Sunday, February 27, 2011

Sigh. Perempuan...

Kalau boleh aku nak rasa tenang sekejap, Without anyone else. Banyak sangat cerita yang hinggap kat telinga ni lately. Semuanya sebab jenis manusia bernama PEREMPUAN. Perempuan memang boleh jadi racun and at the same time boleh jadi madu. Macam aku, tak payahlah ceritalah, ada lah minah ni tak habis-habis ingat kita ni nak kat boyfriend dia, dia tak sedar ke kita ni ingin pun tidak. Maybe dia rasa kondisi dia tergugatlah akibat rasa cemburu membuak-buak and EGO dia yang tak habis-habis control cool. Well, kalau ex-boyfriend I tu sehensem Edward Cullen, I boleh consider lagi. Yang aku pelik dia boleh 'kumbah' segala laman sosial aku, tu yang aku tak berapa faham. Dah tu sampailah sekarang... Well, for that guy, you must be proud lah with your girlfriend sebab she's love you like CRAZY. haha I don't mind lah, for me let gone be bygone. That's it. You nak ludah jilat banyak kali pun I don't mind and MYOB. You know what the meaning of this? Ni bukan sistem account tu, its MIND YOUR OWN BUSINESS. Tak kisahlah kan, whatever it is I nak minta maaf lah sebab mungkin ada benda yang you tak senang tapi kenalah faham, I melenting sebab orang tiba-tiba said 'jangan ganggu kitaorang', ofcourse I melenting,I tak kacau babe. Swear to God. And remember, I tak akan sesekali kacau BF ler. Thats my principe.

And cerita mengenai yang lain2 berkaitan perempuan. Aku tak berapa nak faham kenapa ada juga perempuan nak kat laki orang. Dah terang-terang orang tu dah jadi laki orang tu takyah lah sampai menjadikan facebook, twitter and laman sosial lain sebagai platform untuk menggatal. Kesian sangat aku tengok perempuan makan hati dengan husband diorang. Aku rasa 'makan hati' lagi sakit dari toreh hati dengan pisau. Kes2 macam ni membantut aku untuk kahwin pada suatu hari nanti. Aku takut dengan perkataan MAKAN HATI. Once, husband aku buat hal memang aku takkan susah nak lupa and TERIMA dia balik. So, aku harap benda-benda ni dijauhkanlah ya Allah... Patutlah ramai yang tak kahwin, walaupun ia satu tuntutan and fitrah tapi dari makan hati, baiklah single sahaja, mungkin lebih rasa tenang.

And pesanan aku kepada perempuan kat sana termasuk aku, minta jauhlah laki orang. Fikirkanlah perasaan wife dia lagi2 kita sama2 perempuan, kan? Tolonglah kepada lelaki walaupun anda diberi chance untuk pasang 4 tapi anda perlu fikir bahawa jika perkara itu membawa kepada keburukan, tak usahlah. Kalau bini anda dah tak lawa, suruhlah dia pakai cantik2. Bukan susah pun, banyak dah sekarang alternatif un
tuk jadi superb hehe. So, pesanan kepada aku juga, dah kah
win nanti penampilan kita is NO.1.

(picture ni di published sebab rindu kat adik, haziq. Bulu mata dia kalah Rozita Che Wan)

Wednesday, February 23, 2011

French Twist hair

Sungguh2 aku belajar kat tutorial in Youtube. Ni lah hasilnya hehe kena banyak kali buat baru ok lagipun rambut aku nipis and licin. Susah nak buat kena, kena ada orang buatkan baru kemas. Style ni banyak digunakan oleh stewardess and aku interested nak buat sebab aku rimas so, dengan cara ni maybe boleh bagi kemas sikit. Okay ke? tak nampak sangat kan? Anyway, kalau nak try bolehlah search in youtube.

