Wednesday, March 30, 2011

Kebaikan dan Keburukan menjadi guru

Memandangkan mak aku juga seorang guru maka, dia sering bercerita mengenai anak-anak muridnya yang banyaklah karenah. Dan aku juga bekas pelajar jadi aku sangat memahami kondisi menjadi seorang guru. Hehehe

Kebaikan
  1. Malaikat sentiasa mengaminkan doamu. So, setiap perkataan anda dikeluarkan adalah satu doa maka, janganlah maki hamun murid anda ye.
  2. Kepada guru-guruku yang pernah mendidikku dari tadika sehinggalah ke politeknik, usah risau kerana namamu semua tidak pernah sekalipun missed dalam doaku. Nescaya syurgalah tempat anda. Amin
  3. Pekerjaan yang sangat murni dan mulia sesangat. Kerana anda menjadikan seseorang itu seorang manusia yang bijak dari tidak kenal huruf sehinggalah mampu dan berjaya menyusun cantik ayat-ayat seperti aku sekarang.(wahh2..yeye je azalea) hehehe.
  4. Jika anda sudah lebih 20 tahun menjadi guru, jika anda mempunyai lebih dari 10000 pelajar, maka 10000 pelajar itulah sentiasa mendoakan anda agar anda dirahmati sehingga mereka ke tua. Adakah bekerja sebagai eksekutif pemasaran mampu mendapat 10000 orang mendoakannya sepanjang hayatnya? Fikir2 kan.
Keburukan

  1. Jika guru memaki hamun muridnya bodoh dan malaikat mengaminkan doanya maka bodohlah dia.
  2. Gaji guru mungkin tidak berkat jika dia tidak masuk ke kelas dan mengajar seperti dijadualkan dan tidak mempunyai alasan logik. (Mengelat le tu)
  3. Guru marah murid, murid kutuk guru kat belakang. Kereta guru pula calar kena toreh. Hahaha.
  4. Sentiasa menjadi bahan untuk diperkatakan. Baik atau buruk bergantung terletak pada karektor anda pamerkan kepada mereka ketika didalam kelas.

Monday, March 28, 2011

Santapan Rohani


Actually melodi dan liriknya telah berjaya meredakan kemarahan yang mebuak-buak semalam. Thank God. (; Semalam kan aku hangin semacam, elok aku on the way ke McD aku on radio,tiba-tiba lagu ni keluar. Wahh ni lagu time sekolah rendah dulu hahaha time semangat masuk nasyid (yeye je). Anda dengarlah lagu ni sebentar buat santapan rohani anda sendiri. (; Enjoy!

Sunday, March 27, 2011

Marah




Hi to everyone. Mood aku harini tiba-tiba terbakar. Habis semuanya kena sembur dengan aku. Ni disebabkan Azirah telah stalker laman sosial aku. Aku rasa nak mengamuk sungguh-sungguh.
Arghh! Tapi biarkan saje aku macam ni lama kelamaan aku akan cool dengan sendirinya. Semalam aku pergi rumah abang wan, jumpa my nephew Qaliff. Dah besar dah dia, dulu he always crying. Tak selesa jumpa orang kot. Now, dah besar sengih je. Yesterday, bukan main mengada dia. Mak dia kata, before kitorang datang moody je, melalak saje dia hehe. Then bila kitorang sampai happy, lalu menimbulkan kemusykilan hehe mengapakah dia kelihatan gumbira? Sudah exhange hehe. Anyway, dia sangat disenangi sekarang. Muahhhh!

Thursday, March 24, 2011

Dulu dan sekarang

Hey hey. How's today? Hari ni, aku mengambil masa almost one hour untuk fikir apa nak cakap eh. Finally, title di atas telah singgah dalam minda aku sekarang yang mana memang aku dah lama nak story tapi lupa haha. Well, bila kawan sekolah ajak hang out mesti aku fikir 10 kali. Sorry. Sebab apa? Sebab Azalea yang nonstop talking kini agak contra sikit. Awkward untuk berdepan dengan anda wahai kawan-kawanku sayang. hehe maybe aku kelihatan 'senyap' sikit. Ingat lagi time pergi sekolah last year, kawan aku ni dah 2tahun tak jumpa aku. Dia tanya aku, 'kenapa senyap za?'. Aduih aku dah rasa macam tak selesa sebab orang dah perasan kekekokkan aku. Hehe hish tak tahulah kenapa. Pelik je tengok orang lain rilex je jumpa kawan lama. Maybe low confidence kot.

