Friday, November 26, 2010

aku dan anda


Ternyata apa yang terjadi memang memeritkan. Walaupun kadang-kadang ia seakan memberi ketenangan sejenak apabila hati memerlukannya tapi ia menjadikan semakin hari semakin kusut dan tersimpul. Sejujurnya, aku tak mintak semua ni dan mengatur tertib segalanya tapi aku harus leraikan simpul yang semakin ketat untuk aku buka. Fahamilah perkara yang harus aku leraikan bukanlah sesenang membuka tali kusut.

Cubalah duduk dan masuk dalam hati ni sejenak. Dulu hati aku ditutup kemas dan anda berjaya membukanya. Aku tak tahu dari mana datangnya anda tapi tuhan menghantar anda untuk sesuatu yang kurang pasti sebabnya. Hati ni yang dahulunya kosong seperti jug dan telah diisi dengan air penuh melimpah. Aku relakan hati disentuh dan anda telah pun menjadi sebahagian hidup dan hidup semakin bermakna.

Aku senantiasa fikirkan perasaanmu. Ternyata anda memang kuat menahan sabar. Tapi ia menjadikan perasaan aku semakin tidak menentu. Kata orang, kalau tidak mahu rumah dilanda ombak, janganlah berumah ditepi pantai. Tapi kalau rumah dah terbuat kukuh ditepi pantai, adakah senang anda merobohkannya? Hubungan mana yang tenang. Pasti dilanda masalah dan orang ke3 pastinya wujud. Terpulanglah untuk menepisnya atau menerima.

Manisnya kenangan yang kita ukir bersama. Melihat kita ketawa riang dan taman menjadi saksi. Tak mudah aku tepis anda dan membuat kehidupan aku kembali pada asal yang suram. Tahukah anda, sakitnya terima segala ketentuan ni? Pilihan yang harus aku fikir sedalamnya bukanlah ringan. Rasailah beban yang tak tertanggung ni. Anda mungkin fikir ia tidaklah sebeban mana, lemparkan saja kain lusuh itu. Ia tidak memberi aku kesenangan, mungkin tu yang bermain dalam hatimu. Aku telah menghabiskan segala tenaga, masa, wang ringgit hanya untuk mengukuhkan hubungan tu dan tidaklah semudah yang difikirkan untuk aku musnahkan.

Percayalah, anda sangat bermakna dalam hati ni, Dahulu hati aku sepi. Anda membawa cahaya yang terang dalam kehidupanku yang asalnya suram. Aku tak berniat memberi anda harapan setinggi gunung tapi aku nasihatkanmu agar berdoalah yang terbaik untuk masing-masing. Jika ia telah tertulis di Luh Mahfuz, biarkan saja ia datang mengatur sendiri. Tuhan tahu apa yang terbaik dan tidak sesekali biarkan kita sakit hingga mati. Aku hanya membuat janji dan aku sendiri tidak pasti adakah ia benar dapat dikotakan.

Aku tidak pernah sekali salahkan anda dalam hal ni kerana aku tahu anda mempunyai message tersendiri yang tersirat dan harus aku cari hikmahnya. Aku tak sangup biarkan hati anda dirobek. Aku tak sampai hati membiarkan kenangan kita bersama dilempar jauh. Hatiku hanya satu. Dan aku perempuan yang dijadikan untuk menerima hanya satu saje insan bukan seperti anda yang telah dibahagikan dari sejak azali kerana ia memang telah dijadikanNya sebegitu.

Masa memang mampu mengubah segalanya tapi aku cuba leraikan keadaan yang semakin simpul rapi, aku cuba dan tidak untuk mengelak... Segalanya akan terjawab apabila tiba masanya. Sesungguhnya, al-Qayyum tahu apa yang ada dalam hati aku, di setiap sudut. Jika aku untukmu, jagalah aku sewajarnya dan jika sebaliknya, jadikanlah aku sebagai sejarah hidup anda. Mungkin aku bukanlah yang terbaik, fahamilah..segalanya telah ditakdir ia menjadi sebegini. Dan aku sakit menanggungnya begitu juga anda.

Penang ke Shah Alam?