Tuesday, February 22, 2011

Mata terkena clorox

Ceritanya bermula semalam, bila aku sedang asyik mem 'dye' rambut azirah and akhirnya aku terlupa untuk memakai sarung tangan, aku pun bingung habislah tangan aku penuh colour merah akibat inai tu pekat. Hahaha. Aku tenyeh sabun, aku ambil face wash semua aku tenyeh aduhai macam mana ni last2 aku try nak tuang sikit clorox (bijak kan?) sikit je sebab nak campur sabun supaya hilang sikit ketara warna dye ni, tiba2 penutup clorox terlepas dari tangan aku, bila aku nak tunduk...nahh mereciklah air clorox tu ke dalam mata aku. Aku pun cepat2 basuh mata aku pedih gilaaaa. Aku rasa lama juga aku basuh hampir 10 minit risau ia akan melarat. Merah mata aku. Gundah gelana betol waktu tu. Aku suruh mama belikan eyemo. Akhirnya mata aku merah sampai lah ke hari ni, tu pun dah kurang, pedih je. Pagi tadi bangun mata aku terlekat sisa air mata kering, kesian mata aku. Next time, clorox letak jauh2 jangan gatal buat perkara ni unless terdesak macam tadi tu. haha. Tapak tangan aku penuh berwarna merah wehh mana aku tak panic, kuku pun automatically merah. haha dah macam nak kahwin.

Oh ya, lupa nak bagitahu. Mood aku dah okay. Rindu Ipoh sudah terubat sekarang asyik nak teperap kat rumah je. Mengada dah start dah. Kena cari kerja cepat ni sebab aku malas nak balik Tanjung Tualang next holiday in March. Arghh. Nightmare again. Peliklah lately aku rasa macam baik2 je. hehe tak adalah moody je then perasaan dibelenggu dah tak ada. Strange... but praise be to God. HEHEHE. Okaylah, thanks for reading. Take care everyone.

Friday, February 18, 2011

Ohh Ipoh here I come!

Last tuesday, aku telah berjaya pulang ke Ipoh yuhuu. Hehe berkat doa yang tulus dan direstui Tuhan maka, hajatku untuk pulang sebentar ke Ipoh pun menjadi kenyataan. Tersengih je sepanjang hari, time tu. Sedih semua hilang. Tujuan hanya satu, nak balik TC jumpa ex-coursemates semua. Bukan ex-boyfriend okay. Aku jumpa liyana, anis, hazirah, peanut, sara, nad, meerna, shida dan ramai lagi. Dorang pun sangat kangen akan ku hehe. Semua kata aku makin kurus, aset hilang sudah? Haa? alamak. Kena makan banyakle jawabnya ni, hancurkan diet gila ni sebentar and operasi makan without diet starting now. Hehe mengenai brader CC tu ternyata dia memang admire sangat dengan aku, sampai ajak dinner, breakfast, haktuih lah. Aku taknak. Cerita tak pernah tak UP, semua nak yang terbaik. Girlfriend ni lah ex tu lah ex ni lah. Haiyoo, I'm not interested lah bro... Sedih betol kadang2 tengok mamat kategori ni, well...semua orang ade pe'el masing2. We should accept sebab kita pun belum tentu perfect, as long as tak ganggu hidup aku, tak kisahlah nak buat apa pun. Cerita pasal Sara, dia ada cerita bilik aku tu macam seram sikit hehe aku pun tak nafikan memang iya lagi2 kat area toilet tu memang semacam sikit tapi aku takdelah pernah jumpa, cuma kita kena ignored jelah. Tapi bilik tu walaupun seram aku tetap sayang sebab kat situlah tempat aku bergelumang. Rindu sangat. I miss you....already.

So, lepas ni apa agenda I? Searching kerja lah. Aku baru lepas outing dengan Wani tadi, dia belikan mp3 untuk boyfriendnya. I ada sesiapa nak bagi MP3 ke iPad ke paling kokak pun dress Zara ke. Teringin nak dapat present dari awak, sayang. Tapi tak mengapa. Tak mengharap pun. blablabla. Okaylah, nak dinner. Awak semua dah dinner? jomlah makan sama kat Ani sup Utara kat sri gombak ni. Have a nice day, jangan noty2. Bye, assalamualaikum. (;

Saturday, February 12, 2011

nak balik ipoh. Please...