Dulu aku memang banyak cakap. Sangat senang tersenyum hehe ewahh. And senang dengan kawan-kawan. Sekarang bila dorang ajak reunion aku rasa err. Kekoklah. Terasa macam jumpa kawan baru. Is it normal? hehe jangan salah faham okay. Mungkin nampak aku tak berapa friendly berbanding dulu mungkin disebabkan lama tak jumpa dan faktor kematangan yang agak menjanggalkan ni hehe. Umur bila dah makin dewasa, perangai pun kian berubah. Kena jumpa selalu, pergi sekolah/kelas macam dulu baru okay kot. Hehe kalau tak, nak cerita apa pun? Kawan-kawan pun ada yang dah kahwin so itu jelah story yang mampu diceritakan.

Bila kawan tanya aku bila nak kahwin, hehe sorry lah. Tunggu anda semua yang berkemampuan ni lah yang proceed dulu. Aku nak study lagi kasi habis dulu baru pikir selanjutnya. Tengah timba ilmu banyak-banyak dulu sebab buat masa ni aku rasa nak ambil masa untuk selesa dengan pembawakan diri dengan sekeliling. Aduhai susah juga jadi manusia ni. Hehehe Anyway, doakan kita same2 success okay. To my friends, love love to you xoxo (:

Sunday, March 20, 2011

Pavilion

* gambar ni di copy dari facebook Anti Pavilion KL kids yang di like oleh Azirah

Hahaha application ni mampu menggeletek dan mengakibatkan batuk aku lagi bertambah parah hahaha! Aku sebagai Kuala lumpurian, sememangnya Pavilion adalah tempat yang menjadi port budak-budak yang nak hot tapi tak menjadi dan mostly dipelopori oleh budak sekolah dan aku berani bet lah artis favourite mereka Justin Bieber. Haha mengkome sekalian, I pun ada adik and I rasa you alls semua sama saje, cuma mengkome mengata sesama sendiri sahaja. Kesian aku tengok ada yang comment 'duduk flat tapi bajet anak dato', pakai baju mahal-mahal tapi duit tambang je ada'. Hahaha. But for me, as long you guys bahagia its OK. Cuma aku tak denied lah kenyataan yang admin ni buat seperti didalam gambar yang anda lihat di atas. And jangan lupa, camera DSLR pastu berada disisi, maybe pepatah 'bior pape ase gaye' kata orang perak menjadi tunggak dalam hati mereka. Sukahati anda lah mahu buat aksi apa, tapi honestly aku juga terasa tempiasnya pedih sakit mata. haha Sekian terima kasih

Roti canai

Arghh! Why... kenapa tengah2 malam aku terasa nak makan roti canai ni. Habislah badanku naik! Nampak marveles kan? Jom pergi mamak shabnam. Lapoooo!

Friday, March 18, 2011

Everyday is a nice day

* Sweet kan my google background.

Hi everyone. After vacation, aku rasa more rilex and easy to laugh. Better than before even I am still jobless. Haih. Sooo suweyy. Heyyy... I am not supposed to said that. Maybe aku masih diberi ruang untuk 'rehat' for awhile. (ayat sedapkan hati) Okayyyy fine. Anyway, esok mahu watch movie, Hikayat Merong Mahawangsa. Erm, hari ni nothing special. So bosan. Online saje. Aduhai, speechless lah pula. Hahaha. Bengonggggg. Okaylah, sampai disini sahaja. Take care everyone. Thanks for reading. May Allah bless all of us (;

Thursday, March 17, 2011

LEMAS


Hi, hari ni aku baru pulang dari vacation kat Bukit Gambang, Pahang. Maybe tempat ni taklah mendapat perhatian macam Sunway Lagoon, Lost World. Tapi konsepnya sama saje, Water park. Aku sampai-sampai je sana muka aku kelat je. Sebab? Sana panas! Hitamlah muka I... Dahla muka ni baru je nak fair sebab banyak teperap kat rumah. Cerahlah tak kena matahari. Mampuslah aku kali ni, lebam. Aku nak bawa payung, mak aku tak bagi sebab leceh. Aku nak bawa juga! Haihhhh! Last2 terpaksalah aku 'relakan' kulit terbakar. Eee merungut2 aku. Best tu bolehlah, sebenarnya aku takut air sebab aku tak reti swimming hehe. 2nd, aku paling tak suka air masuk telinga. Memang mengamuklah aku kalau termasuk air.

