Monday, January 31, 2011

Ohh PMS...I feel weak.

Hari ni hari Wilayah, 1 February 2011. Selamat Hari Wilayah kepada warga Labuan, KL, Putrajaya. Hari ni, aku dalam mood yang weak, tak ada mood sikit, rasa letih, lenguh tapi syukur sangat marah-marah tak ada rasa sangat hari ni. hehe. Sebelum tu, aku mohon maaf jika aku ada terkasar bahasa atau terlepas kata atau apa sahaja terlepas dari mulut ni mohon ampun ya terutama bila aku sedang PMS ni. Kalau aku tengah datang bulan memang bukan diri aku dah. Aku transforming jadi orang yang ganas berkata-kata, segala pendapat orang aku rasa bercanggah, memang mencari nahas lah kalau cari gaduh time ni. Harap menjauhkan diri anda buat sementara waktu ni jika aku kelihatan seperti demikian tapi sekarang aku okay je, hehe (mood: penat sikitlah wak..jgn risau)
Tapi mood KACAU BOYFRIEND orang takkan ada. Kwang3 ;P HEHE. Takpe, kita paham awak rasa tak bestkan? Kita pun taknak kacaulah wak...Tak mahuu. Kite doakan awak semuanya bahagia hingga ke akhir hayat. Kepada yang lain ni janganlah mencabar kesabaran aku pada waktu yang salah terutamanya saat sekarang ni yang tengah menahan senggugut ni. Janganlah paksa-paksa aku buat satu benda yang terang-terangan aku taknak buat. ( aku nak bertungku lepas ni, nak hilang senggugut, arghh tak tertahan)



Sunday, January 30, 2011

Single or Taken? Or flirt?

Aku dah agak lama tak merasai kehidupan sebagai single and available. Wahh haha. Aku dah lama tak pernah rasa jatuh cinta dengan someone. Yang aku tahu perasaan time tu mesti awesome gila! hehe ni bukan bermakna aku nak menjadi single, Ohh no no. Aku tak mahu sakit hati bila break up. Nauzubilah. Tapi aku teringat kata-kata ex-housemate aku, sara. Dia ni single so, aku banyak dengar dia kata hidup single ni bebas. Bebas keluar sana sini, hati kosong, tidak terbeban rasa risau, nangis bila rasa dituduh curang dan akibat jealous sangat, berendamlah air mata. Batin terseksa bila mengalami saat berjauhan. Arghh! ( Mood: ape ni...rimasnya ada perasaan)

Jadi single memanglah best tapi seronokkah anda melihat orang lain pimpin tangan, dinner sama-sama and ada tempat meluah rasa gundah? Mesti kata hati bisik, boringnya aku...Hmm. Kata-kata 'being single is OK' mungkin kata semangat untuk mereka yang tidak mempunyai kekasih hati, perhaps. (:

Menjadi gf/bf orang ni, err... best ke? haha sepanjang aku memegang kata ' I already taken', aku merasai pelbagai perasaan. Perasaan diabaikan, disayangi, ambil berat, kena marah, marah kat partner hehe, jealous, rindu, sayang sangat-sangat, terseksa, suspicious, heartbeat tiba-tiba laju, non stop texting, call, check handphone partner ada message perempuan lain tak, pakai cantik2 untuk si dia alahai. Betul lah kata orang, bodoh kerana cinta itu NORMAL. Bila dah break ayat n mest keluar punya ' Bodohnya aku selama ni...kenapalah aku boleh sayang dia, dahla hodoh duit tak ada, tak sedar diri blablabla'. Haha. Jodoh memang takkan selamanya kekal. Akhirnya nanti, mati juga pisahkan jua.

Tapi bila dah ada partner jagalah dia sebaiknya, janganlah abaikan dia. Ada masalah, share lah. Jangan kuat simpan dan membelakanginya jika tidak anda akan diselingkuh hehe. Janganlah curang yer, tak mau tak mau tak mau. Ada yang tanya aku, kenapa perlu curang? Jawapan aku, sebab tak diberikan apa yang harapkan, cukuplah dengan perhatian bukan RM. Bukan perhatian 24/7 tapi keprihatinan anda terhadap partner anda. Janganlah sampai wujud orang ketiga. Aku bukanlah mudah mampu membuka hati menerima someone tapi bila sampai satu tahap mungkin Tuhan membuka ruang dalam hati untuk aku menilai mana kaca and permata.


GELI!! yeks.

Awak, awak kata saya takut angkat call awak? Awak, saya tak pernah takut pun? Saya angkat, kan? tapi awak menganggu tidur saya, wahai perempuan sedang control gabra. Awak menang? Hameklah wanie, ambillah. Saya tak main game pun. Saya cuma rasa nak jerit 'Eee apa ni apa nii...kena tuduh?', macam tu lah. Saya tak menganggu awak, jadi tak payahlah nak kepoh sangat, okay? take care, darling. Jagalah boyfriend awak sebaiknya, saya taknak, tak mahu pun, tak hingin!

Friday, January 28, 2011

hello stalker, how are you?


Nampak sangat anda stalker. Please lah, I tak ada pun nak kacau hidup you apatah lagi menganggu hubungan you dengan boyfriend kesayangan you. Jangan nak kepoh sangatlah. My blog my own business and jangan sibuk sangat hal orang, jaga boyfriend you and please keep my words. BOYFRIEND AWAK TAK SEHEBAT MANA, JADI SAYA TAK TERLIUR MALAH SAYA RASA GETIK BILA GIRLFRIEND NYA TIBA-TIBA BACA BLOG SAYA DAN TERUS TEXT SAYA? Hello? You tak rasa malu ke baca blog orang then main serang je plus I ni EX GF Boyfriend you, and ofcourse you feel insecure, I know. Sedar tak kelakuan anda seperti perempuan sedang ketakutan boyfriend nya dikacau oleh saya? Listen here, I already have a boyfriend so please, jangan perasan. I love him and I didn't disturb your life and I hope you will do the same and one more thing, please grow up. Anyway, thank you for reading. (;

p/s: this mirror is for you, darl. (: and for your boyfriend too. xoxo

Thursday, January 27, 2011

Please grow up girl!