Ternyata kerinduan yang tertanggung ni akhirnya memakan diri. Betullah apa yang diceritakan didalam drama yang bila seseorang itu sangat merindui seseorang yang lain, dia mampu menjadi gila dan kemurungan jika tidak diberi perhatian sewajarnya. Aku sangat rindukan my old life. Tapi tidaklah sampai decide untuk kembali menjalani kehidupan disana. Aku okay2 saje kat sini. Tapi tolonglah ya Allah... Kalau aku dapat sambung belajar September ni tolonglah permudahkan aku kembalik kesana. Jauh dari sudut hati aku, aku sangat selesa kat sana and aku nak teruskan apa yang perlu dihabiskan kat sana. Aku ada juga terfikir nak kerja kat sana tapi instinct aku kuat mengatakan tidak perlulah kesana sebab aku perlu balik ke tempat asal. Kalau kat sana pun ada siapalah sangat, kan? Kat sini, susah2 pun family ada. Takpelah, maybe dalam seminggu dua ni aku nak balik sana nak menenangkan hati yang rindu sangat nak jumpa kawan2. OMG... Missing you...

Friday, February 11, 2011

to Arwah Fiza.

Assalamualaikum. Best ke hari ni?hehe biasa saja. Boring tu memang sentiasa ada. Aku ni dah macam housewife dah cuma tak ada laki dengan anak je tapi kerja aku, sidai kain dengan cuci pinggan je.hehe yang lain maid aku punya kerja. Mana tak bosan. Aduhai. Tengah menung-menung mengenang kebosanan semakin menguasai diri, fikiran aku merewang memikirkan Fiza. Sebab aku terfikir dulu-dulu kawan2 aku semua pakat kerja kat Sogo ni termasuklah si Fiza ni. Fiza ni siapa yer? Jarang and tak pernah aku mention pun sebab dia dah lama pun tak ada kat dunia ni. Tengah aman disana. Bestla kau Fiza...aku ni tak tahulah nasib kat dunia ni ntah legam ke apa kat sana. Hehe aku tahu kau mesti happy kat sana. Tunggulah turn kitorang ni pulak, ntah esok lusa ke 20 tahun lagi ke apa, insyaAllah kita semua akan pergi.

Fiza pergi sebab cancer tulang. Aku dapat tahu dia meninggal time pukul 3-4am, aku benci kalau dapat message yang mengejutkan tengah waktu-waktu macam ni, boleh mati aku sebab dia dahlah tengah tidur, terkejut dengan news tu dahlah satu hal, dengan jantung ni berdegup laju gila babi jangan cakaplah satu hal nak bagi tenang, kalau pukul 9, 10pagi boleh consider lagilah boleh menenangkan hati juga time tu. Esoknya aku ada class, tu pun Aina text aku. Aku memang tak tahu nak cakap apa time tu. Sedih, bingung, mamai... Aku terpaksa switch off otak aku sebab esoknya aku ada class, mahu aku tak tidur insomnia ke apa kalau aku layan perasaan yang campur-campur time tu. At last, aku dapat juga tidur tu pun bangun je aku bingung2 macam tu, sedih tu jangan cakaplah sebab Fiza ni lah yang ajar aku naik bus rapid KL, Metro semua2 ni. Kalau tak, haram aku nak tahu. Sesat kat Chow Kit pun belum tentu dapat balik, yelah time tu aku sekolah lagi, mana lah ada chance nak explore semua lagi2 aku ni teperap je kat rumah, kalau nak keluar pun dengan family. Then, dia lah yang rajin ajar aku math sebab dia memang excellent in calculation. Dia dengan Zarith lah yang ajak aku pergi sama2 tuition Kasturi kat Central Market dulu. Well, pemergian kau sangat mengajar aku tentang kehidupan. Yang manusia takkan kekal berada disini dan perlu bersiap sedia dengan dunia selepas ni pula.

