Saturday, April 30, 2011

Make up dengan betul

Assalamualaikum, Hi. How are you? Harini kita aku bercerita mengenai cara-cara make up dengan betul. Ewahh hehe aku cerita ni berdasarkan apa aku belajar kat Youtube. Taklah se'power professional makeup artist k. Ni hanya untuk basic saje and selalunya kita ni main tenyeh je ikut suka. Janji ada foundation, eyeliner, eyeshadow, eyebrows pencil, blusher. So, hari ni aku nak cerita bagaimana aku menenyeh foundation dulu okay? Sebelum tu, aku nak bagi tips kalau nak make up nampak smooth and best:
  1. Basuh muka dulu and apply toner
  2. And then, cuci muka balik guna scrub
  3. Cuci muka balik gunakan face wash anda seperti NO.1
  4. Apply toner balik and apply moisturizer.
Actually setiap kali sebelum scrub muka, kita kena mengecilkan liang pori2 muka dengan toner agar bila kita scrub hasilnya lebih baik. And moisturizer ni memang wajib untuk anda pakai even kulit anda berminyak pun sebab ia kan menghasilkan kesan lebih baik and nampak smooth selain melembabkan kulit.

Okay dan ini adalah langkah seterusnya:
  1. Apply concealer disekitar bawah mata dan parut-parut untuk anda pudarkan
  2. Barulah anda apply foundation. Aku lebih prefer liquid foundation or loose sebab aku mempunyai kulit yang slightly oily
  3. Kalau guna liquid aku suka guna span agar lebih sekata berbanding tangan dan aku suka gunakan face brush juga untuk ratakan. Kalau guna span, janganlah tenyeh sekuat hati, tekap dan ratakan seluruh wajah anda
  4. Sebelum apply menggunakan span, basahkan dulu span baru apply kerana taknak span menyerap liquid foundation tersebut, jangan risau, hasilnya lebih smooth dan tak basah pun muka awak nanti sebab aku selalu buat. (bersihkan span dengan air suam kalau agak2 dah macam kotor or anda was2 untuk guna lagi sebab ia lembap dan risau bacteria mudah melekat)
  5. Disebabkan muka aku cepat oily aku suka apply baby powder selepas apply foundation untuk tak cepat berminyak.
  6. Dan barulah anda apply eyeshadow dan eyeliner
  7. Untuk eyeliner, gariskan mula daripada tengah, kalau nak mata anda nampak besar, bolehlah menggariskan bawah mata dengan guna eyeliner colour putih or cream yang agak2 tone macam ni juga.
  8. Ni yang basic lah tapi kalau nak lagi tepat dan demo nya sekali boleh search di Youtube ya. Ni adalah salah satu demo favourite aku.

Friday, April 29, 2011

Cerita tekak dan Hacker

Tolonglah tekak jangan buat hal. Rayuan ini memang datang dari hati yang benar-benar membutuhkan antibody aku melawan bacteria yang berada kat tonsil ni. *sobbing. Okaylah sekarang waktu tepat 2.35am. Waktu macam ni afdal untuk menunaikan solat sunat hajat ect. Aku baru je solat isyak hehe. Busy melipat baju bagai iron lagi. Finally habis juga baju untuk dilipat. Aku sebenarnya terlupa nak mention kat blog aku mengenai laman social aku telah di hacked oleh someone yang berhati setan. Aku tak tahulah kenapa... Pada awalnya, disabled. Aku pun expected after 12 jam okay lah ni, esoknya aku check memang sah lebur. Aku pun creat 2nd account...Oh ya, ingin aku tekankan disini sosial network aku bukanlah satu platform untuk aku mengayat ex-boyfriend aku or memancing mat saleh or laki orang dan etc ya. Disitulah aku dapat berkomunikasi dengan kawan-kawan sekolah rendah, infact tadika pun ada, sekolah menengah, coursemates and PLKN. Semua-semua lah. Dan tidak pernah sesekali aku menggedik melayan jantan disitu jadi...tolonglah ya janganlah nak hack2, grow up lah k. Tak suka aku marilah kedepan and we'll talk about it. Tapi aku still rasa sangsi, bila pula aku mencari gaduh dengan orang sehingga orang begitu sakit hati sampai 2nd account aku ni pun di hacked sekali lagi? Hehehe. Keluar rumah pun jarang, macam mana tu eh? Curious...