Apa perasaan anda bila ada perempuan tiba-tiba sound anda 'please don't disturb us'? Agak memeranjatkan aku dan aku sangat tak puas hati apa pasal betina gelabah ni tiba-tiba nak sound orang? Who this girl? Huhh? For your information, I am not interested with anybody including lesbian or bisexual and especially your boyfriend, darling. Seriously, I have no intention to tackle your boyfriend plus your lovely boyfriend are not somebody so why I want him? I already have a boyfriend, much better than him so please cermin muka and please stop talking nonsense. I tak mahu hina tapi jangan tuduh melulu dan you are so funny, girl. Baru habis UPSR ke? If your boyfriend have a Bentley, you need to worry, I still can understand but frankly speaking I am not like you, sudah ludah jilat balik. And I think you are quite angry when I am said that last night because you terasa ke? haha. Stop jealous with me, barbie*

Monday, January 24, 2011

Jika anda nak bersembang dengan saya

Sempat lagi online Beautifulnara by the time nak tunggu flight.

Jika anda rasa aku sombong dan apa sahaja, buang saja tanggapan buruk anda tu sebab tak kenal maka tak cinta, jadi tegurlah aku dulu sebab aku tak reti nak tegur dan aku taklah ramah tambah-tambah anda stranger. Bila dah kenal baru lah tahu aku macam mana. Hehe mengada ke? Taklah aku dah berusaha nak ramah-ramah hilangkan rasa malu tapi tak bolehlah cuma bila dah selesa barulah macam2 cerita keluar. Topik yang paling aku berinformasi ialah gossip2 artis lah youuu. hehe tiap2 hari aku online gossip beautifulnara.com, ohbulan.com hehe and baca paper and segalanya yang menarik tapi kalau bab artis esp malaysian punya aku boleh dapat marks 100%. Jadi, kalau nak start topik ke apa start lah dengan cerita-cerita ni. Tapi bab mengumpat, setakat dengar bolehlah wak...kalau nak join sorry lah hee tak berani nanti jadi gaduh pulak hehe kalau nak cerita mengenai politik ke apa boleh saje jelah. No problems tapi not about BOYFRIEND AND GIRLFRIEND ANDA and paling aku tak suka asyik2 dengar keluhan orang bila bercerita penderitaannya menjadi single. Hello, anda nak ngeluh2 pergi creat blog lah. Taknak dengar pun, bosan. Sekali sekala bolehlah tapi janganlah setiap kali start conversation mesti nak cerita benda tu. Sekian have a nice day

Sunday, January 23, 2011

Judge by its cover

Lumrah manusia mahu yang cantik dan handsome saja. Okay, so yang buruk-buruk ni kalau perangai over sikit confirm berbakul lah kutukan dari orang. Aku yang pernah jadi perempuan gemuk akhirnya sangat membenci diri sendiri lalu membalas dendam untuk kurus. Nahh kurus dah aku sekarang. Hehe puas hati aku. Orang sekarang suke judge orang sukati2 je. Lagipun jadi gemuk tak best, nak shopping baju pun payah. Malu nak tengok cermin, lemak kat perut yekkkk!

And surprisingly, hari tu kawan class aku chat dengan aku (name tak boleh mention lah sian dia segan) hehe, dia ni dulu sangatlah pendiam. Aku pun tak peduli pun kat dia, tapi sebelum ni kawan-awan aku ada bagitahu dia syok kat aku haha ada juga admirer aku dulu yer hehe even gemuk pun. Hari tu dia chat dengan aku, dia pun start cerita dulu dia suka kat aku and the most crazy word I heard from him is he said aku cun hahahaha! 'Cun ar ko dulu, aku dulu rajin usha kau dengan ika(ika hazarul, dia laki tapi nama Ika). Haha. 'Nak tegur tak berani sebab satu kelas'. Aku pun tanya, tang manalah yang cun sangat tu. Dia kata 'tang mata, mata kau cantik', aku pun tersenyum last2 tebarai gelak aku hahaha yeke? Wahh kenapa tak bagitahu dulu aleast tak adalah aku rasa low confident hehe okaylah lupa nak say thanks to him. Thanks to Allah because gimme a very beautiful eyes. Pinjaman je ni. Taklah bangga mana tapi lebih rasa lega sebab aku expect aku ni tak ada advantages. Orang lain ada senyuman yang manis lawa, aku? Aku pun tak tahu. So, tak kiralah apa sahaja bentuk badan, anggota dan kelebihan anda, haruslah bersyukur kerana Tuhan itu adil.

to YOU

Hari tu awak pernah tanya, puisi apa untuk awak. Kini saya tujukan ni untuk awak. Sincere for you (;

Di ketika ini di saat ku sendiri
Kau tiba mengusir sepi hati
Hadirnya dirimu memberi nafas baru
Beralunan irama nan syahdu
Bersamamu... hatiku tiada ragu
Terhindar segala pilu yang mengusik di kalbu
Dihatiku... hanya engkau dan aku
Terhakis kisah lalu
Tercipta hasrat baru
Hadirnya dirimu memberi nafas baru
Beralunan irama nan syahdu
Bersamamu... hatiku tiada ragu
Terhindar segala pilu yang mengusik di kalbu
Dihatiku... hanya engkau dan aku
Terhakis kisah lalu
Tercipta hasrat baru
Bersamamu... hatiku tiada ragu
Terhindar dalam deru yang mengusik di kalbu
Dihatiku... hanya engkau dan aku
Terhakis kisah lalu
Tercipta hasrat baru
Ber sa ma mu... hatiku tiada ragu
Terhindas dalam deru yang mengusik di kalbu
Di hatiku... hanya engkau dan aku
Terhakis kisah lalu
Tercipta hasrat baru

I love Fasha Sandha

Hehe! Jangan jealous ye. Fasha Sandha reply twitter menyatakan 'I love you too'. hehe Aku memang suka gila kat dia sebab dia berlakon best. Pasal hal peribadi dia aku tak amek port pun, bukan penting pun, dia punya pasal lah. So, hari ni nak buat apa ehh? Boring kan?
Hmmm

Saturday, January 22, 2011

Sabtu yang Sepi.

Boring sangat hari ni memandangkan semuanya sibuk. Ayah sekarang dah start ke class hehe dia amik Master, mama, Azirah and Azri, pergi sekolah ada sekolah ganti. So, yang aku ni buat apa kat rumah? haha. Duduk mengedan. Lepas sidai kain, basuh pinggan kemas dapur and sambung tengok TV. Yang cerita dulu-dulu macam Awan Dania siri 1 tu dulu yang aku tak pernah tertarik pun nak ikut sekarang ni disebabkan terlampau tepu, layan sajalah! haha

Haihh semakin bosan aku dok rumah, nak cari kerja pun bukan senang kan? Fulus pun tak ada. Kan best ada printer duit. Bestnyaaa! So, hari ni tak ada yang perlu disimpulkan sebab hari-hari kosong! bosan sesangat!