Nak dijadikan cerita, aku pun 'merelakan' diri juga naik gelongsor tinggi tu. Tengah menggelongsor, air pun terlibas merecik kuat kat telinga aku. Aku rasa tak selesa, air dah masuk telinga. Muka aku alahai orang tengok pun tak sudi sebab rasa nak marah!!!! Eeee! Aku duduk je atas kerusi, tunggu yang lain main part lain. Then, ada satu tempat ni macam sungai, satu ruang tu ada terowong ice then air berombak. Kita just duduk atas pelampung tu je, nak berenang pun boleh. Aku pun naik, kalau nak ikutkan taklah dalam mana. Dalam 9meter. Pelampung tu bentuk 8, aku dok tengah-tengah. Adik lelaki aku depan, adik perempuan aku kat belakang. Yang adik laki aku ni ee aku nak cerita pun rasa nak marah pergi shoot muka dia. Dia ni tak mahu duduk diam, tiba-tiba terbalik terus pelampung tu, aku dahlah tak boleh berenang, Bila terbalik, muka aku masuk dalam air dulu tanpa aku get ready nak tarik nafas. Kaki aku tersangkut kat pemegang pelampung, dengan panic lagi aku terkapai-kapai dalam air nak naik atas. Macam mana orang nak lemas dalam air dalam movie macam tu lah bunyi pun sama, haha baru aku rasa macam mana. Macam payah sangat nak survive dalam air dengan tak tahu berenang, panic lagi. Tapi tak boleh naik sebab berat, air berombak, aku ingat nak surrender je hehe. Kalau tak memang gol lah aku. Bila dapat balance, aku naik terus atas cari udara hahaha terbatuk-batuk dengan rasa nak mengamuknya tambah nak nangis geram dengan si hitam tu, eeeeee!!!!!!!!! Aku marah-marah dalam terowong ice tu. Dahlah gelap dalam tu, aku nak patah balik tapi lawan arus. Susah. Tiba-tiba sportlight terowong tu pasang. Aku dah nak menangis tapi kuatkan jugalah, adik perempuan aku pun marah adik laki aku ni sebab dia pun terjatuh sama. Tangan dia tergesel kat lantai batu time terjatuh tadi. Ombak kuat kat station depan berhenti tiba-tiba. Rupanya, dorang dapat detected kot through motion sensor. Bodoh betul si hitam tu. Kesian yang lain nak tak nak terpaksa dorang berenang je sebab tak ada ombak, tak ada apa. Geram betul aku! Next time aku taknak pergi tempat-tempat macam tu lagi. FULLSTOP

Monday, March 14, 2011

I want to share with you about this!

I have done my shower and I noticed this shampoo is really WORK! Actually I used Tresemme before and it's quite good for my hair. I have no problems to use any shampoo as long bukan brand yang bukan-bukan.hehe Tresemme is also quite good. My hair is not too dullness and oily. And luckly, I have no dandruff thank God. Hahaha. So, its help to make my hair look so soo lovely. I quite particular about hair care. Loreal Total Repair have a good smell than Tresemme. I love it so much. Nak buat french twist pun payah. Look shiny and sangat mudah di urus.
*Tresemme Deep Cleansing + remoisturize conditioner

Jika anda menggunakan seperti di atas, anda akan notice rambut anda akan lebih volume than before. Love it so muchhhh! Maybe, I akan guna Loreal Total Repair at the moment. Thats all for today, I want to wear my pajamas. Where is it, bibik? Haiyooo.


Go go go mandi!

Hehehe sungguh malas I nak mandi bila mendapat kuasa online tanpa sebarang gangguan makhluk berbadan double dalam rumah ni. By the way, kerja hape pun tarak dapat, nak merampus pun tak guna sebab aku rasa kerja yang aku apply semuanya tu memang tak sesuai kot dengan aku. Maybe environment or apa-apa jelah. Thanks to God sebab aku pun nak kejar apa pun, kan? Nak tunggu bulan September ni punyalah lama. Kalau diaorang bagi kerja tak apa juga. So, kepada readers,kalau tempat anda nak pakai workers let me know esp area gombak, sentul ni. Area lain taknak sebab aku tak ada transport. Nak harap LRT? menyampah aku nak cakap. Yang pergi buat jauh-jauh buat apa, apa kata buat depan Batu Caves ni. Ni nak harap komuter siput tu udahle jauh, lembap, GRR! Stress betul. Laparlah pulak. Mama masak kari. Hmmmmmmmm.... marvelessss!

