Friday, December 31, 2010

Target dan Rahsia saya

Happy New Year my dear friend (; How's today? Azam yang disematkan dalam dada 2,3 hari lepas still ingat ke? hehe Azam..hehe mcm name orang pulak. Aku pun ada azam, tapi aku tak panggil ia Azam. Sebb setiap kali aku buat azam, aku mesti tak dapat apa yang aku harapkan, malah aku ditimpa sial lagi. Maka, word azam telah aku hapuskan dan digantikan dengan target. Ape lah agenda yang Tuhan telah aturkan yang bakal aku tempuh dan terokai selepas ni. Mungkin juga tahun ni tahun terakhir kita berada didunia. Siapa tahu kan? Tuhan telah aturkan ia dari azali lagi jadi kita hanya menjalankan kehidupan dan sujud kepadaNya saje.

Target aku ialah aku akan menghormati orang seperti mana orang menghormati aku and vice versa. (Mungkin ada yang tak memahami vice versa. Maksudnya 'sebaliknya'. hee saje guna ayat rare2. Bosan juga kalau guna ayat cliche je kan). Dan aku tidak akan mengambil tahu atau sibuk2 hal yang tidak berkaitan dengan aku. Pergi mengundi dan tentu saje BIRU adalah pilihan saya yeah! hehe Dan menjadi lebih matang dan dewasa serta maintain cute always (; hehe Aku akan nampak lebih cool dan tidak amek port sangat mengenai orang lain. Tapi ni tidak bermakna aku akan lupakan kawan2 tersayang esp my besties semua. Mereka akan aku ingat dan keep in touch jugaa. Serta kawan2 PLKN yang tersayang tidak akan aku putuskan silaturahim. (; ehh smile2 pulak aku hehe

Dan mengenai rahsia aku tu tentu saje part ni tertanya2 apa rahsia yang bakal aku bukakan sempena tahun baru yang mulia ni. HEHE. Sebenarnya, aku nak berkongsi rahsia BAGAIMANA AKU BOLEH KURUS. Dan jika anda mahu ikut, up to you. Mungkin ada yang dah tahu tapi tak mengapa. Aku beritahu lagi sebb begitu ramai yang bertanya. Dulu start 2006-2008 berat aku naik sehingga 60KG. Aku tak memerlukan khidmat Slim World malah aku juga tidak membazir dengan membeli Mustajab Pati Halia, Krim Mujarab ke Krim cili ke atau apa saje. Sebenarnya aku pernah mengalami Bulimia Nervosa dan ia sebenarnya susah nak dikikis sebab ia berkaitan dengan psychology. Aku akan memuntahkan segala makan setelah aku makannya dengan puas. Kepuasannya, aku dapat makan dengan puas tak kira ia berkalori tinggi ke apa janji apa yang aku nak, aku makan. Cukup masa 15minit lepas tu aku muntahkan balik. Dan perut aku rasa ringan balik. Tapi janganlah ikut sebab kalau tak control memang anda akan addicted. Macam aku lah, sampai sekarang benda ni tak mampu aku kikiskan tapi aku dah kurangkanlah. Alhamdulilah. Sebenarnya aku kurus pun disebabkan mulut orang. Aku terlampau amek hati dengan teguran orang, kata aku gemuk, boyot, badan tak cantik. So, aku pun menanam rasa benci melihat diri sendiri, aku tekad untuk kurus kaw2 punyaa.Time PLKN lah paling ketara, aku munta muntah muntah wek2 hehe dan akhirnya selepas tamat latihan orang semua tegur badan aku susut. Aku tak berhenti kat situ je, aku teruskan habit aku tu sehingga aku betul2 puas dan aku sangat suka akan habit tu. Aku masuk poli, aku check berat aku dah 50kg. Then 2 bulan after that, berat aku 45Kg! wow. Aku sangat hebat kan? Tapi time aku masuk poli nasi pun aku tak sentuh, jadi aku amalkan heavy diet lah.

Breakfast : Roti, susu/milo, cereal.
Lunch: Roti
Petang: Laksa/Bihun sup.
Malam: Milo je.

NASI ADALAH MAKANAN YANG DILARANG SAMA SEKALI APATAH LAGI AYAM.

Ramai yang salah angap, kalau tak makan nasi boleh kurus, memang betul tapi jika anda menggantikan nasi dengan ayam, ia tidak kan membantu pun sebab anda menggantikan makan yang lebih berat. So, untuk permulaan janganlah tinggalkan nasi secara drastik. Malam takyahlah makan kalau lapar minum saje milo tak pun makan biskut yang untuk diet, low calories. Kalau siang, teringin sangat2 nak makan nasi, amek nasi dalam 5-9 sudu saje. Rajin2 lah makan sayur. Kurangkan makan yang goreng2 esp pisang goreng ke apa2. Esoknya pun kurangkan lagi, lusa kurangkan lagi. Minggu depan cuba tak sentuh nasi. Actually semuanya terletak pada minda.Jika anda tuka mind set, TAK BOLEH HIDUP TANPA NASI maka ia tidak akan mampu menolong anda apa2. Kalau anda katakan ia diet yang mengarut, lupakan saje untuk kurus.. Cintai badan sendiri. Tu saje. Mahu apa2 tips lagi? ewahh ;p Assalamualaikum. Sekian.

No comments:

Post a Comment