Tuesday, January 18, 2011

Rahmat dariNya dan Hormat

Mungkin entry ni tidaklah sepedas dan sebisa yang aku post sebelum ni malah ia bukanlah bertujuan untuk membidas tetapi menyedarkan sahaja. Chill lah okay? Hari ni aku tergerak hati untuk post kan sesuatu yang aku sudah mula merasainya. Sejak-sejak ni, aku mulai rasa 'seru' dariNya. Aku sememangnya seorang pemikir. Dunia umpama sekolah, aku belajar dan mengerti segalanya. Aku memerhati tingkah laku orang dan aku takkan berhenti memikirkan semuanya. Lately, rancangan berbentuk islamik dan dakwah menjadi pilihan aku dan aku sering memikirkan soal amalan dan mati. Mati tidaklah bermaksud untuk menamatkan kesengsaraan hidup sekarang tetapi maksud aku, aku terfikir bila saat waktunya sampai adakah cukup amalan yang akan dibawa? Sedih rasanya jika pahalaku kurang. Mungkin anda lebih gemarkan rancangan hiburan mungkin perasaan ingin memberi santapan rohani belum tiba lagi. Dan aku ada terbaca 'Orang yang cerdik adalah memikirkan saat matinya'. Maka celiklah wahai anda yang tersayang, kini kematian berlaku tidak kira waktu. Mungkin Tuhan menyapa aku untuk sedar bahawa masa kian berlalu dan hidup umpama topup yang ada tarikh luputnya. Semakin hari semakin hampir. Mungkin saat waktu aku untuk pergi ke dunia seterusnya juga makin hampir begitu juga anda.

Kini aku lebih menerapkan rasa hormat kepada semua orang. Prinsip 2011 akhirnya dapat disematkan didalam diri akhirnya, Alhamdulilah. Semakin hari semakin bijak aku menilai dan semakin matang aku berfikir. Aku juga akan sentiasa mendoakan kalian. Jika esok adalah hari yang terakhir aku, kirimkanlah pahala sedikit yer (:

Perfectionist

Sekian lama aku cuba memikir kenapa aku kian menjadi perfectionist. Mungkin sebab selalu kata nani(opah) banyak songeh, sidai kain pun nak proper. Benda tu kering juga akhirnya nanti. Semua nak dingomelkan. Harus semuanya teratur dan kemas. Haha kini aku pula mengambil alih tempatnya. Bila kita duduk rumah, apa lagi yang perlu dilakukan? Mengemas rumah, sidai kain, basuh kain, tonton TV. Maka bila tiba menyidai kain aku sangat teliti agar tidak sakit mata memandang biarpun ia akan kering juga nanti. So, the conclusion nya, janganlah anda mengutuk sesiapa. Nanti Tuhan balas balik baru tahu, hehe. Soal mencari kerja... Minggu depan hari isnin aku akan giat mencari kerja disekitar rumah aku ni. Dan bekerja di Giant choice yang terakhir akan di consider kan hehe. Bukan sebab apa pun, aku tak nak pergi kerja jauh-jauh. Even kerja paling dekat kat area Sentul, Jalan Ipoh pun aku tak kepingin sebab aku dah rasa seksanya meredah jam kat Jalan Kampung Chubadak tu. Gilaaaaa stress! Rasa nak jadi raksasa pijak-pijak semua kereta, menyusahkan orang. Jadi untuk kerja di area2 luar dari kawasan anda, mungkin anda memerlukan transport sendiri, tidakpun LRT betul-betul depan rumah anda. Hmm rumah aku ni paling dekat komuter jelah itupun bukanlah senang nak pergi sana, perlukan orang hantar... Eeee bencilah dok sini. Tak membantu langsung!

Saturday, January 15, 2011

Usahlah pertikai rezeki Ana Raffali


Perempuan ni mungkin membangkitkan ketidakpuasan hati dikalangan ramai orang diluar sana apabila lagunya dinobatkan sebagai Juara Lagu. Bermacam-macam pendapat yang diluahkan, ada yang baik dan sebaliknya. Lumrah manusia, memang tidak pernah senang bila anggapan mereka salah. Aku nak meluahkan rasa tak best and rasa kecewa sikit pada orang-orang kat luar sana, kenapa perlu menghukum dan membidas Ana Raffali? Sudah-sudahlah. Kalau itu yang tertulis, memang itu rezekinya hentikan kutukan dan menghentam si Ana ni. Aku tak nafikan memang lagu dia bukanlah taste aku tapi aku taklah se-emosional orang2 diluar yang benar-benar tak puas hati hingga creat accout FB untuk memberitahu kepada juri-juri dan semua orang yang majoriti ini tidak puas hati sangat-sangat. Anda ada membaca liriknya? Liriknya memang sangat mendalam dan hanya orang yang mempunyai seni didalam gubahan lagu yang boleh mengerti dan pada pendapat aku ia sangat unik dan cantik susun katanya. Aku rasa M.Nasir pun nak sep dengan aku bila membaca pendapat aku ni.

Sudah-sudahlah menghentam Ana Raffali ni even dia ni bermasalah ke apa ke, tak perlulah dicampur-adukkan. Ini bukan Anugerah Artis dan Lagu Paling Best Atas Undian Semua Orang Melalui SMS. Jangan terlalu emosional dan M.Nasir juga mungkin berpendapat yang beliau arif dalam dunia ni dan tak perlu orang lain pertikai keputusannya. Hormati keputusan dan hormat akan perasaan orang lain. Jika anda berada di tempat Ana Raffali ni dan mungkin lagu anda hanya menjadi kegemaran segelintir sahaja tetapi bila ada pihak menilai lagu hasil karya anda yang penuh kata-kata yang mendalam dan tidak semua mampu menghasilkan lirik sebegitu, maka anda mesti berbangga, bukan? Dan apa perasaan andabila orang datang membidas anda umpama anda orang yang tak layak seperti apa saje? Adakah anda rasa dihina, dikecam? Jadi, terapkan rasa hormat kepada orang lain dan ingat, Ana Raffali manusia seperti Anda dan dia juga mempunyai perasaan. Hentikan segala pendapat negatif, biarlah ia diluahkan sesama anda dan tak perlulah sampai ke tahap melampau seperti menghinanya. Harap anda bersabar dan jika anda rasa anda mahu seseorang tu menjadi juara atas permintaan anda sendiri, sila tunggu ABPBH ke AF ke Mentor ke. Jadilah orang yang rasional dan chill lah, okay? Tolonglah hormati sesama sendiri. Tolong yer Semua. Terima Kasih.

