Saturday, April 30, 2011

Make up dengan betul

Assalamualaikum, Hi. How are you? Harini kita aku bercerita mengenai cara-cara make up dengan betul. Ewahh hehe aku cerita ni berdasarkan apa aku belajar kat Youtube. Taklah se'power professional makeup artist k. Ni hanya untuk basic saje and selalunya kita ni main tenyeh je ikut suka. Janji ada foundation, eyeliner, eyeshadow, eyebrows pencil, blusher. So, hari ni aku nak cerita bagaimana aku menenyeh foundation dulu okay? Sebelum tu, aku nak bagi tips kalau nak make up nampak smooth and best:
  1. Basuh muka dulu and apply toner
  2. And then, cuci muka balik guna scrub
  3. Cuci muka balik gunakan face wash anda seperti NO.1
  4. Apply toner balik and apply moisturizer.
Actually setiap kali sebelum scrub muka, kita kena mengecilkan liang pori2 muka dengan toner agar bila kita scrub hasilnya lebih baik. And moisturizer ni memang wajib untuk anda pakai even kulit anda berminyak pun sebab ia kan menghasilkan kesan lebih baik and nampak smooth selain melembabkan kulit.

Okay dan ini adalah langkah seterusnya:
  1. Apply concealer disekitar bawah mata dan parut-parut untuk anda pudarkan
  2. Barulah anda apply foundation. Aku lebih prefer liquid foundation or loose sebab aku mempunyai kulit yang slightly oily
  3. Kalau guna liquid aku suka guna span agar lebih sekata berbanding tangan dan aku suka gunakan face brush juga untuk ratakan. Kalau guna span, janganlah tenyeh sekuat hati, tekap dan ratakan seluruh wajah anda
  4. Sebelum apply menggunakan span, basahkan dulu span baru apply kerana taknak span menyerap liquid foundation tersebut, jangan risau, hasilnya lebih smooth dan tak basah pun muka awak nanti sebab aku selalu buat. (bersihkan span dengan air suam kalau agak2 dah macam kotor or anda was2 untuk guna lagi sebab ia lembap dan risau bacteria mudah melekat)
  5. Disebabkan muka aku cepat oily aku suka apply baby powder selepas apply foundation untuk tak cepat berminyak.
  6. Dan barulah anda apply eyeshadow dan eyeliner
  7. Untuk eyeliner, gariskan mula daripada tengah, kalau nak mata anda nampak besar, bolehlah menggariskan bawah mata dengan guna eyeliner colour putih or cream yang agak2 tone macam ni juga.
  8. Ni yang basic lah tapi kalau nak lagi tepat dan demo nya sekali boleh search di Youtube ya. Ni adalah salah satu demo favourite aku.

No comments:

Post a Comment