PENING terpusing2 rasanya seperti bermain mary go round hehe (;
Aku dapat sambung kat PSP Penang tapi at the same time aku dapat course yang sangat menarik kt uitm tapi aku rasa dah jelas yang uitm bukan pilihan yang baik sebab aku dapat PSP guna pointer yang salah, lagi rendah dari pointer sebenar pon leh dapat maka terjawablah politeknik jadi pilihan. Suka lah mak aku. Dia punye masin mulut lah aku dapat. Menung jap..
Even apa pun aku xleh pegila sorryy..aku nak keje dulu. lagi 6 bulan br aku chow.

Anyway, still hope PUO accept me. (;

Tuesday, November 23, 2010

Doa yang termakbul

Aku sangat berterima kasih pada tuhan sebab makbulkan doa yang aku putuskan padaNya setiap kali bertemu. Lepas satu-satu Dia berikan rezeki padaku dan ternyata betul kata Dia, janganlah anda malas untuk menadah tangan yer.

Apa rezeki yang diberi tu, biarlah aku dan Dia saje tahu. (;
Tapi sebelum aku dapat rezeki ni tuhan duga dulu dengan rasanya sakit dan aku pasti doa ibu juga amat makbul.

Picture2 time kat hospital yang sangat bosan.

* Time ni aku paksa diri aku makan jugak, makan makan makan. Lauk die kari ayam. Sedap ke tak aku tak tau sebb aku mmg totally takde nafsu makan masa ni.



BOSAN!




Saturday, November 20, 2010

Apa yang boleh nampak pada David Teo.

Siapa tak kenal David Teo, producer Film Malaysia yang melopori industri filem melayu khususnya. Lepas satu2 filemnya keluar dan apa yang aku nampak, filem dia ada yang ada kualiti tersendiri dan ada yang ketara nampaknya hanya mahu publisiti dan mahukan pulangan atau hasil dengan pantas bermaksud tidak kira akan kualiti filem yang dihasilkan. Contoh filem yang aku suka hasil keluarannya adalah Jangan tegur even kualiti gambarnya tidaklah sehebat Hollywood tapi hasil kerja 'make up' nya sangat halus dan menakutkan mcm filem exorcist. Kenapa David Teo nak buat filem melayu bukan filem sebangsa dia iaitu cina, kan?

Apa yang aku boleh bagi rates kepada David Teo ni atas hasil filemnya sebagai penonton aku bagi 60%. Lagi 40% kualiti jalan cerita dia. Sebenarnya kualiti gambar memang penting tapi jalan cerita lagi penting sebab kalau setakat CGI cantik tapi jalan cerita cite spongebob lagi best watpe. Hampeh je. Takkan aku nak habiskanRM9 semata-mata untuk filem cikai. Tapi bukan ni yang aku nak cakapkan. Aku cuma nak cakap mengenai David Teo ni, dia memang kaya la semua orang tau dia pun ada restoran sendiri.

Tapi bagi pandangan aku, dia mempunyai tanggapan sendiri mengenai filem melayu dan die beranggapan industri filem melayu kacang je nk enter. Orang-orang melayu pun esp remaja memang suke tgk movie tapi sayangnya mereka blacklist filem melayu, mereka katakan tidak ada kualiti dan ntahpape. Tak nafikan memang ye tapi tak semua. Dengan adanya peluang dan duit yang banyak dia pancinglah budak2 melayu ni dengan filem yang berkaitan hidup dan jalan cerita seakan-akan 'lifetstyle' mereka macam rempit, motor2, lumba kereta dan sebagainya lah yang semua orang tahukan. So, budak-budak pun akan pergi ke panggung dan tengok movie hasil keluarannya.

Dia mempunyai perspektif yang sangat positif mengenai filem melayu. Pada dia industri filem melayu sangat mudah untuk dibuat duit maka hasilnya dia menjadi kaya-raya.
Bukan sahaja filem, drama pun dia buat macam 'Epilog syurga cinta yang diadaptasi dari filem hasil keluarannya sendiri iaitu 'Syurga Cinta'.

Tapi pada aku kesemua krew dan pengarah harus teliti dan sangat pentingkan kualiti skrip melalui jalan cerita yang menepati jiwa dan apa yang penonton nakkan. Bukan hanya nakkan filem cepat2 keluar sebab nk syok sendiri. Jadi, kesimpulannya industri filem Melayu atau Malaysia ada potensi untuk ke depan tapi errr...kekangan idea mungkin sebab utama industri ni agak kurang sengatannya berbanding filem indonesia dan hollywood kan.


