
Kenapa banyak benda ni berlaku kini? Adakah anda fikir secara dalamnya? Mungkin sebab orang ketiga, Facebook, gatal miang, kekurangan keberkatan dan restu?
Sape yang nak bercerai kan? Sebenarnya untuk menjalinkan hubungan yang agak suci in atau tak kiralah apa saje, bergantung pada niat. Jika kahwin tanpa restu keluarga mungkin menjadi masalah besar pada masa akan datang. Dan duit yang anda gunakan untuk melangsungkan perkahwinan juga perlulah asalnya berkat. Jadi, mengapa orang banyak bercerai? Soalnya disini lah.
Contoh:
Kalau aku ingin kahwin lalu untuk mencari jalan pintas untuk mendapat duit, aku kerja jadi model dan orang sangat sukakan badan aku yang cantik dan aku dapat duit yang banyak hasil modeling. Aku dapat duit kerana badan aku yang sepatutnya aku jaga dari terdedah dilihat orang. Tapi ada orang kisah? Janji aku ada duit, lalu aku gunakan duit untuk melangsungkan kahwin. Maka keberkatannya dimana ya?
Aku tidaklah sebijak mana tapi apa yang aku belajar dan ustazah aku terangkan pada aku tahun lepas, jadi aku fikir sedalamnya. Memang benar, kalau dah gatai sangat hukumnya wajib untuk kahwin tapi perlulah fikir seperti orang yang berakal. Umpama aku menyuruh bakal suami aku meminjam hutang along kerana kekangan duit. Secara jelasnya, kami tidak mampu jadi kami tak perlulah sampai meminjam dan akhirnya menjeratkan diri sendiri. Lalu keberkatannya hanya tuhan saje mampu menyukatnya.
Jadi fikirlah sedalamnya yer (:
Aku harap aku dapat kahwin dengan lelaki yang baik, bertanggungjawab, tiada orang ketiga,anak banyak ((: Amin ya rabbal al-amin.
No comments:
Post a Comment