Friday, January 14, 2011

Kahwin?

Tajuk yang buat orang akan terus membaca, apa lah yang akan cuba aku terangkan untuk pos hari ni. Soal kahwin adalah soal berat bagiku. Tak semudah yang disangka dan seindah yang dilihat. Umur aku pun baru sahaja 21tahun (tak genap pun lagi). Tapi mungkin kawan-kawan aku kini yang mempunyai boyfriend yang umur 2,3,4 tahun lebih tua sudah dirisik dan bertunang. Tapi kalau ditanya aku, haha reaksi pertama adalah gelak. Kenapa? Partner aku pun mungkin belum bersedia dan ternyata jelas bahawa perkahwinan bukanlah topik yang serious jika disembangkan.

Mungkin dia rasa sudah tiba masanya tapi kestabilan kewangan dan kerjaya adalah perkara utama untuk dititik beratkan sebelum melangkah kedunia perkahwinan. Aku tak memandang ringan perkara ni namun tidak juga terburu-buru. Perkara utama yang harus aku fokus pada waktu ni ialah ofcourse pelajaran dan kerja. Siapa yang tak teringin merasai menjadi seorang isteri dan suami dan juga akan mendapat pengalaman indah menjadi ibu dan bapa. Tak sabar nak mengetahui bagaimana wajah anak kita pada suatu hari nanti. hehe aku juga begitu tapi sekarang aku hanya fokus pada yang penting dan soal kahwin akan dibincangkan apabila partner aku sudah bersedia especially soal kewangan.

Masak pun terkial-kial ada hati mahu kahwin ka? hahaha. Tapi yang penting, kesediaan seseorang tu menghadapi dunia yang nampak indah umpama laut yang tenang tetapi ombak ribut yang sukar diramal yang mungkin datang tiba-tiba dan ia mampu memusnahkan mahligai yang kononnya yakin kukuh terbina. Maka terjadilah penceraian yang kita dengar saban hari ni. Kita kena tanya hati kita sendiri adakah dia orangnya untuk dibuat suri/pemimpin didunia baru nanti? Usah terburu-buru kerana Tuhan akan bagi signal juga pada kita melalui naluri bahawa mungkin dia jodoh kita atau mungkin sebaliknya. Dengar baik-baik, kata hati anda.

Bila kahwin, badai akan melanda tiba sahaja waktunya. Tak hairanlah kalau kita selalu dengar pasangan yang baru kahwin 3,4 tahun akan bergaduh, soal orang ketiga mula timbul dan sebagainya. Maka, kesediaan kita menghadapi waktu-waktu mestilah ada. Jika tak ada? Lupakan hasrat anda buat masa ni kerana ternyata anda belum bersedia. Nanti dah kahwin barulah gatal nak cuci mata, tackle awek lain dan gaya pun dah macam bujang. Tolonglah lelaki, sedarlah, once anda melafazkan akad yang suci tu tolonglah beringat, walaupun anda mempunyai tiket untuk pasang lagi 3, fikirlah sejauh yang mungkin kerana ia tak seindah dan semudah mewarna di atas kertas drawing block. Melakar apa sahaja yang indah.

Aku sebagai perempuan akan berusaha menjaga keterampilan dan aku juga sedar tidaklah semudah yang disangka. Mana nak jaga anak lagi, masak, basuh kain, melayan karenah anak yang tak pernah menyenangkan kadang-kadang. Tetapi nak seribu daya, bukan?
Jadi, sekarang dengan adanya post ni,aku sendiri juga akan beringat yang kahwin hanya mampu disembangkan dan dirancang, Tetapi melaluinyaaa...mintalah pada Tuhan agar ikatan suci kita semua yang akan dibina suatu hari nanti akan kekal dan indah. Aminnn.

No comments:

Post a Comment