Mengenai tekak yang tersayang ni, aku tak tahulah nak kata apa. Since aku stop ambil antibiotik tu memang dia attack tonsil ni. Oh ya, aku mulai mengg0sok mata yang cantik ni tanda sudah mengantok heee alohaiii marilah kita tidur. Tapi satu je pesanan aku untuk the hacker, Tuhan maha melihat dan berkuasa. Okaylah, hopefully esok tekak sihat ya, jangan mengada-ngada. Assalamualikum xoxo.

Thursday, April 28, 2011

Hohoho

Tak tahu nak letak title apa untuk post kali ini. Rasa tak sedap badan mulai membelenggu. Maybe dah stop ambil antibiotik, badan dah start buat hal. Okay, harini nak cerita banyak tapi rasa macam blank pula hehe. Selasa haritu outing bersama Kak Daya with her boyfriend, Mathias. Teman diorang melawat Batu Caves. Itu pun first time aku menjejak kaki ke Batu Caves even aku stay area sini. Awesome kan? Okay2 saja. And then semalam aku duduk rumah melipat baju sambil tonton cerita apa yang ada kat TV haihh. Boringnyaa tapi sofar okaylah. Taklah se depressed dulu. (OMG Aku dah rasa sakit tekak. Tolonglah lawan, antibody.)

Oh ya, aku dah berjaya mampu memakai contact lens dengan mudah hanya mengira 1,2,3 saja, I'm done! Dan aku sangat bahagia sejak dua menjak ni. Maybe aku dah rasa selesa dengan keadaan sekarang. No more Ipoh. Ohh 20 hari lagi untuk ke Ipoh for Convo! Ambil mood dulu. Hmm and time tu juga aku akan tahu dimana poli akan mencampakkan aku untuk Integrasi nanti. Jangan campak aku jauh-jauh ya. Please. Dan aku mohon setiap kali sujud agar dijauhkan kawan yang boleh migrain kan aku. Nauzubilah. Semoga tempat itu nanti adalah PUO dan akan mendapat kawan-kawan yang satu kepala denganku, Aminn.

Mengenai berat badan aku, err okay je tak naik tak turun. 41kg. Jangan jealous ya. Even aku makan macam-macam berat still maintain. Rahsianya hanya satu, jangan kutuk orang gemuk. That's all. ;) Banyak nak cerita sebenarnya tapi entahlah rasa malas sangat sekarang, maybe hormon estrogen kurang, aku masih dalam menstruation mode. So, harap-harap aku sihat hendaknya semakin comel dan manis serta glowing dan aku jua mendoakan anda yang membaca. Jangan naughty2 okay. Take care, xoxo. Assalamualaikum

Friday, April 22, 2011

Rozita Che Wan dan MRSM



Jom selitkan sikit blog aku dengan latest story. Paper pancaindera ahad baru-baru ni ada menyiarkan cerita mengenai RCW ni dan dia ada menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai sebuah institusi pengajian yang boleh tahan juga hebatnya iaitu MRSM Kuantan, bahawa anaknya dipukul lantas berita ni telah melonjak naik MRSM tersebut. Maka RCW ni melentinglah bila anaknya dipukul. Kalau kita pun anak dipukul sudah tentulah marah juga kan? Tapi malangnya ada blog-blog yang menyiarkan tentang berita ni telah mensensasikan cerita RCW ni seolah-olah mencari balik salah si RCW secara tak langsung. Lalu membangkitkan rasa tidak puas hati dikalangan pembaca blog tersebut. Macam-macam kan? Tapi pada pandangan aku, tak ada salah pun RCW menyuarakan rasa kesalnya dan kenapa perlu dicari kesalahan seorang ibu yang cuba defend anaknya dipukul? Kan? Well, aku rasa ada baiknya juga RCW ni cakap macam ni sebab ia telah menjadi perbualan hangat lalu kes 'buli' ini dan sebagainya mendapat perhatian wajar sekaligus dapat membenteras perkara-perkara macam ni. Kan? Mungkin ada pelajar-pelajar yang kena belasah di sekolah tapi taklah sampai mendapat perhatian media tapi disebabkan anak RCW ni anak actress you, so silap tempatlah nak tunjuk hebat dik. Yang penting kita kalau nak usik anak orang gunalah otak tu sikit, sah-sah awak budak bijak pandai. Aku ni budak sekolah biasa pun boleh fikir.

