Thursday, January 6, 2011

First Day kerja

Adalah seperti kebiasaan cik Azalea sering kelewatan walaupun dia anggap masih awal hehe. Paling menyedihkan duit dalam wallet ada RM13 saje. So anything happen, I will die. Ayah lupa nak bagi duit. Aku pun lupa nak minta. So, ia kelihatan sangat ceria, kan? Aku pun konon2 nak pergi ke bustop tepi karak highway ni tiba-tiba aku nampak bus dah terlepas! haiyoo. tunggulah... Aku ngeluh je redha. Takpe.Kalau tunngu rapid KL la pula. Tadi yang terlepas tu Metro 57. Ngeng betul. So, jam dah pukul 8.10am. Mak aih mampus aku macam ni aku pun ingat janganlah jam tengah jalan ya Allah. Tapi aku rasa aku dah salah. Tepat 8.20am aku tahan cab, aku tanya pakcik tu even dia tak nampak macam pakcik tapi aku still nak biar dia rasa aku ni macam anak dia, budak2. Tak ada la dia nak menggatal tanya bukan-bukan. Aku tanya dia ada jalan shorcut tak nak pergi station LRT Sentul Timur. Dia pun cakap ada. Kena ikut jalan ni, jalan tu, keluar Jalan Dato' Senu lah aku iyekan je janji sampai pakcik. Jangan lambat sudah. Dia tanya aku masuk pukul berapa, aku jawab 9pagi. Dia pun macam resah meredah jam yg sesak nak masuk susur ke Kampung Chubadak tu. Lepas tu dia masuk simpang ke kampung, agaknya ni lah shortcut dia tu. Aku pun redha jela sambil mata tak habis2 menjeling meter tu. Janganlah sampai aku takda duit nak balik semata2 bayar cab ni ha.

Tiba naik meter RM10. Aku punya jantung serupa mahu gugur tahu tak. Takpe2 tadi aku dah text ayah suruh dia bank in RM20. Lantaklah aku redah je dah separuh jalan. Tiba satu jalan pakcik teksi ni lalu kat lorong semak tapi jalan ada la..cuma jalan tak elok. Ya allah aku dah risau tolonglah apa2 jadi memang aku tak tahulah! Lepas tu aku tanya pakcik tu "Lambat lagi ke pakcik?", agaknya dia tengok aku macam resah semacam je dia kata " Kejap je lagi sampai. Jalan ni je yang ada untuk shortcut, kalau orang lain dia taknak lalu sini", aku pun lega bila dah nampak jalan keluar. Tiba je station LRT semua kena bayar RM12.80, aku pun kata RM12 je boleh tak pakcik? Aku buat muka susah hati. Dia pun ambil jela. Aku lari meluru masuk LRT fuhh lega tak terhingga. Sampai je PWTC, aku nak lintas jalan tiba2 tak tahu dari mana datangnya motor nyaris nak langgar aku. Eeee! Nyaris beb. Aku tengok dia terus aku blah. Aku nak cepat brader. Sorry. Len kali tengok dulu. Terima kasihlah sempat dia break kalau tak melayang nyawa aku takpun habislah tercela badan aku ni. Dahla aku tak kahwin lagi...haihh.

Sampai je office tepat pukul 9am haha lupa nak cerita, hujan tadi renyai2 tu pasal lah jam. Nasib aku bawak payung. Aku pun masuk office, penat haih sian aku. Tapi aku buat rilex je. Aku nampak seorang perempuan. Aku tak pandang sangat pun, muka aku kan macam sombong sikit agaknya dia pun tak berani tegur haha. Lepas tu masuk lagi seorang perempuan. Haih dia nakinterview ke apa. Aku pun buat bodoh je. yang 2 orang ni sembang2 lah aku dengar dorang sembang2 macam dah dapat dah kerja. Ohh ni colleague aku juga kot haha last2 aku pujuk2 diri aku untuk menegur budak2 ni,akhirnya aku pun tegur dan akhirnya aku boleh dah sembang2 dengan mereka. See. I still can bergaul. hehe Unbelievable. Then kitaorang pun sembang2 sampailah break. Makan sama2, aku dah boleh rasa selesa sikit tapi aku rasa macam tak best pulak kerja macam ni. Nak duduk rumah!!!!!!

Lepas tu aku dah start buat hal. Nak berhenti. Gila tak? haha aku kena hujan. Aku pening terus rasa nak pengsan. Tepat pukul 6pm aku chiow haha aku pening gilaaaa! Aku tahan je samada aku pening masuk angin or migrain or kena hujan. Sampai je rumah muka aku dah macam kelat semacam je mak aku pun tanya, How's today? haa aku jawab MALASLAH KERJA REMEH2 NAK KENA KIRALAH KENA CALL LAH. TAKNAK! Yang iyenya aku malas bangun pagi. kwang3 hehe okaylah. sampai sini saje aku story. Esok maybe aku pergi kot. Tapi last.Kalau aku fening memang aku....apa kawan2? aku BLAH... Jadi, to my boyfriend, support saya. Nak tak? ILY mwahh

No comments:

Post a Comment