Sekian.

Friday, January 14, 2011

Kahwin?

Tajuk yang buat orang akan terus membaca, apa lah yang akan cuba aku terangkan untuk pos hari ni. Soal kahwin adalah soal berat bagiku. Tak semudah yang disangka dan seindah yang dilihat. Umur aku pun baru sahaja 21tahun (tak genap pun lagi). Tapi mungkin kawan-kawan aku kini yang mempunyai boyfriend yang umur 2,3,4 tahun lebih tua sudah dirisik dan bertunang. Tapi kalau ditanya aku, haha reaksi pertama adalah gelak. Kenapa? Partner aku pun mungkin belum bersedia dan ternyata jelas bahawa perkahwinan bukanlah topik yang serious jika disembangkan.

Mungkin dia rasa sudah tiba masanya tapi kestabilan kewangan dan kerjaya adalah perkara utama untuk dititik beratkan sebelum melangkah kedunia perkahwinan. Aku tak memandang ringan perkara ni namun tidak juga terburu-buru. Perkara utama yang harus aku fokus pada waktu ni ialah ofcourse pelajaran dan kerja. Siapa yang tak teringin merasai menjadi seorang isteri dan suami dan juga akan mendapat pengalaman indah menjadi ibu dan bapa. Tak sabar nak mengetahui bagaimana wajah anak kita pada suatu hari nanti. hehe aku juga begitu tapi sekarang aku hanya fokus pada yang penting dan soal kahwin akan dibincangkan apabila partner aku sudah bersedia especially soal kewangan.

Masak pun terkial-kial ada hati mahu kahwin ka? hahaha. Tapi yang penting, kesediaan seseorang tu menghadapi dunia yang nampak indah umpama laut yang tenang tetapi ombak ribut yang sukar diramal yang mungkin datang tiba-tiba dan ia mampu memusnahkan mahligai yang kononnya yakin kukuh terbina. Maka terjadilah penceraian yang kita dengar saban hari ni. Kita kena tanya hati kita sendiri adakah dia orangnya untuk dibuat suri/pemimpin didunia baru nanti? Usah terburu-buru kerana Tuhan akan bagi signal juga pada kita melalui naluri bahawa mungkin dia jodoh kita atau mungkin sebaliknya. Dengar baik-baik, kata hati anda.

Bila kahwin, badai akan melanda tiba sahaja waktunya. Tak hairanlah kalau kita selalu dengar pasangan yang baru kahwin 3,4 tahun akan bergaduh, soal orang ketiga mula timbul dan sebagainya. Maka, kesediaan kita menghadapi waktu-waktu mestilah ada. Jika tak ada? Lupakan hasrat anda buat masa ni kerana ternyata anda belum bersedia. Nanti dah kahwin barulah gatal nak cuci mata, tackle awek lain dan gaya pun dah macam bujang. Tolonglah lelaki, sedarlah, once anda melafazkan akad yang suci tu tolonglah beringat, walaupun anda mempunyai tiket untuk pasang lagi 3, fikirlah sejauh yang mungkin kerana ia tak seindah dan semudah mewarna di atas kertas drawing block. Melakar apa sahaja yang indah.

Aku sebagai perempuan akan berusaha menjaga keterampilan dan aku juga sedar tidaklah semudah yang disangka. Mana nak jaga anak lagi, masak, basuh kain, melayan karenah anak yang tak pernah menyenangkan kadang-kadang. Tetapi nak seribu daya, bukan?
Jadi, sekarang dengan adanya post ni,aku sendiri juga akan beringat yang kahwin hanya mampu disembangkan dan dirancang, Tetapi melaluinyaaa...mintalah pada Tuhan agar ikatan suci kita semua yang akan dibina suatu hari nanti akan kekal dan indah. Aminnn.

TGI Fridays last night


I sacrifice my diet only for TGI Fridays last night! Actually, tujuan dinner last night hanya untuk celebrated birthday Azri yang ke 14 isnin ni 17th January 1997. So, atas request dia nak dinner kat TGI Fridays semalam, we all pun decided jelah nak kesitu. And the best things I ever ate is the Garlic Marinated Grilled Lamb Chops. Habis diet I. Aku ni dah over kurus so, aku tak risau sangat even I eat alot or high calories. Tapi aku tak ada lah minum ice chocolate (alahai pegi sebut kenapaa..dah terasa nak minum pulaaak), aku just minum plain water.





Thursday, January 13, 2011

Transformasi Hidup

Sekarang aku dalam sesi brain wash kepala hotak aku ni bagi clear sikit. Mengada-ngada Azalea ni yer.Kerja nak duduk rumah je. Hari tu aku ada survey kerja. Bukan apply pun just nak tengok saje disebabkan aku ni terlalu banyak songeh, nak ambil kira soal environment (lah sangat) dan sebagainya menyebabkan aku terpaksa survey dan tengok orang tu bekerja. Tapi aku mengalami masalah homesickness yang terlalu sukar nak diubati. Boleh nangis kalau tinggal rumah tapi banyak yang perlu diingatkan jika aku tak bekerja, ia seperti:

* No money no talk, so...no shopping.
* Nak keluar hati tak senang.
* Tengok orang lain dah macam-macam pakaian mereka peragakan tapi aku...hehe
* Aku mimpi pakai blackberry. Tak nak pun. Tapi aku rasa memang aku tak layak. Bakal JAHANAM.

Sedih juga kadang-kadang tu tapi bila fikir-fikir balik hmm... ni lah akibatnya kalau time practical tak ada kerja. Mana ada experience. So antara kerja yang menarik perhatian aku telah di list kan dalam diary aku. Aku dah ada diary tau tapi bukan untuk meluahkan rasa hati tetapi untuk buat kehidupan aku semakin teratur. Atleast nampak macam poyo sikit kan. hehe (ntahpape)

Rindulah kat Ipoh...Hari tu kat KLCentral aku menatapi kaunter KTMB yang dulu aku sering menjadi regular customer di situ. Saat tu aku rasa macam satu perasaan yang begitu dalam didalam hati. Rasa hati begitu kuncup dan macam bercampur rasa sedih sikit. Memang ya, aku kini mungkin sudah rasa selesa dengan keadaan sekarang tapi terasa kosong je sekarang ni. Mungkin dulu aku diasak dengan assignment, quiz and paling best cinta hati sentiasa ada tiap-tiap hari, life pun flow. Sekarang semua berubah. Strong Azalea...Be strong.
Mengenai kerja dulu tu maybe aku rasa uncomfortable with the environment, with jam make me stressed in the morning and I know I will stressed everyday and supposed to accept that. Huhh... So, any suggestion for me? Or advises? Please. I need you, everyone.

p/s: Yes. I may have a blog and blog about whatever I feel or think, but note in mind, I only blog 70% of what I feel and think. The other 30% will be locked up in my mind with no way of getting out into the open. I believe in such thing as....'privacy'.