I am what I am

10 perkara mengenai saya (;

  1. Hot tempered
  2. Sangat sukakan baby
  3. Sangat mengidam akan mee cina.
  4. Geli semua binatang kecuali insect
  5. Ada lesen tetap tau dan hanya sekali saje test dah pass. Jangan pandang sebelah mata ya.
  6. Sangat suka akan sains.
  7. Berat 41.5kg. Tinggi 159cm.
  8. 2x kena denggi.
  9. Kadang-kadang banyak cakap
  10. Kuat berfikir mengenai apa saje.

Thursday, November 18, 2010

The long journey

Perjalanan hidup memang panjang. Yang mematikan perjalanan tu hanyalah mati. Masing-masing mempunyai jalan cerita. Anda ape pulak? hehe dari cerita zaman kanak-kanak, tadika, sekolah rendah, menengah, kolej, kerja, kawen, husband, anak-anak dan selanjutnya. Aku punya perjalanan hidup tak tahulah nak diringkaskan macam mana tapi alhamdulilah lah rezeki aku untuk belajar memang baik. Cuma untuk kerja jelah aku tak tahu macam. Aku takut nak berkawan dengan orang. Aku sangat takut dengan mulut perempuan yang atas bawah semua nak becakap dari baju sampai lah kedalam semua nak diumpatkan. Aku harap and berdoa sangat dapat kawan-kawan baru yang baik dan satu kepala. Akibat terlalu banyak menghabiskan masa bersendirian aku terlupa macam mana nak bergaul. Pelikkan? Dan akibat dapat kawan yang suka buat muka dulu, hidup aku seakan berubah sikit. Dan kawan tersebut telah aku remove kan setelah habis pikir yang dia hanya menyesakkan otak saje. Anda pernah rasa seperti tu? Dan tentu saje anda sangat rimas dengan tingkah laku yang tidak disenangi macam tu. Dahla, let gone be by gone.

Aku punye cerita time zaman kanak-kanak tak lah seindah anda semua yang memorinya umpama seindah kertas drawing block yang diwarnakan dengan warna-warni crayon. Aku hanya merasai indahnya imaginasi yang direka aku sendiri dan bermain dengan sepupu sebayaku, Sheera. Masa aku umur 4 tahun aku pernah dipulaukan oleh budak2 sebayaku sebab yang kurang pasti apa benda hehe. Biasalah budak2. Tapi last2 aku diterima juga dan aku akhirnya menjadi mangsa buli sewaktu aku darjah 1, 2, 3. Kena angkat beg dan macam2 lagi lah. Bodohnya nabila dengan Athirah. Sampai skang aku bengang.

Aku bukanlah perempuan yang diminati ramai sewaktu sekolah dulu. Tersangatlah comot hehe aku pernah gaduh dengan budak lelaki kelas aku time darjah 1 sampai bercakar. Nama dia Azmi. Comel tapi hampeh, comot. Tapi best dapat gaduh mcm tu geram aku. Balik je rumah kena marah dengan mama sebab baju aku hitam kotor.

Time sekolah menengah takyah lah cite hehe penuh sejarah hitam. Aku malas nak cerita.
Tapi time PLKN adalah pengalaman yang berharga buat aku sebab aku jadikan ia satu platform baik untuk kuruskan badan dan kenal hati budi orang-orang yang berlatar belakangnya berbeza dan culture yang sangat kontra.

Sekarang aku baru habiskan pengajian kat Politeknik Ungku Omar. Sangatlah berharga saat2 bersama kawan2 yang banyak keletah dan perangai. Terima kasihlah pada semua yang telah menjadi sebahagian watak dalam jalan cerita hidup aku.

Sekarang aku still searching any works yang baik dan match dengan pilihan aku.
Kepada anda, semua perkara bergantung pada niat, hati dan minda anda sendiri. Jangan biarkan orang memijak kepala anda dan jika rakan anda membuat sesuatu yang kurang digemari, tinggalkan saje.



