Wednesday, May 25, 2011

Kelantan??

Hi, untuk pengetahuan semua aku dapat sambung DIP integrasi kat Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Seriously, aku tak tahan sebab aku sangat tak ada mood sekarang dan aku sangat upset sebab dicampak kesana. Itu sahaja yang mampu diperkatakan. Sebab aku taknak dok sana? Simple. The distance. The people and the environment. Kata apa sahaja, anda nak ke hidup kat sana? Kalau anda orang kelantan sukalah. Malaslah nak cakap banyak. OK, Doakan rayuan pertukaran aku diluluskan. Amin

Wednesday, May 11, 2011

Saya tak murah

The title should be: 'I am not cheap'. Tapi bahasa melayu rasanya lebih memberi makna yang kuat dan jelas. Itulah tajuk ingin aku katakan. Baru-baru ni aku dapat text dari mamat cc yang kerja di cybercafe bawah bilik sewa aku kat Ipoh, dia bernama fucker. Mungkin nampak aku agak biadap dan rude tapi nama ni sangat sesuai dan sepatutnya diberi untuk orang macam dia. Nak tahu sebab apa? Sebab dia ingat aku sangat murah. Entah mana silap aku sehingga dia memperlaku sebegitu rupa. Sanggup dia menunjukkan sikap bangsat dia sedangkan dia tu boleh jadi bapak orang. Aku sangat upset bila dia menghantar message nak mengajak aku @$%^. Kaget bukan? Nak kata aku melayan, jauh sekali. Aku berani sumpah, since aku stay atas tiada langsung aku mengada-ngada dengan dia. Sebab? Boyfriend aku ada... Buat apa aku nak menggatal? And direct saying, I am not THAT TYPE. Aku mungkin treat dia quite nice dan dia menyalah tafsir. Agak kurang senang akan perilaku lelaki seperti ini. Tidak sedar akan dirinya dan paling jelas dia memang kurang didikan agama esp dalam pendidikan akhlak. Sedih bila orang anggap diri kita murah sedangkan memakai pakaian menjolok mata pun jarang sekali apatah lagi melihat diri dipertonton bersama lelaki dihadapan public. Frankly speaking, dia adalah lelaki paling hodoh dan bodoh pernah aku jumpa. Kata2 ku untuknya is janganlah memperaksikan diri anda seperti khinzir jantan. Sorry to say, agak biadap entry aku kali ini tapi aku rasa tiada siapa faham akan apa yang kurasa sebab? Orang mungkin akan menunding jari ke arah aku kembali 'siapa suruh melayan?', dan ingin aku tegaskan disini tidak sesekali aku membiarkan kehormatan aku dicalari dengan perbuatan lakhnat seperti itu even dia hanya menghantar message. Oh ya, untuk pengetahuan umum, aku sudah hampir setengah tahun tidak ke Ipoh jadi munasabahlah aku nak text si khinzir jantan tu. Untuk apa? Aku hanya berurusan dengan dia 2 minggu yang lepas untuk deal pasal bilik sewa untuk aku stay for convocation for next week, 19th May. Aku pun menghela nafas legalah sebab masalah aku nak stay 3hari kat Ipoh settle. Tup tup jadi macam ni. Untuk rasa selamat aku pun decided untuk stay tempat lain. Biarlah tuhan membalas tindakan bodoh dia tu. Ternyata ceteknya pemikiran dia yang menyangka aku ni seangkata perempuan lain yang senang2 dibawa ke rumah. Bullshit.

Kata-kata terakhir untuk khinzir jantan tu, tuhan dah bagi otak tu fikirlah. Janganlah Guna nafsu binatang untuk keseronokan kau. Jangan ingat aku mudah dan murah. Kata maaf kau ternyata tak laku. Dan untuk pengetahuan kau, kawan aku gelarkan kau 'gigolo' sebab fashion rambut kau yang ntahpape tu. Muka kau macam tak padan dengan usia lah. Ubahlah sikap kebudak-budakan dan riak kau tu. Perangai kau ni sama je macam perangai bohjan. Sekian.

Sunday, May 8, 2011

Andai orang tahu perasaan saya

Bila saya marah saya bukan benci tapi saya nakkan orang pujuk dan perhatian. Walaupun saya nampak protes walaupun sudah dipujuk bermaksud saya mahu dipujuk2 lagi dan saya nak rasa dihargai.

Bila tiba-tiba saya senyap tanpa sebarang message/call, bermaksud saya mahu dia message/call saya dulu. Saya taknak nampak saya saje yang berusaha untuk mengambil tahu.

Bila saya melontarkan kata yang menyakitkan hati, jangan percaya kata2 tu. Sebab saya hanya cakap ikut suka hati saja bukan dari dalam hati. Kalau saya kata 'Tolong tinggalkan saya', bermaksud saya mahu bersendirian dan bukan saya tak perlukan dia tapi saya sedang mecari ruang untuk merasa tenang.