Anyway, hari ni tak ada apa yang menarik selain menstruation kali ni tak lah seteruk sebelum-sebelum ni. Hebat kan? Thanks to Allah again. Okay lah, take care everyone. Salam. Thanks for reading, people.

Sunday, March 13, 2011

My friend's wedding


Congrate to you Intan Rozaida, tak sangka kau kahwin dulu dari kitaorang selepas Zarith. Hopefully anda bahagia hingga ke akhir hayat, ada anak yang ramai yang soleh & solehah, Aminn. Aida ni baik je tak pernah marah-marah or annoying kan aku sepanjang kitaorang, berkawan. Hari ni saja dipenuhi dengan undangan kenduri kahwin, kenyang tak usah cakaplah. Tadi aku pakai baju kebaya hitam, longgar dah babe. Grr! How come, Azalea? Aku tak tahulah kenapa makin longgar walhal aku makan. Sakit tekak tak hilang lagi, kesian kan? Doctor kata ada nanah kata tonsil. Jangkitan kuman katanya. Kalau ikutkan aku ni minum milo ke selain air masak pun boleh kira sebab aku try minum air kosong sebanyak yang mungkin. Tapi tengah jaga semua tu pun terkena juga. Hmm. Nak buat macam mana, redha jelah, segala aktiviti terencat. Doakan aku cepat sihat. Okaylah, take care my dear. Thanks for reading, Salam.

Saturday, March 12, 2011

Dear God, Thank you very much.

Berita gembira silih datang ke dalam diari hidup aku lately, alhamdulilah (:
Senyum tak lekang-lekang lekat dibibir ni tapi sakit senggugut sikit terganggu mood aku. Maybe Tuhan dah atur semua ni, kita syukur jelah apa yang Dia bagi. Don't worry, I won't forget You. God willing. Hope everything's will be okay and I try to move on but I didn't get any job so far. Keadaan kesihatan yang menghalang sejak seminggu ni so, nak cari kerja pun tak boleh. Hope after this, ada lah rezeki aku pula. Nak dapat good news just like me?hehe Maafkanlah orang lain dan maafkanlah diri sendiri. And paling penting, aku tak pernah utamakan orang lain dulu daripada Dia. So, sama-sama kita doakan okay. May everyone have a blessed weekend. (: Muahhhh. Assalamualaikum.

Thursday, March 10, 2011

I got Insomnia

Kurang pasti dengan jelasnya mengapa aku kena insomnia 2 hari ni. Cukup payah nak tidur. Nasiblah aku ni jobless. Kalau kerja lagi NAYA. Sudahlah tidur lambat, bangun pulak awal. Headache lah aku sepanjang hari. Maybe banyak fikir kot lately. Tadi aku keluar lepak kat belakang BB, saje minum petang disana hehe tenang sikit then berjalan sana sini sampai keluarlah peluh keringat orang baru nak sihat dari demam. Malam ni mesti kena tidur awal, haiyakkk!
So, nexr week kalau still jobless lagi, tak ada orang call suruh attend kerja, aku akan ke Pahang. Buat apa? For vacation. Nak ikut? Jomlaaah!

Wednesday, March 9, 2011

Mentality, tindasan dan pelajar.

Tajuk ini mungkin sedikit sebanyak memberi bayangan tajuk paparan di surat khabar bahagian politik. Tujuan saya menulis mengenai tajuk di atas adalah untuk menyuarakan pendapat dan kata hati yang tak mampu disuarakan oleh golongan pelajar yang ditindas. Baru-baru ini, saya sepatutnya boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran saya untuk sambungan sijil politeknik ke integrasi untuk mendapat diploma penuh yang sepatutnya tempoh pengajiannya hanya 2 semester tetapi dianjakkan ke 6 semester tanpa sebab yang kurang jelas. Itu pun kami mendapat tahu lanjutan tempoh pengajian tersebut melalui didalam aplikasi e-borang setelah membeli no ID. Mungkin pihak kementerian yang bertanggungjawab menerima panggilan bertalu-talu dari pelajar politeknik seluruh Malaysia. Soalnya disini, mengapa tidak diwar-warkan seawal yang mungkin mengenai ini bahawa tempoh pengajian untuk integrasi adalah 3 tahun dan kami difahamkan kami perlu menjalani semula latihan industri, sedangkan sebelum ni kami telah habiskan duit semata-mata untuk mendapat segulung sijil hanya untuk melanjutkan ke peringkat diploma, tetapi inikah sepatutnya jalan yang harus kami lalui? Tidak fikirkah anda perjalanan kami masih jauh? Umur kami bukannya tidak berganjak malah kami juga menyimpan cita-cita untuk ke peringkat yang lebih tinggi dari ijazah. Kami seperti merasakan ditindas, adakah benar?

