Tuesday, January 18, 2011

Rahmat dariNya dan Hormat

Mungkin entry ni tidaklah sepedas dan sebisa yang aku post sebelum ni malah ia bukanlah bertujuan untuk membidas tetapi menyedarkan sahaja. Chill lah okay? Hari ni aku tergerak hati untuk post kan sesuatu yang aku sudah mula merasainya. Sejak-sejak ni, aku mulai rasa 'seru' dariNya. Aku sememangnya seorang pemikir. Dunia umpama sekolah, aku belajar dan mengerti segalanya. Aku memerhati tingkah laku orang dan aku takkan berhenti memikirkan semuanya. Lately, rancangan berbentuk islamik dan dakwah menjadi pilihan aku dan aku sering memikirkan soal amalan dan mati. Mati tidaklah bermaksud untuk menamatkan kesengsaraan hidup sekarang tetapi maksud aku, aku terfikir bila saat waktunya sampai adakah cukup amalan yang akan dibawa? Sedih rasanya jika pahalaku kurang. Mungkin anda lebih gemarkan rancangan hiburan mungkin perasaan ingin memberi santapan rohani belum tiba lagi. Dan aku ada terbaca 'Orang yang cerdik adalah memikirkan saat matinya'. Maka celiklah wahai anda yang tersayang, kini kematian berlaku tidak kira waktu. Mungkin Tuhan menyapa aku untuk sedar bahawa masa kian berlalu dan hidup umpama topup yang ada tarikh luputnya. Semakin hari semakin hampir. Mungkin saat waktu aku untuk pergi ke dunia seterusnya juga makin hampir begitu juga anda.

Kini aku lebih menerapkan rasa hormat kepada semua orang. Prinsip 2011 akhirnya dapat disematkan didalam diri akhirnya, Alhamdulilah. Semakin hari semakin bijak aku menilai dan semakin matang aku berfikir. Aku juga akan sentiasa mendoakan kalian. Jika esok adalah hari yang terakhir aku, kirimkanlah pahala sedikit yer (:

1 comment:

  1. ak tak sempat nak baca habis tapi anyware memang best.... :-)

    ReplyDelete