Monday, January 10, 2011

10 Things About ME

* Pink warna paling menakjubkan
* Muzium tempat paling disukai
* Tradisional dan Klasik adalah jiwa saya
* Saya tak reti mengekspresi perasaan melalui lisan tetapi mengekspresikan dengan menulis
* Saya tak suka Math dan malas membaca. Jadi saya tergolong dari orang yang? MALAS. hehe
* Not really friendly. Tegur dulu baru saya okay. Jadi saya apa ye? Pemalu lah hehe
* Memasak memang saya suka.
* Saya mengira duit dengan tangan kiri. (Cuba anda pegang duit dan kira, tangan belah mana yang anda guna untuk mengira?)
* Handphone mahal hanya mampu dilihat tetapi bukan menggunakannya sebab saya CARELESS
* Saya hanya mampu membeli heels shoes tetapi saya sering mengalami dilema untuk memakainya dan apatah lagilah stiletto. Melecetlah kaki I...

Today is Monday.

Hehehe seronok dan happy sekali apabila berada dirumah. Tiada stress dengan colleague, boss dan deadline. Pagi-pagi buta dah kena kejut dengan alarm, aku rasa aku mengalami kesukaran bangun pagi yang semakin serius. Dah sedap tidur tak ada orang kejut. HEAVEN! TV adalah rakan paling setia aku buat masa ni. Kalau dia ada mulut mesti dia cakap AKU DAH PENAT TENGOK MUKA KAU hehehe. Kalau dia cakap macam tu aku kasi sepak je. Kalau tengah study mesti pening dengan assignment, quiz, proposal dan macam-macam lagi. Yang aku ni pening memikir kat mana nak kerja. Hopefully, dapatlah kerja yang sesuai. Doakan ye?

Hari ni nampak flow je. Alhamdulilah (= Esok? Esok mestilah lagi okay dari hari ni. Kan? Aku pun harap anda juga happy dengan hari-hari anda. Have a nice day, buddies.

Sunday, January 9, 2011

Jom share?

Hi, hehe first time say Hi. Well, aku dah share hari tu mengenai diet aku so, now aku nak share dengan anda and public what I wear/use. (Bila dah duduk rumah ni full time 'housegirl', bila menghadap laptop ni ada saja benda nak diceritakan dalam blog. Bosan tahu tak? Kerja lagi bosan). Okay2, actually kan aku dari sekolah sangat mementingkan hair care. Mungkin certain orang, main sebat je kan? Tapi aku tak suka. Mula-mula aku try guna Sunsilk colour pink ni. Okay je. Gunalah dengan conditioner. Then aku rasa macam nak try yang lagi okay so aku pakai ni pula, Loreal Elseve. Nak tahu kenapa aku ambil yang ni? Sebab dia colour pink. Wek! Tak habis2 pink. But do I care. haha Konon nak yang international lah hehe. Taknak yang boleh dapat kat kedai2 biasa. Nak yang betul2 dapat kat farmasi.

Okay jugak. Tapi kena guna 3 benda ni. Conditioner dengan hair mask sekali, baru okay. Kalau nak lagi okay, guna serum. Aku pakai lama juga. Ramai yang tanya aku pakai apa sebab maybe nampak shiny. So, inilah jawapan dia. Time aku habis saje PLKN, aku nampak iklan kat TV and produk ni lagi 'international' sebab dia yang sponsor Project Runway.
Ia adalah...
Aku pakai ni sampailah sekarang. Tak pernah bertukar pun. Best gila sebab lagi super shiny. Try lah. Tapi aku guna Deep cleansing dengan Moisture Rich conditioner. Kalau korang malas mandi pun ia tetap kelihatan baru mandi kalau pakai ni hehe.

Mengenai Deodorant haha amek. Semua cerita ya. No worries.
Lantak aku lah kan? Bukan cerita benda bukan2. So, brand paling aku suka ialah Garnier. Armpit anda akan kelihatan fair berbanding sebelumnya.
Then, berberita mengenai Face Care pula. Banyak aku nak kongsikan. Dulu aku pakai face wash biasa saje macam Clean and Clear. Then housemate aku pun pujuk aku suruh pakai Natasya. Mula-mula aku macam malas nak pakai tapi disebabkan aku akan practical ditempat pusat kecantikan so, aku pun
try.

Kesannya memang gila terbaik. Putih and gebu yang selalu orang sebut tu hehe. Bila dah masuk 3 bulan pakai HANCURRRRRRRRRR MUKAAAAAAAA AKU SIALLL. Huhh...
Sia-sia saje aku ikut cakap orang, ni lah bahananya. Impact dia sampai sekarang, muka aku sangat sensitif. So sekarang aku guna soap D'putih saje untuk siang and malam aku guna face wash Lactacyd. Ni Doctor yang incharge aku time aku masuk hospital pasal denggi bodoh tu. Dia suruh guna and nurse kat situ pun cakap adik dia guna, okay sangat. Aku pun malas nak panjang cerita aku try lah. Sofar, okay saje. Apa lagi ehh? Ohh yang lain next time akuupdate okay? Nak mandi jap. Bye

Saturday, January 8, 2011

KERJA? HAHAHAHA. APA TU?