Mengapa kami merasa sedemikian? Telah banyak kami dengar dari 'bisik-bisik' pensyarah sendiri. Mungkin pada mereka pelajar sijil seperti kami tidak 'setaraf' seperti pelajar lain yang kad matriksnya 'D' didepan. Pantang pelajar sijil buat kesilapan, nah semburan kata sinis dibelakang. Mungkin ada 'alasan' mereka tersendiri, malah meraih undian untuk wakil pelajar pun pasti undiannya kurang berbanding pelajar diploma. Sebabnya? MENTALITY atau permikiran. Jika anda disana bijaksana dan terbaik, tidakkah anda teringin untuk memberi peluang kepada kami ini yang sebenarnya banyak potensi untuk berjaya malah kalau ditanya kepada segelintir pansyarah yang berpengalaman di politeknik, mereka pasti mengiyakan. Malah, kami rasa bersemangat bila ada pensyarah memberi kata perangsang kepada kami bahawa sijil hanyalah permulaan bukanlah hanya 'cukup'cukup makan' untuk melengkapkan apa yang ada. Kami bertungku-lumus menjanjikan yang terbaik untuk diri sendiri dan masa depan. Bila dikejutkan integrasi sudah dirombak tempoh pengajiannya, hati mana yang tak luluh malah masa depan yang pada mulanya dianggap cerah kian samar. Mana nak cari duit lagi untuk tempoh tersebut dan takkan umur 24,25 baru nak kumpul pengalaman? Tetapi alhamdulilah berkat doa semua, pihak bertanggungjawab telah menukarkan tempoh pengajian dari 6 semester ke 2 semester seperti sebelumnya. Tolonglah jangan mempertikaikan perkara-perkara lain yang kononnya pembaharuan tersebut adalah satu peningkatan kualiti dan sebagainya tanpa mengira soal jangka masa panjang dan masa depan anak bangsa sendiri. Jika benar untuk kebaikan kami silalah ke depan terangkan kepada kami agar kami faham akan tujuannya dengan jelas.

Saya disini menyuarakan pendapat bukan untuk menghentam dan menguji kesabaran sesiapa tetapi untuk menjelaskan kondisi sebenar pelajar seperti kami yang dari awalnya berpendapat sijil politeknik adalah platform awal untuk kami berkerja keras untuk ke peringkat yang lebih tinggi dan bukanlah untuk dipandang enteng oleh segelintir pihak.

Mengenai soal mentality dan tindasan ini sebenarnya saya lihat dari sekolah lagi. Saya dapat melihat golongan terpelajar yang sebenarnya perlu mendidik anak bangsa sendiri yang dari pelbagai latar belakang dan potensi tersendiri tetapi sebenarnya tidak melaksanakannya dengan baik. Kami dari kelas yang pertengahan seperti aliran perdagangan, sastera, seni ini tidak diberi galakkan seperti mana yang kami perlukan. Sudahlah ibu bapa mengharap setinggi gunung, penilaian pelajaran pula dinilai sewaktu umur yang masih mentah, pergolakkan masalah remaja dan sebagainya mempengaruhi prestasi disekolah dan sudah semestinya kami pelajar sekolah memerlukan galakkan dari guru tetapi menurut pengalaman saya sendiri, cikgu yang mengajar Mathematic di kelas saya hanya masuk ke kelas, menerangkan tentang topik baru hanya dalam masa 15 minit sahaja sedangkan topik tersebut bukanlah ringan. Dan selepas itu keluar dengan memberi alasan untuk ke tandas tetapi sebenarnya 'bergebang' di bilim guru. Yang kami ini didalam kelas ternganga-nganga tak faham apa. Bila time masuk ke kelas aliran sains bukan main rancak lagi. Mengapa perlu dipilih-pilih sedangkan anda dibayar gaji untuk mengajar kesemua murid tidak kira mereka dari aliran apa pun? Mungkin pada beliau kami yang bukan kelas aliran sains ini, alih-alih habis sekolah kerja katering, pasar malam sajalah, paling kuat kerja dengan bapa sendiri je. Saya sebenarnya ingin menekankan bahawa galakkan, kata-kata semangat dari guru sendiri adalah wajar dan sangat-sangat penting buat kami, janganlah menindas kami seolah-olah kami tidak ada masa depan. Tolak tepi anggapan buruk anda semua. Ya, memang ada segelintir murid kelihatan seperti 'main-main' tetapi yang lain ni, yang masih punyai harapan untuk berjaya bagaimana? Bila saya masuk ke peringkat pengajian tinggi, saya berbangga dengan pensyarah saya sendiri kerana mentality nya berbeza benar dan tidak putus-putus memberikan kata semangat kerana orang sebegini mampu melihat anak bangsanya sendiri boleh pergi jauh. Masing-masing ada potensi tersendiri, usahlah membandingkan seseorang itu, jika tidak kita mampu kehilangan ramai pelajar yang sebenarnya mampu pergi jauh dari yang berjaya ni.