Aku tahu kau pun tak lupakan aku sebab kau selalu muncul dalam mimpi aku. Orang kata, kalau orang yang dah tak ada datang dalam mimpi and tak cakap apa2, maybe tu rohnya. And aku tak kisahlah itu roh kau ke mainan tidur, atleast aku rasa kau tetap ada dengan aku even dalam hati. And aku tak pernah anggap kau tak ada. Kau tetap ada dan sekarang aku dah faham apa maksud 'sentiasa berada disisi iaitu didalam hati'. Walaupun kita berada didunia yang berbeza tetapi kita pernah membesar bersama-sama didalam dunia yang sementara ni dan sempat merasai dunia remaja, zaman sekolah. Aku sentiasa doakan kau dan harap kita dapat berjumpa lagi dikemudian hari, insyaAllah. Moga kita dapat melalui kehidupan di alam syurga pula lepas ni. Salam buat anda Fiza yang diingati. Yang jauh dimata tapi sangat dekat dihati. Berbahagialah anda disana...

Thursday, February 10, 2011

Something Wrong With Me.

Assalamualaikum kepada semua. hehe Title pada hari ni pasti membingungkan sikit kepada anda dan termasuklah aku ni yang rasa ada benda yang tidak kena sikit pada aku. Apa dia ye? Last week, aku datang bulan, aku quite weak jugalah. Selalu taklah sepenat ni tapi aku rasa ni mungkin simptom PMS lah kot then aku try sabar. Last week juga, aku pergi vacation kat Melaka. Aku berjalan kat dalam Mall haritu aku rasa macam moody sikit lepas tu, aku rasa macam dibelenggu sesuatu and imagination aku macam beyond dari normal punya pemikiran . Contoh, aku tengok seseorang tu, aku perhatikan dia dan aku fikirkan segala tentang dia yang orang tak fikir. Mesti anda tak faham kan? Aku pun tak tahu lah nak terang macam mana. Lagi 1 benda yang aku kena ialah kelmarin aku mengalami 'sesuatu'. Waktu tu dalam pukul 9 macam tu, aku rasa seakan2 rimas dan tak kena, umpama 'anda didalam ruangan sempit dan ingin lepaskan diri'. Aku rasa nak keluar sangat time tu, aku keluar rumah, bukak gate, aku rasa nak mintak tolong orang, tolong saya rasa tak selesa macam saya kena tekup. Macam mana ni, saya gila ke? kenapa ni. Aku dah berpeluh-peluh, aku pergi dapur, aku on TV then terus tengok TV agar aku tak melayan 'perasaan' pelik ni. Aku nak bagitahu kat parents aku pasal ni, tapi rasa macam tak logik plak kan, kenapa aku rasa macam ni, relevan yang obvious maybe aku depressed, duduk rumah je then aku terlampau berfikir. Mengenai tu mengenai ini dan aku teramat-amat rindukan Ipoh...

'Perasaan dibelenggu' ni ia just come and leave tau, tiba-tiba aku rasa terbayang aku duduk kat tempat sekarang, aku tak boleh keluar. Aghhhh apa aku rasa ni? Aku sangat jiwa kacau sangat sekarang, kemungkinan aku kena pergi berubat untuk hilangkan 'benda' ni. Must be something wrong somewhere.

Tuesday, February 8, 2011

IDIOTIC. PSYCHOTIC.

Aku menahan sabar yang sangat tinggi malah berazam untuk tidak sesekali melemparkan kata kesat atau berbaur sindiran kepada sesiapa sahaja. Dan bagi menjawab kenyataan balas si perempuan berwajah k.o.p.a.b tu, jika anda boleh STALKER saya, maka saya juga boleh mencari awak juga dan melihat siapa agaknya perempuan yang menggelupur call and text saya agar jangan ganggu BOYFRIEND hingus hijau milonya itu. Dan untuk pengetahuan awak, saya cari awak thru your lovely boyfriend's FB. Saya pun tak reti nak 'find' awak sebab awak bukan somebody pun. Kalau boleh, nak click awak pun saya tak ingin, tahu? Sudahlah, saya taknak masuk campur urusan awak berdua malah saya doa lagi awak bahagia hendaknya. Kata saya Wanita Tua Tak Sedar diri? haha. What so ever... Saya wanita tua ke apa pun statement awak, saya tidaklah se desperate nakkan EX-BOYFRIEND saya sendiri. Katalah apa sahaja wanita bermuka k.o.p.a.b, saya tetap tidak pernah sesekali menganggu boyfriend awak malah kalau saya nak buka cerita mengenainya apa yang dia buat sebelum awak menyiasat saya ni, takut anda berdua gaduh pulak. Tak apalah, let gone be bygone. tata~

Monday, February 7, 2011

Yay dah sihat!