Kadang-kala saya bersikap degil. Degil bukan kerana saya memang degil tapi saya mahu lihat anda bersabar atau tidak. Percayalah hati saya sangat keras tapi hanya anda mampu melembutkan,

Bila saya kata ada orang lebih baik atau lagi hensem dari dia, jangan percaya. Saya mahu dia lebih hebat dan terbaik dari sesiapa yang pernah saya lihat. Dan apa yang saya maksudkan ialah saya tetap nampak dia yang paling terbaik.

Kadangkala saya jarang suarakan kata rindu bukan bermaksud saya tak rindu tapi saya sengaja beri ruang kepada dia untuk suarakan dulu. Dan apabila saya kata rindukan dia bermaksud ia memang datang dari hati saya.

Bila saya marah secara tiba-tiba dan mood tiba2 swing, bermaksud ada lah kata2 dia yang membuatkan saya rasa sakit hati or tak puas hati. Dan bila saya kata sesuatu janganlah argue, iyakan saja. Jangan tunjuk anda tahu segalanya dan membuat saya rasa jengkel.

Saya sering merasa sakit tapi menyembunyikannya sehingga saya menitis air mata tapi sesiapa pun takkan dapat melihat sebab saya menangis didalam hati. Derita saya sukar difahami dan saya boleh tersenyum sembunyikan rasa sedih dan mencari kekuatan diri.

Saya masih memerlukan bimbingan. Bimbinglah saya menjadi perempuan yang baik. Janganlah halakan saya dengan perkara negatif dan saya saya juga mahu kahwin dengan lelaki baik maka tunjukkanlah perkara yang baik.

Saya sangat tak suka dia berhubung dengan perempuan maka janganlah lakukannya walaupun saya mempunyai ramai kenalan lelaki tapi saya tahu batas dan saya kenal diri saya sendiri tapi tidak anda.





Sunday, May 1, 2011

Demam

Aku curi-curi masa nak update blog untuk hari ni memandangkan tahap kesihatan aku agak menurun lately dan I've a lot of thing to do. Kemas dapur, lipat kain, gantung baju and etc. Btw, lagi 18 hari untuk aku ke Ipoh for convocation ;) Happyy. Rinduuu tapi budak-budak poli tengah cuti lah pula time tu so...sama je! Hehe kureng happening sikit. Okay, sekarang ni disebabkan masa aku banyak dihabiskan dirumah aku selalu sangat drive hantar adik aku pergi sana sini, kalau lapar capai je kunci kereta and vroooom. Memandangkan aku start belajar bulan September ni aku decided untuk duduk rumah jelah. Aku dah give up pergi interview. Sick of it.
Doakan aku cepat sembuh ya. Kalau noticed, aku sebulan sekali mesti demam punya. Nak buat macam mana. Kan? Satu cara menghapuskan dosa. Positive hehe okaylah take care

Saturday, April 30, 2011

Make up dengan betul

Assalamualaikum, Hi. How are you? Harini kita aku bercerita mengenai cara-cara make up dengan betul. Ewahh hehe aku cerita ni berdasarkan apa aku belajar kat Youtube. Taklah se'power professional makeup artist k. Ni hanya untuk basic saje and selalunya kita ni main tenyeh je ikut suka. Janji ada foundation, eyeliner, eyeshadow, eyebrows pencil, blusher. So, hari ni aku nak cerita bagaimana aku menenyeh foundation dulu okay? Sebelum tu, aku nak bagi tips kalau nak make up nampak smooth and best:
  1. Basuh muka dulu and apply toner
  2. And then, cuci muka balik guna scrub
  3. Cuci muka balik gunakan face wash anda seperti NO.1
  4. Apply toner balik and apply moisturizer.
Actually setiap kali sebelum scrub muka, kita kena mengecilkan liang pori2 muka dengan toner agar bila kita scrub hasilnya lebih baik. And moisturizer ni memang wajib untuk anda pakai even kulit anda berminyak pun sebab ia kan menghasilkan kesan lebih baik and nampak smooth selain melembabkan kulit.

Okay dan ini adalah langkah seterusnya:
  1. Apply concealer disekitar bawah mata dan parut-parut untuk anda pudarkan
  2. Barulah anda apply foundation. Aku lebih prefer liquid foundation or loose sebab aku mempunyai kulit yang slightly oily
  3. Kalau guna liquid aku suka guna span agar lebih sekata berbanding tangan dan aku suka gunakan face brush juga untuk ratakan. Kalau guna span, janganlah tenyeh sekuat hati, tekap dan ratakan seluruh wajah anda
  4. Sebelum apply menggunakan span, basahkan dulu span baru apply kerana taknak span menyerap liquid foundation tersebut, jangan risau, hasilnya lebih smooth dan tak basah pun muka awak nanti sebab aku selalu buat. (bersihkan span dengan air suam kalau agak2 dah macam kotor or anda was2 untuk guna lagi sebab ia lembap dan risau bacteria mudah melekat)
  5. Disebabkan muka aku cepat oily aku suka apply baby powder selepas apply foundation untuk tak cepat berminyak.
  6. Dan barulah anda apply eyeshadow dan eyeliner
  7. Untuk eyeliner, gariskan mula daripada tengah, kalau nak mata anda nampak besar, bolehlah menggariskan bawah mata dengan guna eyeliner colour putih or cream yang agak2 tone macam ni juga.
  8. Ni yang basic lah tapi kalau nak lagi tepat dan demo nya sekali boleh search di Youtube ya. Ni adalah salah satu demo favourite aku.

