Thursday, December 30, 2010

Thank you mosquito killer

Pagi tadi aku teliti mosquito killer penguin hijau yang aunty mary bagi kat aku for christmas present. Aku belek2 mana nyamuk2 ni. Kata killer. Ada nyamuk banyak trapped dalam tu, ada nyamuk belang2 macam aedes pun ade, dalam 3 ekor. Macam ni lah dia. Terer tak penguin hijau berdada lampu memerangkap nyamuk? hehe aku pun cakap 'terima kasih penguin' hehe.

Tadi aku nekad untuk mencari kerja lepas aku nampak ada syarikat yang advertise kat paper nk pakai pekerja. Clerk biase je, aku pun xnk keje gempak2 sangat sebb aku nak keje dalam 6 bulan macam tu je. Pastu nak sambung balik study. Dahla aku jalan kaki merayau kat area jalan Ipoh, mencari Plaza Pengkalan. Jenuh aku tanya takde sorang pun tau kat mana. Yang aku tau Plaza pekeliling je. Bila aku call orang tu balik, dia kata depan lagi. Depan lagi kat mane ntah aku dah melilau ke arah jalan Tun Razak nak ke Chow Kit tu. Aku menyumpah je dalam hati. Nasib hari ni mendung takde matahari kalau tak berbelaklah kaki aku yang nak baru nak putih ni. hee
Aku pun malas nak cari Office tu aku pun jalan je cari mana ada tampal 'VACANCY'. Sampai kat depan MAA Medical aku nampak notice vacancy. Building cm okay hehe milih. Aku pun call terus. Dia kata tunggu nnt dia turun. Dia nak pakai Assistant Admin. Aku pun tunggu, dalam 5 minit tu ada one couple mat saleh datang kat aku, aku senyum jela. Dia tunjuk paper dia tulis 'Batu...$@%$% no !$@^&' Dia cakap nak pergi batu caves tapi no yang dia bagi tu no plat bus. Masalahnya, mane ade bus pelancong ke Hop on Hop Off Bus pun takde. Aku pun kata

~ If you want to go to Batu Caves, you can go the other side and take rapid KL bus. Like that (aku pun tunjuk bus rapid dpn ni) number U 'DUA' aku pun pelik. Ape kepelik aku cakap melayu dengan tourist ni. Ehh U TWO.hee sambil tunjuk 'jari peace' hehe aku explain2 dia pun blah kesana. Aku tau dia nk cari bus number yang die tunjuk tu tapi aku rasa dia dah sesatlah. Lagipun salah soalan dia nk tanye, patut dia tanya nampak tak bus nombor yang dia bagi tu. Aku pun malas nak panjang cite

Yang aku bengang sekarang, aku tak tahu mane apek ni nak amek resume aku ni. Ingat aku hape. Aku pun dengan rasa bengang, malas almost give up aku blah je cari tempat lain. Pastu aku cari2 kat area station LRT Titiwangsa aku nampak kedai 'News'. Macam tetariklah pulak hee tapi aku taknak apply dulu, biarlah aku nk pegi area office lah dlu. Bila check, try call 1 syarikat ni, dorg tgh lunch break. Aku pun dengan rasa sakit pedih kaki memakai heels bodo aku pun blah. Akunak pegi kat News tu la. Aku try tanya, kakak tu pun try call manager dia, dia suh aku pegi station LRT plaza rakyat, aku pun pegilah. Aku tgk muka minah keje stu pun cam kerek je, dahla besar plak kedai tu. Kang aku nk ragging je apa. Taknak lah. Dia suruh aku fotostat IC aku terus blah hahahaha tebaik tindakan aku. Tak kuasa aku..




No comments:

Post a Comment