Tuesday, November 16, 2010

Bingkisan dari mulut dan hati AZALEA

Musibah, dugaan atau apa sahaja istilah yang berkaitan, tindak balas psychology terhadap diri anda adalah sama iaitu tekanan, pressure, stress and etc. Tapi pada aku dugaan yang diterima adalah satu perhatian dari tuhan yang disalah ertikan oleh orang. Jika hidup anda terasa kosong dan masalah kurang tetapi at the same time anda merasakan ada sesuatu yang aneh dalam jiwa anda seperti empty saje pasti ada yang tidak kena maka jawapannya adalah perhatian Tuhan kepada anda mungkin kurang. Apabila dugaan atau musibah berlaku maka ia diklasifikasikan sebagai 'perhatian' dan kasihnya Tuhan kepada anda untuk menguji ketaqwaan dan keukuhan iman seseorang tu. Jadi, jika anda adalah orang yang dipilih oleh Tuhan untuk menerima ujian seperti bankrupt, sakit, kematian, kesempitan hidup, putus cinta, kehilangan harta benda, bencana dan sebagainya adalah diharuskan bersyukur dan mengucapkan innalilahwainnaillahirajiun. Maka dengan izinNya tuhan akan permudahkan urusan dan menghilangkan rasa sakitnya menanggung ujian.

Mengenai hukum manusia, aku ingin menekankan bahawa siapalah kita untuk menghakimi seseorang itu melalui permakaian, pemikiran dan perbuatannya. Anda janganlah sesekali mengaibkan kawan atau saudara anda apabila perbuatannya kelihatan seperti terpesong, lalu menceritakan kepada orang lain. Aku ingin memesan kepada diri sendiri dan anda yang membaca juga bahawa ia sememangnya berdosa jika anda mendedahkan aurat tapi jangan anda mengutuk perbuatannya melainkan Allah sendiri yang menghukumnya. Anda siapa? cukupkah amalan anda yang boleh buatkan anda diklasifikasikan sebagai penghuni syurga Firdaus atau 'Adn ataupun Na'iim dan Na'wa? Cukupkah pahala anda untuk menghakimi orang lain? Kunci saje mulut anda dari mengatakan sesuatu yang boleh mencampakkan diri anda ke neraka saqar.
Dengan perbuatan alim anda itu belum tentu anda ahli syurga maka janganlah anda sewenang-wenangnya menghakimi seseorang tu.
Hormat sesama manusia adalah amat penting buatku. Sebab tingginya martabat seseorang itu apabila dia menjaga maruah dan dihormati.Aku nak tekankan mengenai sayangnya sesama manusia atau 'couple' haruslah ada rasa hormat each other maka hubungan tu insyaallah kekal. Jika partner anda menyatakan sesuatu maka hormatilah keputusannya itu dan tidaklah rugi jika anda menhormatinya. Jika anda ingin menyuarakan sesuatu itu maka perlulah berlapik da tidak terlalu lantang. Jagalah maruah anda kerana aku perhatikan ada beberapa orang kat FB selalu keluarkan statement yang buatkan aku meluat seakan-akan menjadikan ia satu platform untuk menghentam orang, pakai kopiah lagak seperti baik tapi haruslah jaga kata-kata anda. Anda jaga saje kelakuan diri dari mengatakan sesuatu yang annoying yang mampu menambah dosa orang lain.

Dan yang terakhir, ingin aku suarakan bahawa cerminkan keperibadian anda sebelum menghakimi orang lain. Anda belum tentu ahli syurga dan tidak ada hak untuk hukum sesiapa. Biarlah tuhan menghantar sendiri rahmatNya. Hormatlah pasangan anda dan semua orang tidak kira agama sekalipun. Maka berdoalah selalu agar Allah tidak akan lupakan kita dan syurga Firdaus menjadi tempat kita disana. Amin ya rabbal al-amin.
Sekian, Assalamualaikum

Untukmu Selamanya



Anda boleh search lagu bertajuk seperti diatas di Youtube dan dengarlah bait liriknya.
Rindu sangat kat b.
);
I miss you, sayang...
Jage diri baik-baik yer.
Keja elok2..
Nanti dapat kerja elok2 jangan lupe tau..
sedihnya rasa..salu ade je teman tapi dah jauh sekarang rasa tak kena je.
sayang pun mcm tu kan?
jangan menggatal,paham?
Love you.