Dan kembali kepada pertanyaan mengenai kerja. Ha...KERJA? Hmm Homesickness adalah penyebab utama aku rasa bukanlah waktu sekarang untuk aku mula mencari kerja. Sangat mengada-ngada, bukan? Katalah apa sahaja. Aku peduli apa? -I DON'T CARE.
Bukan aku sengaja tetapi aku cuma perlukan masa. Dan rasa aku perlu berhati-hati memilih kerja. Mendapat pengalaman bekerja selama sehari di Syarikat yang beroperasi sebagai syarikat yang menawarkan loan kepada orang berkerja kerajaan, menyedarkan aku yang aku tidak perlu tembak semua kerja yang ada tanpa memikirkan soal environment dan minat aku sendiri. Benar bukan? Sekarang tugas aku hanya manfaatkan sahaja masa untuk mengemas rumah dan tengok tv serta update blog yang mungkin ada pengikut tapi tak pernah nak klik 'follow' hahaha.
Tak apa, aku sengaja buat blog ni sebagai pengganti diary. Mencatit segala rutin atau sejarah yang berlaku setiap hari. Diary mungkin ada kunci yang bertujuan tidak mahu privacy di hack.Tetapi blog adalah diary yang unlock dan sesiapa sahaja boleh access tanpa dimarahi aku sendiri. Tujuan paling boleh diterima pakai ialah mungkin untuk dikenang-kenang pada suatu hari nanti bila umurku mencapai 55 tahun. hahaha. Tidak reput kan ni? Kalau diary mungkin reput dan hilang. Wahhh sudah kelain tajuk ni. Tadi bercerita mengenai words principle tiba-tiba lari ke tajuk kerja pula. Tidak perlu pening. Kerana ia tidak ada kena-mengena dengan anda pun. Aku buat blog ni sebagai platform untuk aku meluahkan yang terbuku tetapi masih ada landasan bagi tidak melukakan hati sesiapa. Kita kadang-kadang bergurau tetapi orang mungkin menyalah erti atau terlalu sensitif maka terjadilah salah faham dan bermasam muka. Tidak perlulah sampai ke tahap itu. Mungkin anda ada aku maksudkan dalam salah satu entry dalam blog aku ni tapi nama anda tidak perlulah aku nyatakan nanti jadi aib pula.

Maafkan aku ya jika aku melakukan sesuatu atau menyatakn sesuatu yang mungkin mengguris perasaan anda, maafkanlah aku. Aku tak mungkin membidas anda melainkan anda buat dulu. Niatku mungkin bergurau macam case Sharifah Amani dulu tu lah. hahaha lain disebut lain yang disalah ertikan. Jadi chill lah, okay? Err...lagi satu. Jika anda terjumpa aku janganlah complainaku terlalu kurus ke apa sebab aku tak nak dengar lagi perkara tu. Stupid question pada aku sebab dahulu anda juga yang mengutuk aku gemuk sekarang bila aku kurus anda bising mengatakan sesuatu yang annoying bagiku. Heyy sebab mulut KAU lah aku kurus tahu tak?! Dah2. cukup. emosional pulak aku siang2 ni haha.

Huh. Mata aku bengkak je hari ni. Sebab apa? semalam aku menghabiskan airmata aku. Sebab apa? Sebab terlampau banyak aku simpan dalam hati, aku rasa cukup terbeban lalu aku relakan hati aku meluahkan apa yang tersirat. Tak henti-henti dari pukul 1 samapi 2.30am. Kau bayangkan? betapa rasa sedihnya hati. Banyak sebabnya. Tapi aku tak suka share lebih-lebih kat sini. Hmm. Berat je mata ni macam letih sangat mata. Macam rasa nak tertututp mata tapi tak mengantok. Haha aku yakin anda pun mesti pernah mengalami rasa seperti ni kan?
Anyway, aku tengah mengerah otak. Kerja apa yang sesuai untuk aku (;

"DO I CARE?", Adalah words 2011 SAYA

Aku mempunyai prinsip baru. Hehehe. Selain mengekalkan sikap 'respect me and I will do it too'.
Senang sahaja, pada aku apa sahaja berkaitan yang tidak akan kaitan dengan aku, akan aku ignored.
Jika anda rasa anda cantik dan hebat dan orang lain loser? DO I CARE?
Jika anda rasa saya loser dan anda rasa anda yang terbaik sangat? DO I CARE?
Jika anda notice aku tidak lagi beramah mesra dengan anda seperti dulu mungkin aku telah mengatakan I DON'T CARE about you anymore.
Jika anda rasa aku buat muka slumber ketika anda sedang rancak bercerita hebat, mungkin dalam hati aku mengatakan DO I CARE?
Jika anda meminta tolong aku untuk melakukan sesuatu sedangkan bila aku sedang susah dan meminta bantuan, anda katakan aku 'seperti budak2' tetapi bila tiba anda, aku jawab 'Hmm..tak taulaa..', mungkin sebenarnya aku kata dalam hati 'DO I CARE?'
Jika anda mengatakan sesuatu dan aku menjawab ' Sukatilaa..', mungkin aku kata 'I DON'T CARE'.

I have alot of things to think about. So, mungkin aku cuba melupakan perkara yang remeh-temeh untuk fokus pada diri aku buat masa ni. Jika aku rasa anda membebankan kepala otak aku, aku akan kick anda and says I DON'T CARE.


Friday, January 7, 2011

Izinkan saya luahkan?


Kenapa aku pendendam? Ada orang tanya kenapa? Mari aku bagitahu.
Aku sangat suka menyimpan. Dulu aku bukan pemarah sangat,istilah hot tempered tidak ada langsung and aku takkan marah depan-depan orang. Yang menjadikan aku seorang pendendam ialah orang sekeliling, kawan-kawan, environment.

Ya Allah..jiwa aku sangat terseksa. Kenapa aku sayang sangat kau? kenapa aku bodoh sangat relakan hati terima kau? ha? rasa nak ambil pisau, cucuk2 dada kau biar kau mampus. Kenapa kau muncul? Tahu tak kau paling banyak buat aku rasa terseksa menghabiskan masa remaja aku dengan rindukan kau sampai aku curang dulu. Aku buat sebab nak balas dendam. Dendam aku menjadi seorang perempuan/girlfriend bodoh. Ambil diary aku, kau baca puas2. Kau baca!
Rasalah hati aku sedalam-dalamnya sayang... Tempatkan diri anda dalam diri aku. Kaulah lelaki yang pertama dalam hidup aku. Segalanya aku curahkan. Hmm, aku harap kau janganlah buat seperti lembu yang buta.

Tengoklah mata aku dalam2, time ni aku saje2 je nak capture tapi time ni memang aku sedih gila. Ni bukan saje2 berlakon yer. Mata aku boleh jelaskan yang aku tersangat sayangkan kau dulu sanggup melakukan apa saje tapi sekarang aku rasa insecure. Rasa takut bila segala perbuatan aku sia-sia. Tapi bila marah aku dah reda barulah aku sedar, kedatangan kau mungkin ada hikmahnya. Apa dia ya? Jika kau baca ni,ingatlah... apa saje perkara yang kita lakukan selama ni. Jika kau mainkan aku, aku akan mainkan kau dulu.

p/s: apsal aku rasa macam kesedihan kat mata aku tak berapa ketara sangat ek macam mata aku cantik plak time ni then ter'focus situ je tak rasa pun sedih dalam mata tu sangat hehe tp pandanglah dalam2. (perasan pulak aku hehehe) sedih tahu tak..

