Sunday, January 30, 2011

Single or Taken? Or flirt?

Aku dah agak lama tak merasai kehidupan sebagai single and available. Wahh haha. Aku dah lama tak pernah rasa jatuh cinta dengan someone. Yang aku tahu perasaan time tu mesti awesome gila! hehe ni bukan bermakna aku nak menjadi single, Ohh no no. Aku tak mahu sakit hati bila break up. Nauzubilah. Tapi aku teringat kata-kata ex-housemate aku, sara. Dia ni single so, aku banyak dengar dia kata hidup single ni bebas. Bebas keluar sana sini, hati kosong, tidak terbeban rasa risau, nangis bila rasa dituduh curang dan akibat jealous sangat, berendamlah air mata. Batin terseksa bila mengalami saat berjauhan. Arghh! ( Mood: ape ni...rimasnya ada perasaan)

Jadi single memanglah best tapi seronokkah anda melihat orang lain pimpin tangan, dinner sama-sama and ada tempat meluah rasa gundah? Mesti kata hati bisik, boringnya aku...Hmm. Kata-kata 'being single is OK' mungkin kata semangat untuk mereka yang tidak mempunyai kekasih hati, perhaps. (:

Menjadi gf/bf orang ni, err... best ke? haha sepanjang aku memegang kata ' I already taken', aku merasai pelbagai perasaan. Perasaan diabaikan, disayangi, ambil berat, kena marah, marah kat partner hehe, jealous, rindu, sayang sangat-sangat, terseksa, suspicious, heartbeat tiba-tiba laju, non stop texting, call, check handphone partner ada message perempuan lain tak, pakai cantik2 untuk si dia alahai. Betul lah kata orang, bodoh kerana cinta itu NORMAL. Bila dah break ayat n mest keluar punya ' Bodohnya aku selama ni...kenapalah aku boleh sayang dia, dahla hodoh duit tak ada, tak sedar diri blablabla'. Haha. Jodoh memang takkan selamanya kekal. Akhirnya nanti, mati juga pisahkan jua.

Tapi bila dah ada partner jagalah dia sebaiknya, janganlah abaikan dia. Ada masalah, share lah. Jangan kuat simpan dan membelakanginya jika tidak anda akan diselingkuh hehe. Janganlah curang yer, tak mau tak mau tak mau. Ada yang tanya aku, kenapa perlu curang? Jawapan aku, sebab tak diberikan apa yang harapkan, cukuplah dengan perhatian bukan RM. Bukan perhatian 24/7 tapi keprihatinan anda terhadap partner anda. Janganlah sampai wujud orang ketiga. Aku bukanlah mudah mampu membuka hati menerima someone tapi bila sampai satu tahap mungkin Tuhan membuka ruang dalam hati untuk aku menilai mana kaca and permata.


No comments:

Post a Comment