Wednesday, April 20, 2011

Video terbaik

p/s: Tutuplah dulu lagu yang anda dengar didalam blog ni sekarang hehehe

Layannn
* Lagu ni best ;) Bila aku tengok melodi

Improve my skill
* Tak payah buang duit pergi grooming workshop, Youtube sudah ;)

Kalau taknak rambut anda rosak dikemudian hari mari belajar cara untuk cuci rambut dengan betul
* Now Youtube is my school.



Tuesday, April 19, 2011

Out of Mood

Aku sangat tak ada mood hari ni lagi-lagi tengah menstruasi ni rasa weak, sakit perut lagi. Ada lagi yang sakit hati ni, laman sosial aku telah hilang tanpa sebarang alert. Aku sangat terpinga-pinga lalu mengundang marah dan semakin meluap-luap. Mana taknya itu sajelah alat untuk aku berkomunikasi dengan orang luar plus aku duduk rumah ni kadang-kadang terlepas pandang perkara-perkara penting. Menahan sabar memang mencabar. Rasa seksa betul. Nak je aku aku maki hamun tapi aku sabar jelah. Nak buat apa lagi? Geram.

Mintak sangatlah janganlah ada yang bising-bising or yang cuba memanaskan lagi amarah aku untuk4,5 hari ni. Cukuplah si Mark bengap tu dah menghapuskan account aku. By the way, semalam aku shopping gila-gila. Hehe balik je terus flat, tidur sampai 11 jam. I bought shoes from Vincci, pants, belt and Contact lens ;) Tapi lens tu rasanya grey lagi cantik kot. Tapi aku ambil blue colour pun okay. It's actually therapy hehehe. Anyway doakan kita happy sentiasa dan dijauhkan disaster ;) Take care xoxo Assalamualaikum!

Sunday, April 17, 2011

Skin Solution




* D'putih ni apply kat tangan okaylah. Kat muka sorry. Hancuss

Thank to god. My skin is getting better. Aku noticed kulit aku semakin sensetif bila gunakan D'putih skin soap. Mulai sekarang memang aku takkan percaya produk-produk yang local macam ni. Seriously. Aunty aku ada pesan tak payahlah nak guna produk-produk yang macam-macam kat luar tu, yang selalunya guna trademark 'Selamat tanpa penggelupasan', hattuih lah. Menggelupas teruk tu tidaklah mendadak tapi siap sedialah wajah anda akan semakin teruk dan teruk. Ia takkan menunjukan kesan sekarang tapi 3, 4 bulan lepas tu. At the end, aku terpaksa jumpa doctor and doctor bagi aku facial cleanser NeoStrata untuk meredakan acne ni. Cleanser ni ada nilai pH4 so, ia berfungsi untuk balance kan keseimbangan kulit. Maybe before this, kulit aku agak kering sebab aku ni degil. Degil nak apply moisturizer sebab aku rasa kulit aku bertambah oily bila pakai benda tu. Even moisturizer Oxy tu khas untuk oily skin. Plus, kering disebabkan guna D'putih skin soap tu and aku noticed aku cuci muka dengan brand ni, bila dah bilas dengan air, terasa macam lepas pegang liquid bleach. Ia seolah-olah bilas dengan air betul-betul pun ia akan rasa ada lagi kesan sabun. Kena bilas lama-lama agak-agak puas hati baru okay. Aku tengok dah macam makin kronik je aku stop terus guna Neostrata ni. Actually, brand ni aku pernah pakai awal January 2010. Kesan dia memang okay sangat tapi kalau dah berkesan pastilah harganya mahal. Hehe time tu aku study lagi and supplier brand ni doctor klinik kat tempat aku study kat Ipoh dulu so, alang-alang dah habis aku guna jelah skin soap biasa. Dan aku ni pun degil juga, rasa gatal tangan nak try juga brand local ni, tu yang aku pakai D'putih tu tapi aku guna skin soap jelah. Yang lain tak berani. First okay lah juga tak ada kesan sampingan pun tapi lagi better Noestrata tu. Sampailah sekarang aku guna D'putih ni disebabkan tak ada choice. Nak guna yang lain takut tak kena pula. Mahal-mahal pun beli kalau tak sesuai sayang je. Susahlah juga kena particular sikit hal macam ni. So, hari tu aku tak tahan aku beli juga Neostrata ni hehe FINALLY ;) Kena sacrificed lah sikit. Sekarang dah masuk dah seminggu lebih aku guna without failed. Alhamdulilah better and plus aku makan antibiotik Erythromycin selain ubat untuk tekak aku ni yang tak sudah-sudah dijangkiti bacteria, ia juga membantu untuk bacteria for acne. Now better, tinggal kesan scar je. Lepas dah okay baru settle kan scars ni. Susah kan? Muka sikit punya comel tapi tuhan duga aku macam ni hehe suruh aku jaga gila-gila. Aduhai... Kalau bagi aku cash money bolehlah. Ni kerja pun tak ada. So, aku ambil keputusan untuk tak payah susah-susah cari kerja. PENAT. Aku study lagi bagus. Hopefully, leaps habis study ada la rezeki kerja bolehlah target nak beli kereta rumah and have a happy family ;) Aminnn. Ingat yang lain, lupakan sahaja nak pakai Natasya krim whitening repair ke D'putih ke apa ke, tak payah. Kalau korang taknak susah dikemudian hari. Banyak dah contoh-contoh, search je google. Seeleoknya pakai sajelah brand yang sah-sah selamat kat Watson, Guardian and etc. Btw, Product Neutrogena deep clean foaming cleanser ni okay juga untuk oily skin, seriously. Perkara-perkara kat bawah ni lah yang selalu aku buat and boleh ikut:

  • Cuci muka selalu jangan malas. Even baru 3 jam cuci rasa macam muka dah start oily terus cuci lagi. Jangan biarkan kalau tak, memang ia akan bermaharaja lela lah pimples kat muka. And pilih face wash yang sesuai. Deep Clean ni sangat sesuai sebab dia takkan bagi kering sangat and lembap sangat. Dan paling penting ia berfungsi mencuci hingga ke dalam.
  • Minum air suam banyak-banyak.
  • Stop eating oily food, junk food, chocolates and SEAFOOD
  • Jadikan clean and clear oil absorbing sheet sebagai rakan karib anda. Tekap sahaja agak-agak kalau dah rasa oily terus tekap esp bila ada kat luar.
  • Elakkan tangan sentuh muka even nak lap peluh pun.
  • Jangan picit jerawat bila tangan anda tak bersih.
  • Makanlah benda yang rebus. Bukan goreng-goreng, okay?
  • Seminggu sekali scrub dan mask kan lah muka anda untuk tanggal kulit mati
  • Hindari matahari, jadikan payung sebagai protector, kalau ada sunblock yang sesuai pakai lah.
Harap anda bersabar. Tidak terlalu gopoh nak muka cepat sihat. Ia memerlukan masa untuk memperbaiki dan membuang sel kulit mati. Pilih scrub yang okay kalau boleh untuk whitening pun okay boleh fair kan kulit anda juga. Oh ada lagi kalau rasa-rasa nak juga teringin guna produk local tu, boleh asalkan anda apply lah kat badan macam kaki ke yang banyak terdedah kat matahari. Macam aku, sayang nak buang soap tu aku apply kat tangan and kaki kat belakang badan sebab sah-sah tangan aku takkan tumbuh pimples kan? hahaha. Okay then Bye. TAKE CARE.

Saturday, April 16, 2011

Perfect Dress muahhhh!

Alhamdulilah selain puas hati dengan potongan baju ni aku juga puas hati dengan badan aku yang slim dari dulu youuu yang gedempol ;)

Baju kurung Modern, its named. Baju kurung ni sangat-sangat okay sebab tak sarat and ada manik pink hehehe my favourite colour. Yang buat dia perfect is potongan dia. Ngam-ngam badan aku even readymade. Manik dia biasa je. Wahh tak sabar aku nk pergi convo nanti. weee. Thank god. Doa aku makbul jua akhirnya setelah aku berdoa malam tadi harap-harap jumpalah baju yang aku cari.


Wednesday, April 13, 2011

awww


Perlu ke 'aww' LOL! Anyway Hi and Assalamualikum to readers. How are you, dear? Actually I want to share something with you. Dah masuk seminggu maid aku balik hometown dia. Anak dia kahwin. So mak aku ni tak ada choice kena suruh aku juga lipat kain-kain yang selalunya maid aku buat. Kalau sikit boleh terima lagi. Maid aku selalunya mengambil masa dalam 4 jam or more untuk settle kan kain semua baju. Baju sekolah, baju ayah, baju kurung untuk di iron. Banyaklah. Lagi-lagi aku ni suka pakai kejap dan campak dalam bakul, basuh. Hehehe. Maid aku selalunya akan datang seminggu sekali untuk settle kan wardrobe cehhhwah wardrobe tu macam artis dah. LOL. Kini telah di ambil alih oleh aku. So aku ni fikir balik apa kata setiap kali basuh setiap hari, terus saje lipat. Tak payah biar seminggu, baru lipat semua sekali macam maid aku buat. Tak adalah nampak banyak kan? Bukan banyak pun. Semakin hari semakin suka pula aku melipat-lipat ni sebab aku dah practice bila aku study dulu kat poli. I did it without stress ;)


Saturday, April 9, 2011

Selongkar bilik saya, JOM!