Akibat homesick, I quit my job

hehe kesian tak? But don't be suprise. Pagi pukul 6am tadi aku dah bangun dah. Alarm handphone bising sangat. So, I snooze kan dulu. Kejap2 ambil mood. Hehe hati aku pujuk-pujuk suruh pergi juga hari ni. Pergilah pergilah... Belajarlah dulu mana tahu suka pula nanti. Tapi dalam mamai tu pun aku still macam berat hati and for your information, once aku kata Taknak means forever lah aku taknak hehe even aku rasa macam nak pergi. Pagi tu, Sheena and Mira my new friends pun text me, "Lea mana? tak datang ke hari ni", aku pun tengah mamai time tu, aku reply "Kite xdapat nak pergi kerja dahla. Adahal", Meera pun pujuk2 aku suruh pergi juga esok (padahal esok cuti, dia lupalah tu). hehe I am sorry guys. Bukan aku taknak try tapi rasa macam aku betul2 tak minat. Let it be. Aku rasa maybe ada kerja yang lebih sesuai kat luar sana. Sesuai dengan my attitude, my minat. Right? Dari semalam lagi time KakIra yang guide kitorang tu explain, aku macam tak berapa interested tapi aku try juga. See, aku ada effort juga kan nak belajar dari aku blah time break tu lagi obvious aku jenis ikut kepala haha. So, aku dah try tanya Fatin boleh ke kerja pilih2 masa. Means kalau kerja kat Sogo boleh ke aku pilih kerja aku dari pukul12pm-6am. Macam kira part time lah kan. Dia kata ada. Tapi nanti dia bagitahu. So, aku rasa next week lah aku survey.

Actually, aku suka kerja dari rumah. Means jual nasi lemak, jual kuih pun tak apa sebab aku rasa minat macam tu dari pening kepala mengira gaji orang, pujuk orang nak buat loan. Lepas ni aku nak belajar masak, belajar buat cakes ke something yang aku suka untuk aku try market. Err aku rasa aku ni more ke arah business sendiri kan? Hmm What do you think?


Thursday, January 6, 2011

First Day kerja

Adalah seperti kebiasaan cik Azalea sering kelewatan walaupun dia anggap masih awal hehe. Paling menyedihkan duit dalam wallet ada RM13 saje. So anything happen, I will die. Ayah lupa nak bagi duit. Aku pun lupa nak minta. So, ia kelihatan sangat ceria, kan? Aku pun konon2 nak pergi ke bustop tepi karak highway ni tiba-tiba aku nampak bus dah terlepas! haiyoo. tunggulah... Aku ngeluh je redha. Takpe.Kalau tunngu rapid KL la pula. Tadi yang terlepas tu Metro 57. Ngeng betul. So, jam dah pukul 8.10am. Mak aih mampus aku macam ni aku pun ingat janganlah jam tengah jalan ya Allah. Tapi aku rasa aku dah salah. Tepat 8.20am aku tahan cab, aku tanya pakcik tu even dia tak nampak macam pakcik tapi aku still nak biar dia rasa aku ni macam anak dia, budak2. Tak ada la dia nak menggatal tanya bukan-bukan. Aku tanya dia ada jalan shorcut tak nak pergi station LRT Sentul Timur. Dia pun cakap ada. Kena ikut jalan ni, jalan tu, keluar Jalan Dato' Senu lah aku iyekan je janji sampai pakcik. Jangan lambat sudah. Dia tanya aku masuk pukul berapa, aku jawab 9pagi. Dia pun macam resah meredah jam yg sesak nak masuk susur ke Kampung Chubadak tu. Lepas tu dia masuk simpang ke kampung, agaknya ni lah shortcut dia tu. Aku pun redha jela sambil mata tak habis2 menjeling meter tu. Janganlah sampai aku takda duit nak balik semata2 bayar cab ni ha.

Tiba naik meter RM10. Aku punya jantung serupa mahu gugur tahu tak. Takpe2 tadi aku dah text ayah suruh dia bank in RM20. Lantaklah aku redah je dah separuh jalan. Tiba satu jalan pakcik teksi ni lalu kat lorong semak tapi jalan ada la..cuma jalan tak elok. Ya allah aku dah risau tolonglah apa2 jadi memang aku tak tahulah! Lepas tu aku tanya pakcik tu "Lambat lagi ke pakcik?", agaknya dia tengok aku macam resah semacam je dia kata " Kejap je lagi sampai. Jalan ni je yang ada untuk shortcut, kalau orang lain dia taknak lalu sini", aku pun lega bila dah nampak jalan keluar. Tiba je station LRT semua kena bayar RM12.80, aku pun kata RM12 je boleh tak pakcik? Aku buat muka susah hati. Dia pun ambil jela. Aku lari meluru masuk LRT fuhh lega tak terhingga. Sampai je PWTC, aku nak lintas jalan tiba2 tak tahu dari mana datangnya motor nyaris nak langgar aku. Eeee! Nyaris beb. Aku tengok dia terus aku blah. Aku nak cepat brader. Sorry. Len kali tengok dulu. Terima kasihlah sempat dia break kalau tak melayang nyawa aku takpun habislah tercela badan aku ni. Dahla aku tak kahwin lagi...haihh.

Sampai je office tepat pukul 9am haha lupa nak cerita, hujan tadi renyai2 tu pasal lah jam. Nasib aku bawak payung. Aku pun masuk office, penat haih sian aku. Tapi aku buat rilex je. Aku nampak seorang perempuan. Aku tak pandang sangat pun, muka aku kan macam sombong sikit agaknya dia pun tak berani tegur haha. Lepas tu masuk lagi seorang perempuan. Haih dia nakinterview ke apa. Aku pun buat bodoh je. yang 2 orang ni sembang2 lah aku dengar dorang sembang2 macam dah dapat dah kerja. Ohh ni colleague aku juga kot haha last2 aku pujuk2 diri aku untuk menegur budak2 ni,akhirnya aku pun tegur dan akhirnya aku boleh dah sembang2 dengan mereka. See. I still can bergaul. hehe Unbelievable. Then kitaorang pun sembang2 sampailah break. Makan sama2, aku dah boleh rasa selesa sikit tapi aku rasa macam tak best pulak kerja macam ni. Nak duduk rumah!!!!!!

