan dirinya dan paling jelas dia memang kurang didikan agama esp dalam pendidikan akhlak. Sedih bila orang anggap diri kita murah sedangkan memakai pakaian menjolok mata pun jarang sekali apatah lagi melihat diri dipertonton bersama lelaki dihadapan public. Frankly speaking, dia adalah lelaki paling hodoh dan bodoh pernah aku jumpa. Kata2 ku untuknya is janganlah memperaksikan diri anda seperti khinzir jantan. Sorry to say, agak biadap entry aku kali ini tapi aku rasa tiada siapa faham akan apa yang kurasa sebab? Orang mungkin akan menunding jari ke arah aku kembali 'siapa suruh melayan?', dan ingin aku tegaskan disini tidak sesekali aku membiarkan kehormatan aku dicalari dengan perbuatan lakhnat seperti itu even dia hanya menghantar message. Oh ya, untuk pengetahuan umum, aku sudah hampir setengah tahun tidak ke Ipoh jadi munasabahlah aku nak text si khinzir jantan tu. Untuk apa? Aku hanya berurusan dengan dia 2 minggu yang lepas untuk deal pasal bilik sewa untuk aku stay for convocation for next week, 19th May. Aku pun menghela nafas legalah sebab masalah aku nak stay 3hari kat Ipoh settle. Tup tup jadi macam ni. Untuk rasa selamat aku pun decided untuk stay tempat lain. Biarlah tuhan membalas tindakan bodoh dia tu. Ternyata ceteknya pemikiran dia yang menyangka aku ni seangkata perempuan lain yang senang2 dibawa ke rumah. Bullshit.

Kata-kata terakhir untuk khinzir jantan tu, tuhan dah bagi otak tu fikirlah. Janganlah Guna nafsu binatang untuk keseronokan kau. Jangan ingat aku mudah dan murah. Kata maaf kau ternyata tak laku. Dan untuk pengetahuan kau, kawan aku gelarkan kau 'gigolo' sebab fashion rambut kau yang ntahpape tu. Muka kau macam tak padan dengan usia lah. Ubahlah sikap kebudak-budakan dan riak kau tu. Perangai kau ni sama je macam perangai bohjan. Sekian.

Sunday, May 8, 2011

Andai orang tahu perasaan saya

Bila saya marah saya bukan benci tapi saya nakkan orang pujuk dan perhatian. Walaupun saya nampak protes walaupun sudah dipujuk bermaksud saya mahu dipujuk2 lagi dan saya nak rasa dihargai.

Bila tiba-tiba saya senyap tanpa sebarang message/call, bermaksud saya mahu dia message/call saya dulu. Saya taknak nampak saya saje yang berusaha untuk mengambil tahu.

Bila saya melontarkan kata yang menyakitkan hati, jangan percaya kata2 tu. Sebab saya hanya cakap ikut suka hati saja bukan dari dalam hati. Kalau saya kata 'Tolong tinggalkan saya', bermaksud saya mahu bersendirian dan bukan saya tak perlukan dia tapi saya sedang mecari ruang untuk merasa tenang.

Kadang-kala saya bersikap degil. Degil bukan kerana saya memang degil tapi saya mahu lihat anda bersabar atau tidak. Percayalah hati saya sangat keras tapi hanya anda mampu melembutkan,

Bila saya kata ada orang lebih baik atau lagi hensem dari dia, jangan percaya. Saya mahu dia lebih hebat dan terbaik dari sesiapa yang pernah saya lihat. Dan apa yang saya maksudkan ialah saya tetap nampak dia yang paling terbaik.

Kadangkala saya jarang suarakan kata rindu bukan bermaksud saya tak rindu tapi saya sengaja beri ruang kepada dia untuk suarakan dulu. Dan apabila saya kata rindukan dia bermaksud ia memang datang dari hati saya.

Bila saya marah secara tiba-tiba dan mood tiba2 swing, bermaksud ada lah kata2 dia yang membuatkan saya rasa sakit hati or tak puas hati. Dan bila saya kata sesuatu janganlah argue, iyakan saja. Jangan tunjuk anda tahu segalanya dan membuat saya rasa jengkel.

Saya sering merasa sakit tapi menyembunyikannya sehingga saya menitis air mata tapi sesiapa pun takkan dapat melihat sebab saya menangis didalam hati. Derita saya sukar difahami dan saya boleh tersenyum sembunyikan rasa sedih dan mencari kekuatan diri.

Saya masih memerlukan bimbingan. Bimbinglah saya menjadi perempuan yang baik. Janganlah halakan saya dengan perkara negatif dan saya saya juga mahu kahwin dengan lelaki baik maka tunjukkanlah perkara yang baik.

Saya sangat tak suka dia berhubung dengan perempuan maka janganlah lakukannya walaupun saya mempunyai ramai kenalan lelaki tapi saya tahu batas dan saya kenal diri saya sendiri tapi tidak anda.





Sunday, May 1, 2011

Demam

Aku curi-curi masa nak update blog untuk hari ni memandangkan tahap kesihatan aku agak menurun lately dan I've a lot of thing to do. Kemas dapur, lipat kain, gantung baju and etc. Btw, lagi 18 hari untuk aku ke Ipoh for convocation ;) Happyy. Rinduuu tapi budak-budak poli tengah cuti lah pula time tu so...sama je! Hehe kureng happening sikit. Okay, sekarang ni disebabkan masa aku banyak dihabiskan dirumah aku selalu sangat drive hantar adik aku pergi sana sini, kalau lapar capai je kunci kereta and vroooom. Memandangkan aku start belajar bulan September ni aku decided untuk duduk rumah jelah. Aku dah give up pergi interview. Sick of it.
Doakan aku cepat sembuh ya. Kalau noticed, aku sebulan sekali mesti demam punya. Nak buat macam mana. Kan? Satu cara menghapuskan dosa. Positive hehe okaylah take care