Welcome to my world. hehe


Tangan I calar. Tak sedar langsung tangan aku calar balar. Ni pun tak berapa nampak sebab flash terang sangat tapi sebenarnya banyak calarnya. Sebabnya aku tak tahu kenapa. Curious sampai sekarang.


Aku gantung ayat kursi sebagai pendinding supaya setan tak masuk hehe

Siapa kata aku tak kreatif? Ni aku buat time form 4, sekarang dah nampak sangat uzur


Ini time form 4 punya kerja. Princess lah sangat.

Innocent je budak ni, time ni berat aku 50kg. Sekarang 41kg. So terdapat banyak beza gambar ni and sekarang.




Comel kan bear ni name dia bibi. Dari sekolah hinggalah ke poli bersama-sama tanpa jemu, marveles juga baunya hehehe


Magazine Remaja dari tahun 2003-2005, tu pun ada bulan yang missed

Thank you to MaNG0 for the lovely poster

Nampak tak rak buku kat luar tu? Semak kan? Tengok pintu lagilah maha semak

Ini hadiah dari Aunty Mary.

Buka saje almari comel ni terus keluar ini. Ni lah benda yang dicalitkan kemuka, ada lagi kat partition bawah tapi malaslah pula nak upload hee.

Segala patung dari aku kecik sampailah besar, ini sajelah mainan aku yang masih okay. Yang lain gone~

Atas almari melekat ni macam-macam story book time comel-comel dulu hahaha. Toys yang tersusun tu actually McD punya dulu-dulu time suka sangat dengan happy meal.


Barang-barang atas almari.

Tettt. Kantoi pakcik berak hahaha!


Toilet aku ini telah diconteng oleh adik aku yang konon-konon kreatif lah sangat.

Itu sahaja yang perlu dipamerkan yang lain private okay hehe. Cadangnya aku nak cat balik dinding toilet aku ni colour biru tapi memandangkan aku macam malas je so delay lah. Anyway Welcome to my world ;)

Tuesday, April 5, 2011

I need my Erythromysin

* Inilah pill yang aku bergantung untuk lebih okay. sob sob sob ;(

Assalamualaikum and Hi to readers. How's today? I am good too. Hehe Semalam aku bangun pagi, aku telah noticed tekak or tonsil aku mulai rasa lain. Macam bengkak and rasa macam aku kena sebulan lepas. Ada ulser kat tonsil. Actually ulser ni akibat jangkitan kuman. Kelenjar yang bengkak kat bawah dagu ni pun akibat kelenjar terlalu aktif dan mendatangkan kuman. Kesian kan? Tapi tak ada apa pun yang serious cuma aku kena banyak minum air suam. Dan bersiap sedia untuk menghadapi demam setiap bulan. Nauzubilah. Harap-harap taklah jadi next month pula. Sebab semalam aku demam tapi aku fight, iyahh! hehe Dan solusi terbaik adalah mengambil antibiotic Erythromysin ni, selain boleh melawan kuman kat tonsil ni, bolehlah dia melawan kuman akibat pimples, yuhuu. I really need you ERYTHROMYSIN. Hopefully, everything will be okay. I need your prayers, friends ;)

Hal convo pun dah settle and I'm still searching baju yang okay untuk pakai time tu. Mana nak dapat eh baju kurung putih yang plain sebiji macam dalam kepala otak aku ni. Aku taknak over sangat. Nak yang sweet je. And the most important is reasonable. So far okaylah, everything is fine cuma Makcik Su (my maid) is going back to her hometown for awhile. So, aku lah yang menggantikannya menggosok kain dan lipat kain tetapi dengan bayaran okay hehe. Allowance from my mom. Atleast I ada kerja and ada income jugaklah kan sementara nak tunggu 3 bulan ni. I'm greatful ;)

Okaylah, I got to go. Nak tidur. Dah berapa hari tidur lewat je bangun dah tengah hari pukul 12 hehe bertuah kan? Ate bila lagi nak bangun lambat. Esok dah study balik lagilah tak cukup tidur. Okay, sleep tight everyone. Goodnight ;) Take care xoxo