Last but not least, ubah pemikiran kita. Jika tidak, anda ditakuk yang lama. Hapuskan perbandingan yang mampu membinasakan anak bangsa sendiri. Berilah kami peluang dan harapan serta kata-kata semangat agar pelaburan ibu bapa kami tidak sia-sia untuk melihat kami berjaya. Mohon maaf jika ada terkasar, terlanjur bahasa, hanya ingin mengutarakan sahaja kata hati dari kami semua. Sekian salam.

Saturday, March 5, 2011

Redha jela.

Semalam aku telah menerima message dari Zarrol ex-coursemate. Dia kata dia tak jadi sambung integrasi sebabnya kementerian pengajian tinggi dah rombak balik tempoh pengajian dari setahun ke TIGA TAHUN. Ini kerana salah seorang rakan kami, adiknya apply next intake for integrasi. Bila tengok tempoh pengajiannya NAHH 3 tahun. Nganga lah siapa yang sepatutnya masuk integrasi next semester ni. So, itulah gunanya laman sosial, aku contact kawan-kawan. Diorang pun tak apply lagi, terkejut gila lah semua bila dapat tahu. Bila check betul-betul kat website politeknik, memang betul la. Tapi takut akan kesilapan teknikal, kena call bahagian sana. Kalau ikutkan hati yang luluh ni rasa nak terduduk pun ada. Agak-agaklah kan? Rasa punah sudah masa depan. Mana nak kejar integrasi, degree lagi. Kalau ambil balik diploma kat Universiti tak ke buang masa even 3 tahun. Umur sekarang bukannya 18, 19 tahun. Kucar-kacir habis susunan step yang harus diikut. Aku menung je hampir saban hari. Sabar jela kan... Yang aku tahu, Tuhan ada rencananya sendiri. Mungkin perkara sedemikian benar, aku terpaksa take further action. Paling benci next intake bulan september. Idak ke buang masa lagi? Depa ingat kita ni umur tak ganjak2 ke. Senanglah diorang yang lain mana yang dah lepas. Nak kerja pun, semuanya sial belaka, kerja promoter pun diorang berkira, ambil geng2 dorang juga, yang aku ni nak melangut apa kat rumah? Dahla aku depress kat rumah ni, kerja apa pun tak dapat, hattuih betul. Pergi mampos lah semua tempat aku apply tu. So, tak mengapalah. Apa-apa jelah. Beta sudah penat, nak jogging pulak lepas ni untuk release tension. Take care. xoxo

Friday, March 4, 2011

Hati awak

Mungkin lirik ni menjelaskan perasaan anda.

kali pertama terpandang wajah
Terpegun aku dan terpesona
Dengan senyuman dan lirikanmu
Membuat aku telah jatuh cinta

mungkinkah dikau
Gadis yang kucari dalam jagaku
Selalu terbayang, termimpi-mimpi
Hingga terbawa di dalam lenaku

Andainya dirimu sudi menerimaku
Kan kumahkotakanmu ratu di hatiku

Biarpun berjuta rintangan yang melanda
Rela kukorbankannya untuk memilikimu

setinggi gunung harapan
Bukalah pintu hatimu untuk cinta ini
Biar berkurun lama dikau kunantikan
Semoga impian ini kan menjadi nyata
Bersamamu Azalea