Tuesday, January 18, 2011

Perfectionist

Sekian lama aku cuba memikir kenapa aku kian menjadi perfectionist. Mungkin sebab selalu kata nani(opah) banyak songeh, sidai kain pun nak proper. Benda tu kering juga akhirnya nanti. Semua nak dingomelkan. Harus semuanya teratur dan kemas. Haha kini aku pula mengambil alih tempatnya. Bila kita duduk rumah, apa lagi yang perlu dilakukan? Mengemas rumah, sidai kain, basuh kain, tonton TV. Maka bila tiba menyidai kain aku sangat teliti agar tidak sakit mata memandang biarpun ia akan kering juga nanti. So, the conclusion nya, janganlah anda mengutuk sesiapa. Nanti Tuhan balas balik baru tahu, hehe. Soal mencari kerja... Minggu depan hari isnin aku akan giat mencari kerja disekitar rumah aku ni. Dan bekerja di Giant choice yang terakhir akan di consider kan hehe. Bukan sebab apa pun, aku tak nak pergi kerja jauh-jauh. Even kerja paling dekat kat area Sentul, Jalan Ipoh pun aku tak kepingin sebab aku dah rasa seksanya meredah jam kat Jalan Kampung Chubadak tu. Gilaaaaa stress! Rasa nak jadi raksasa pijak-pijak semua kereta, menyusahkan orang. Jadi untuk kerja di area2 luar dari kawasan anda, mungkin anda memerlukan transport sendiri, tidakpun LRT betul-betul depan rumah anda. Hmm rumah aku ni paling dekat komuter jelah itupun bukanlah senang nak pergi sana, perlukan orang hantar... Eeee bencilah dok sini. Tak membantu langsung!

No comments:

Post a Comment