Saturday, January 8, 2011

KERJA? HAHAHAHA. APA TU?

Dan kembali kepada pertanyaan mengenai kerja. Ha...KERJA? Hmm Homesickness adalah penyebab utama aku rasa bukanlah waktu sekarang untuk aku mula mencari kerja. Sangat mengada-ngada, bukan? Katalah apa sahaja. Aku peduli apa? -I DON'T CARE.
Bukan aku sengaja tetapi aku cuma perlukan masa. Dan rasa aku perlu berhati-hati memilih kerja. Mendapat pengalaman bekerja selama sehari di Syarikat yang beroperasi sebagai syarikat yang menawarkan loan kepada orang berkerja kerajaan, menyedarkan aku yang aku tidak perlu tembak semua kerja yang ada tanpa memikirkan soal environment dan minat aku sendiri. Benar bukan? Sekarang tugas aku hanya manfaatkan sahaja masa untuk mengemas rumah dan tengok tv serta update blog yang mungkin ada pengikut tapi tak pernah nak klik 'follow' hahaha.
Tak apa, aku sengaja buat blog ni sebagai pengganti diary. Mencatit segala rutin atau sejarah yang berlaku setiap hari. Diary mungkin ada kunci yang bertujuan tidak mahu privacy di hack.Tetapi blog adalah diary yang unlock dan sesiapa sahaja boleh access tanpa dimarahi aku sendiri. Tujuan paling boleh diterima pakai ialah mungkin untuk dikenang-kenang pada suatu hari nanti bila umurku mencapai 55 tahun. hahaha. Tidak reput kan ni? Kalau diary mungkin reput dan hilang. Wahhh sudah kelain tajuk ni. Tadi bercerita mengenai words principle tiba-tiba lari ke tajuk kerja pula. Tidak perlu pening. Kerana ia tidak ada kena-mengena dengan anda pun. Aku buat blog ni sebagai platform untuk aku meluahkan yang terbuku tetapi masih ada landasan bagi tidak melukakan hati sesiapa. Kita kadang-kadang bergurau tetapi orang mungkin menyalah erti atau terlalu sensitif maka terjadilah salah faham dan bermasam muka. Tidak perlulah sampai ke tahap itu. Mungkin anda ada aku maksudkan dalam salah satu entry dalam blog aku ni tapi nama anda tidak perlulah aku nyatakan nanti jadi aib pula.

Maafkan aku ya jika aku melakukan sesuatu atau menyatakn sesuatu yang mungkin mengguris perasaan anda, maafkanlah aku. Aku tak mungkin membidas anda melainkan anda buat dulu. Niatku mungkin bergurau macam case Sharifah Amani dulu tu lah. hahaha lain disebut lain yang disalah ertikan. Jadi chill lah, okay? Err...lagi satu. Jika anda terjumpa aku janganlah complainaku terlalu kurus ke apa sebab aku tak nak dengar lagi perkara tu. Stupid question pada aku sebab dahulu anda juga yang mengutuk aku gemuk sekarang bila aku kurus anda bising mengatakan sesuatu yang annoying bagiku. Heyy sebab mulut KAU lah aku kurus tahu tak?! Dah2. cukup. emosional pulak aku siang2 ni haha.

Huh. Mata aku bengkak je hari ni. Sebab apa? semalam aku menghabiskan airmata aku. Sebab apa? Sebab terlampau banyak aku simpan dalam hati, aku rasa cukup terbeban lalu aku relakan hati aku meluahkan apa yang tersirat. Tak henti-henti dari pukul 1 samapi 2.30am. Kau bayangkan? betapa rasa sedihnya hati. Banyak sebabnya. Tapi aku tak suka share lebih-lebih kat sini. Hmm. Berat je mata ni macam letih sangat mata. Macam rasa nak tertututp mata tapi tak mengantok. Haha aku yakin anda pun mesti pernah mengalami rasa seperti ni kan?
Anyway, aku tengah mengerah otak. Kerja apa yang sesuai untuk aku (;

No comments:

Post a Comment