Lepas tu aku dah start buat hal. Nak berhenti. Gila tak? haha aku kena hujan. Aku pening terus rasa nak pengsan. Tepat pukul 6pm aku chiow haha aku pening gilaaaa! Aku tahan je samada aku pening masuk angin or migrain or kena hujan. Sampai je rumah muka aku dah macam kelat semacam je mak aku pun tanya, How's today? haa aku jawab MALASLAH KERJA REMEH2 NAK KENA KIRALAH KENA CALL LAH. TAKNAK! Yang iyenya aku malas bangun pagi. kwang3 hehe okaylah. sampai sini saje aku story. Esok maybe aku pergi kot. Tapi last.Kalau aku fening memang aku....apa kawan2? aku BLAH... Jadi, to my boyfriend, support saya. Nak tak? ILY mwahh

Wednesday, January 5, 2011

Thanks to Allah. I got the job

Hehe sangat happy aku tak terhingga wahai tuhan dan anda sekalian. Tapi ada yang merunsingkan kepala otak ni ha.. esok aku kena behave myself. Alaa macam tak biasa kerja. Dulu practical pun dengan orang tak kenal juga. Tapi sekarang dah lain sikit sebab dulu mas ada so, ada member juga. Then Ipoh, secure sikit. Ni kalau aku rasa uncomfortable. Aku chow lah haha boleh ke? Tapi aku try lah juga. Hopefully everything will be okay. Amin. Ada yang merunsingkan lagi ni. Tadi aku online dengan budak2 PLKN. Diorang tak kenal aku maka aku jelaskan dulu aku gemuk, agak susah kalau nak recall. Tiba2 seorang ni cakap 'Kak Yani=Azalea'. Lepas tu, baru dorang kata haa!!!!!!!! ingat!!!! Sekarang ni aku wondering. Apa kaitan kak yani dengan aku? Adakah mereka gelarkan aku KAK YANI? Lepas tu aku minta explain dia kata 'bahaya'. So, aku rasa macam aku tahu apa dia. Tapi, anda rasa apa dia? haha jangan pening sangat. Aku pun tak ada ambil port sangat. Well, for your information, before pihak Kowaja call aku yang aku dah diterima, aku dah buang tebiat beb. Aku call talent agensi then make appointment esok. Senang sikit aku menyampah apply2 kerja, panggilnya idak jugak. (aku tengah sakit perut. Eee. asal ni..janganlah jadi macam hari tu) Then aku fikir aku apply jadi model pun okay juga hahaha (macamlah laku sangat muka ni hehe) saje je nak try. Kalau tak dapat pun takpe janji ada experience tapi kalau dapat 1 advantage lah kan. Tapi...Kowaja pula call, esok kena start kerja. Weee. Muka aku time tu terus macam 'alaa..aku ada casting esoklah..aduhaiiii..' haha. Ngeng tak? Takpela. Hehe jangan marah ye sayang. Mesti sayang tak bagi pergi punya casting2 ni tapi saje menggatal jap hehe tapi tak pergi pun. Haha so, I need your support. Wish me Luck esok. Yang aku tahu, esok aku kena buat muka manis je. Senyum Azalea, senyum. Then, ramah2 sikitlah jangan kedekut suara and banyak bertanya sebab aku ni macam tak robust sangat so, kadang2 nampak slow sikit hehe. New Experience takpelah kan? Kalau tak sesuai, I chioww

Monday, January 3, 2011

Siapa pandai main lagu Lionel Richie-hello?


Sesiapa yang nak buat aku impressed dengan anda, marilah tunjuk kat aku yang anda boleh main macam brother ni (: Hari tu aku ada makan kat 'Stikhaus' name restaurant ni area Sri Gombak Prima. Ada live band ni nyanyi2 dari meja ke meja. Aku pun sangat happy tunggu dia datang ke meja kami tapi Azirah dengan Azri nak sangat balik, malu sangat orang nyanyi kat meja. Padahal, siapa kesah? Semua orang pun mcm enjoy je. Aku pun teringin nak orang nyanyi2 kat aku hehe. Tapi seriously, suara diorang memang bestlah. Hilang resah kalau dengar. Tak percaya? mehla datang kedai ni.hehe dah kira promote ni. Patut restaurant ni bayar aku. haha tapi makanan dia biasa2 saje. Nak yang best pergilah Victoria Station ke TGI Friday ke San Francisco Steak House. So, anyone else? nyanyilah please hehe

Sunday, January 2, 2011

Hasil luahan hati


Aku tak pasti ia clear atau tidak untuk anda membaca tapi surat yang paling atas tu mungkin clear dan aku sangat terharu ketika membacanya. haha matang dah aku yer. Banyak lagi diary yang aku nak pamerkan disini tapi rasanya terlalu peribadilah pulak hehe. Sorry ya?
Next time aku jumpa aku scan lagi untuk tatapan anda. Aku tahu dah jadi lumrah anda men'stalker hidup orang so, aku share lah sikit apa-apa yang personal zaman2 sekolah dulu untuk kita kenang2 kan.hehehe.

Saturday, January 1, 2011

Mati

Insan ini telah menyedarkan lagi aku untuk ingat akan mati. A very simple word, I repeat it again, Mati. Walaupun usia kita muda tapi tuhan nak tarik nyawa tidak kira waktu. Faizal Yusuf ni paling buat ramai terkejutlah selain Achik spin meninggal tahun lepas. Yang nampak kesian kat Nana tu lah, mula2 kawan baik pergi lepas bekas suami pula pergi. Faizal ni meninggal sebab jantung. Hari tu ada budak sekolah pun ada yang meninggal sebab jantung suddenly. Sedihkan?
So, lepas ni kita saling beringatlah yang mati ni anytime je. Now cuba rasakan jantung anda berdegup.rasa tak?rasakan? Syukurlah jantung anda dan aku masih lagi berdegup. Kini aku mulai sedar yang peluang yang diberikan tuhan setelah aku sakit demam denggi hari tu adalah sangat bermakna. Jika aku terlambat ke hospital atau tuhan tidak memberi peluang untuk aku hidup lagi, mungkin virus dalam darah aku menjadi lebih teruk seperti Din Beramboi tu dan mungkin blog ni tidak ber'update lagi lepas tu. Tapi...blog ni still aktif update kan? hehe Hidup sekali saje. Mungkin esok hari terakhir kita dan mungkin juga malam ni malam yang terakhir kita menjamah makan malam masakan mak. Mungkin... Mari kita berpegang pada slogan ADIDAS 'Impossible is Nothing'. Semoga roh semua insan yang pergi dicucuri rahmat. Al-Fatihah untuk mereka.