from: azalea

Monday, November 15, 2010

further study

Alhamdulilah, aku dapat UiTM untuk seni layar. Tapi unfortunately, aku takleh pegi sebb aku kena wat 3tahun. Aku bajet nak keje lg nak kawen lg hehe xkan la aku nak wat dip lagi kan? Tapi ia satu pengalaman buat aku sebb opportunity ni diberikan kepada aku untuk aku merasakan sesuatu kejayaan. Atleast aku dapat merasa lah kan? Dulu nak dapat punye lah payah tapi sekarang rezeki dah ada aku pulak terpaksa decided untuk berikan peluang ni kepada yg membuat rayuan. Amekla..hehe

So, apa yang dapat simpulkan adalah dengan kelayakan yang aku ada, aku mampu pergi jauh sebenarnya.
Tapi for your information, aku memang minat jugak dgn course ni, baca lah post aku last year. Aku ada mention yang aku nak amek course seni layar sebb aku rasa bidang tu sangat serasi dengan diri sendiri tapi it's too late, perhaps. Aku lepas ni tunggu result exam jela. And then terus kerja cari duit, and hasilnya bleh shopping (;

So, to u allss. Aku rasa korang kat luar sana ade yang lebih layak lagi so, jangan malas untuk timba ilmu, okay? Ia akan membezakan anda yang berpendidikan dengan yang ZERO.
Sekian, Terima kasih.

Doakan aku berjaya dunia dan disana. (;

Tuesday, November 9, 2010

Kasihankanlah saya...

Buat kali kedua aku kena denggi, last aku kena tahun 2006 lepas. Aku tak tau nak watpe skrg. Ayah marah suh aku makan, tapi biasalah orang demam mane la mau nk makan, aku kuat lagi ni cuma aku xberapa nak larat mcm selalu. Aku taknak masuk hospital...aku nk sehat macam biasa.
Aku pun tak mintak sume ni aku xnk pon. Tapi nk wat camne air masak pun aku rasa pahit, tengok makanan mule2 je berselera makan pastu aku rasa nk muntah. Kesiankan lah aku ya Allah...penat sangat rasanya ni nk menanggung. orang bolehlah kata mcm2, yang rasanya aku...

Friday, November 5, 2010

Demam panas.

Aku mula rasa sakit kepala dari hari rabu lagi,aku expect migrain, yela aku stress nervous takut takleh jawab ke apa, tau2 jela last sem kan. Pastu keesokkannya, aku rasa terhuyung-hayang aduhh camne ek, tapi aku gagah jugak lah kemas barang2 semua aku start tido xlena. Pusing sana-sini xmau2. Esoknya, badan aku panas teruk gile2 punye aku nkjalan pun xleh. Sampai naik bus aku xleh dok betol2, sendi2 mula sakit, sakit kepala sume2 lah, aku dah syak ni tak lain denggi. Yela teruk lain mcm, kali ni kalau aku denggi memang 50-50 lah nak lawan. Dah jumpe doc sume doc sarankan aku jumpe blk die ahad ni atau isnin sbb nk amek darah. sian b..risau sgt die. aku tau die xsenang duduk. hari ni aku dha okay dah. dah leh mkn, dah leh bangun, alhamdulilah (:

Thursday, November 4, 2010

Petang terakhir...bye sayang.

Amatlah berat hati untuk tinggalkan TC, ipoh, sayang and semua orang kat Ipoh. Jauuuhh dalam sudut hati ni memang sedih sangat tapi kite tak perlu pandang ke belakang sebab setiap perkara mesti ada pengakhirannya. Ingat tau syg, jangan naughty2...

Kesimpulan untuk semester ni...

Semester ni pada mulanya aku kira okay lah sebab aku sorang. Aku takde orang yang selalu semak kepala. Aku atur jadual sangat baik susunannya. Sungguh jelas Tuhan membantu aku agar ruang waktu yang ada aku boleh pulang ke rumah (:

Masa yang lebih kadangkala aku manfaatkan dengan lebih banyak berdoa dan sembahyang juga khusyuk sebab takde sape ganggu.
Study pun tak stress sangat sebab subject hanya dua. Aku pun cepat paham dan tidak ada yang menjadi masalah sangat.

Dengan adanya TV taklah bosan macam dok dalam gua. So, aku mulai rasa letih yang teramat sesangat dengan ulang-alik Ipoh-KL setiap minggu maka tibalah masa aku balik ke kehidupan asal. Tuhan tahu bila tiba masa aku akan beredar dan meninggalkan semuanya yang telah sebati dalam rutin seharian.

Terima Kasih