Friday, April 29, 2011

Cerita tekak dan Hacker

Tolonglah tekak jangan buat hal. Rayuan ini memang datang dari hati yang benar-benar membutuhkan antibody aku melawan bacteria yang berada kat tonsil ni. *sobbing. Okaylah sekarang waktu tepat 2.35am. Waktu macam ni afdal untuk menunaikan solat sunat hajat ect. Aku baru je solat isyak hehe. Busy melipat baju bagai iron lagi. Finally habis juga baju untuk dilipat. Aku sebenarnya terlupa nak mention kat blog aku mengenai laman social aku telah di hacked oleh someone yang berhati setan. Aku tak tahulah kenapa... Pada awalnya, disabled. Aku pun expected after 12 jam okay lah ni, esoknya aku check memang sah lebur. Aku pun creat 2nd account...Oh ya, ingin aku tekankan disini sosial network aku bukanlah satu platform untuk aku mengayat ex-boyfriend aku or memancing mat saleh or laki orang dan etc ya. Disitulah aku dapat berkomunikasi dengan kawan-kawan sekolah rendah, infact tadika pun ada, sekolah menengah, coursemates and PLKN. Semua-semua lah. Dan tidak pernah sesekali aku menggedik melayan jantan disitu jadi...tolonglah ya janganlah nak hack2, grow up lah k. Tak suka aku marilah kedepan and we'll talk about it. Tapi aku still rasa sangsi, bila pula aku mencari gaduh dengan orang sehingga orang begitu sakit hati sampai 2nd account aku ni pun di hacked sekali lagi? Hehehe. Keluar rumah pun jarang, macam mana tu eh? Curious...

Mengenai tekak yang tersayang ni, aku tak tahulah nak kata apa. Since aku stop ambil antibiotik tu memang dia attack tonsil ni. Oh ya, aku mulai mengg0sok mata yang cantik ni tanda sudah mengantok heee alohaiii marilah kita tidur. Tapi satu je pesanan aku untuk the hacker, Tuhan maha melihat dan berkuasa. Okaylah, hopefully esok tekak sihat ya, jangan mengada-ngada. Assalamualikum xoxo.

Thursday, April 28, 2011

Hohoho

Tak tahu nak letak title apa untuk post kali ini. Rasa tak sedap badan mulai membelenggu. Maybe dah stop ambil antibiotik, badan dah start buat hal. Okay, harini nak cerita banyak tapi rasa macam blank pula hehe. Selasa haritu outing bersama Kak Daya with her boyfriend, Mathias. Teman diorang melawat Batu Caves. Itu pun first time aku menjejak kaki ke Batu Caves even aku stay area sini. Awesome kan? Okay2 saja. And then semalam aku duduk rumah melipat baju sambil tonton cerita apa yang ada kat TV haihh. Boringnyaa tapi sofar okaylah. Taklah se depressed dulu. (OMG Aku dah rasa sakit tekak. Tolonglah lawan, antibody.)

Oh ya, aku dah berjaya mampu memakai contact lens dengan mudah hanya mengira 1,2,3 saja, I'm done! Dan aku sangat bahagia sejak dua menjak ni. Maybe aku dah rasa selesa dengan keadaan sekarang. No more Ipoh. Ohh 20 hari lagi untuk ke Ipoh for Convo! Ambil mood dulu. Hmm and time tu juga aku akan tahu dimana poli akan mencampakkan aku untuk Integrasi nanti. Jangan campak aku jauh-jauh ya. Please. Dan aku mohon setiap kali sujud agar dijauhkan kawan yang boleh migrain kan aku. Nauzubilah. Semoga tempat itu nanti adalah PUO dan akan mendapat kawan-kawan yang satu kepala denganku, Aminn.

Mengenai berat badan aku, err okay je tak naik tak turun. 41kg. Jangan jealous ya. Even aku makan macam-macam berat still maintain. Rahsianya hanya satu, jangan kutuk orang gemuk. That's all. ;) Banyak nak cerita sebenarnya tapi entahlah rasa malas sangat sekarang, maybe hormon estrogen kurang, aku masih dalam menstruation mode. So, harap-harap aku sihat hendaknya semakin comel dan manis serta glowing dan aku jua mendoakan anda yang membaca. Jangan naughty2 okay. Take care, xoxo. Assalamualaikum