Praise to God, demam dah HILANG. Mama dengan Azirah still belum okay. Aku cepat baik sebab aku makan antibiotik lama time aku denggi haritu. Ni pun terasa saki baki demam lagi tapi biarlah esok sihat lah ni. Semalam aku tidur satu hari. Penangan ubat itchy and flu. Haih, penat rasanya tidur macam tu. Finally, aku pun dah sehat. Hari ni, tak buat apa je, watching Hantu Kak Limah Balik Rumah at Astro first saja. Boringlah, dia tayang 48h nonstop. Lama2 aku dah naik tepu, dialogue pun aku dah boleh hafal. hahaha. Lemas aku bila tengah demam. Esok aku akan survey kerja. Giat mencari! hehe boringnyaaaa! I miss you like crazy sayang.*

Saturday, February 5, 2011

Lawan virus FLU

Aduhai lemah rasanya tapi aku tepis-tepis je dari melayan flu and tekak ni yang semakin mengada-ngada nakkan perhatian sewajarnya, aku dah kehabisan ubat... Ubat lama yang sebeban aku bawa balik dari Ipoh tu tak tahu mana pergi. Last2 aku makan ubat yang beli kat Guardian je haritu, nak makan Panadol usah haraplah aku nak telan, aku tak percaya lah si Panadol ni. Body temperature still okay cuma virus flu ni semakin menular dan kalau aku minum ice confirm kena attack demam punya. Aku benci demam! Hiyaaaahhh! LAWAN! LAWAN! Dush dush dush. Azalea KUAT. hehe appetite aku still okay juga. Bolehlah layan Nasi Goreng Cendawan sepinggan tadi, ingat nak makan half je tapi tersedap pulak habis 1 pinggan aku bedal. Ni aku teringin ice cream pulak. (Ewahh kau Azalea. Mengada kau mintak bukan2 time ni yer). Flu ni terjangkit dari Azri pada awalnya then berjangkit pada Azirah lepas tu nah! aku pula kena. Marveless. Doakan aku kembali sihat dan cergas, dapat job baru and aku juga mendoakan anda juga yang membaca. Have a nice day, dear.

Friday, February 4, 2011

Forgive you

Hari ni, aku baru pulang dari Melaka yang indah. Bukan jumpa boyfriend ye, saje berjalan hehe makan ikan bakar. Lepas tu jalan-jalan kat town dia, pergi Muzium, naik beca hehe 1st time tau dalam hidup naik beca, lepas hajat aku nak pergi muzium hehe even bosan sikit sebab aku macam moody je lately tapi best juga lah. Asik moody je, hehe kalau suruh senyum memang kelat je. (actually i missing you syg). Sakit tau dah jauh sekarang... ya Allah..kuatkanlah jodoh kami. Dugaan,dugaan... Sabar jelah. Ohh yer, berbalik pada cerita vacation raya cina ni. Aku macam dibelenggu something. Something disturbing in my head. Menung sana sini, lepas tu tengok semua orang macam tak selesa je. Aku jadi macam sesat dalam dunia asing, rasa nak jerit NAK BALIK RUMAH! Agaknya aku rasa kurang selesa and bukan masanya untuk bersuka ria pergi bersantai sana sini hehe. Time to stay at home.

Hari ni aku telah post kan sesuatu dilaman sosial aku, "orang kata kalau nak hati tenang dan mati pun tenang, maafkanlah orang. Jadi, saya maafkanlah orang tu dan saya pun nak mintak maaf sebab saya dah remove anda.hehe saya add lah balik, boleh?hehe". Aku pun nak minta maaf lah kepada semua orang tak kiralah apa jua apa yang aku buat, aku mohon maaf atas segalanya. Aku juga memaafkan semua orang yang tidak ada kena mengena pun aku rasa aku ingin jadikan kehidupan lebih tenang dan diberkati. Mungkin kelantangan mulut ni disebabkan PMS atau aku sedang dalam masalah, harap jangan simpan dendam kesumat anda. Aku juga mendoakan semua orang mendapat ketenangan yang anda inginkan.

Usah kerutkan kening anda. Nak mintak maaf pun tak boleh ke? Aku taknak simpan2. Sebab aku ni kuat nyimpan, so aku nak terapkan words ni, Forgive all people and refresh my mind. Especially bila aku dituduh atau dipaksa plus, aku tengah nak PMS ni memang aku hangin sikit lah. Mintak maaflah sebab aku ni memang asalnya memang lantang sikit (sikit ke?hahaha). Kalau aku nak sound,memang tepek je tapi disebabkan kematangan usia aku control lah sikit jadi bila datangnya mood tak baik memang aku sembur kaw2 je. So, aku nak mintak maaf sebab aku tak bermaksud pun kadang2 aku paham tapi aku tengah angin kan? Mana pikir sangat.

Lupakan yang lama, fikirkan yang baru. Kepada semua kawan-kawan aku, lepas ni nak kawen jangan hide2 lah babes. Aku terasa dow. Haha. Anyway, kepada yang dah kahwin Semoga Bahagia hingga akhir hayat. Doakan kitorang ni tak jadi andartu. kahkahkah. Kahwin muda memang aku nak tapi takpe lah, aku bagi laluan yang berkemampuanlah dulu. I 've alot of things to think about. To my sweetheart, cepatlah masuk minang I jangan umur I dah masuk 30 baru nak kahwin. Tak nak lah. Nanti anak aku darjah 1 aku dah nak pencen. Tak mahuuuu!


Wednesday, February 2, 2011

Tart Chocolate at Times Square


Tadi lepas je lunch kat Food Court LowYat, Nasi Goreng Pattaya, dah lama sangat aku tak makan benda Allah ni ha. Bila aku makan je tadi memang tepat sangkaan aku rasanya,average. Kalau aku tahu, aku order yang rare2 sikit baru best hehe. Lepas tu, aku keluar...Ohh ye lupa nak bagitahu sebenarnya aku ada job interview kat Wisma MPL kat Raja Chulan. Urban juga tempat dia hehe tapi ada 2nd interview kat Sheraton ape ntah, dia suruh aku jangan pakai baju kurung selalu, pakai skirt, yang formal sikit then make up mesti mantopp even kerja clerk je hehe. Aku pun senyum je time interview tadi. Alahai akak India...saya macam malas je nak pergi jauh-jauh ni sampai kesana plus, aku bukan lama pun nak kerja, bulan 9 dapat offer memang aku chiow ler. Takpela, let me think it first. Aku weak gila hari ni hehe kesian yang bercakap dengan aku tadi semua buat muka kelat sebab reaction aku setiap kali disapa or time bersembang memang aku mengelamun je, bukan taknak layan tapi memang tak terlarat, kepala rasa berat je, badan jangan cakaplah wak. Aduhai. Gagahkan jugaklah tadi.

Oh ye sambung balik mengenai TART CHOCOLATE tadi, aku singgah Times Square jap, tiba-tiba aku tertarik pada sesuatu yang dah lama aku teringin tapi disebabkan diet bongok ni terpaksa menahan nafsu, aku tengah stress PMS ni aku pun belilah SATU. Satu je wak, nanti berlemak perut I. Aku pun try 1 bite, gilaaaaaaaaaa terbaikkk! Chocolate kat dalam tart tu melt terus dah macam minum chocolate likat kat sungai dalam cerita Charlie and The Chocolate Factory tu, ingat? haaa macam tu lah. Aku ni dahlah chocolateholic even aku ada migrain hehe bedal sajelah, nak tunggu hilang benda tu memang sampai mati aku tak merasa. Hahaha! Marvelesss! Aku sampai pejam-pejam mata betapa nikmatnya. Hehe. Aduhai...nak merasa lagi tunggu lagi 3 bulanlah jawabnya. Kalau tak aku addicted maka lemak pun naiklah diperut, dipipi lepas tu dengarlah suara-suara sumbang 'Azaaa! dah tembam'. Memang aku cepuklah perut ni kalau badan aku naik. Makan je tahu sape suruh, kan? (salahkan perut pula aku ni haha)
Nak try ke? pergilah. John ape nta nama stall tu.