Sunday, April 17, 2011

Skin Solution




* D'putih ni apply kat tangan okaylah. Kat muka sorry. Hancuss

Thank to god. My skin is getting better. Aku noticed kulit aku semakin sensetif bila gunakan D'putih skin soap. Mulai sekarang memang aku takkan percaya produk-produk yang local macam ni. Seriously. Aunty aku ada pesan tak payahlah nak guna produk-produk yang macam-macam kat luar tu, yang selalunya guna trademark 'Selamat tanpa penggelupasan', hattuih lah. Menggelupas teruk tu tidaklah mendadak tapi siap sedialah wajah anda akan semakin teruk dan teruk. Ia takkan menunjukan kesan sekarang tapi 3, 4 bulan lepas tu. At the end, aku terpaksa jumpa doctor and doctor bagi aku facial cleanser NeoStrata untuk meredakan acne ni. Cleanser ni ada nilai pH4 so, ia berfungsi untuk balance kan keseimbangan kulit. Maybe before this, kulit aku agak kering sebab aku ni degil. Degil nak apply moisturizer sebab aku rasa kulit aku bertambah oily bila pakai benda tu. Even moisturizer Oxy tu khas untuk oily skin. Plus, kering disebabkan guna D'putih skin soap tu and aku noticed aku cuci muka dengan brand ni, bila dah bilas dengan air, terasa macam lepas pegang liquid bleach. Ia seolah-olah bilas dengan air betul-betul pun ia akan rasa ada lagi kesan sabun. Kena bilas lama-lama agak-agak puas hati baru okay. Aku tengok dah macam makin kronik je aku stop terus guna Neostrata ni. Actually, brand ni aku pernah pakai awal January 2010. Kesan dia memang okay sangat tapi kalau dah berkesan pastilah harganya mahal. Hehe time tu aku study lagi and supplier brand ni doctor klinik kat tempat aku study kat Ipoh dulu so, alang-alang dah habis aku guna jelah skin soap biasa. Dan aku ni pun degil juga, rasa gatal tangan nak try juga brand local ni, tu yang aku pakai D'putih tu tapi aku guna skin soap jelah. Yang lain tak berani. First okay lah juga tak ada kesan sampingan pun tapi lagi better Noestrata tu. Sampailah sekarang aku guna D'putih ni disebabkan tak ada choice. Nak guna yang lain takut tak kena pula. Mahal-mahal pun beli kalau tak sesuai sayang je. Susahlah juga kena particular sikit hal macam ni. So, hari tu aku tak tahan aku beli juga Neostrata ni hehe FINALLY ;) Kena sacrificed lah sikit. Sekarang dah masuk dah seminggu lebih aku guna without failed. Alhamdulilah better and plus aku makan antibiotik Erythromycin selain ubat untuk tekak aku ni yang tak sudah-sudah dijangkiti bacteria, ia juga membantu untuk bacteria for acne. Now better, tinggal kesan scar je. Lepas dah okay baru settle kan scars ni. Susah kan? Muka sikit punya comel tapi tuhan duga aku macam ni hehe suruh aku jaga gila-gila. Aduhai... Kalau bagi aku cash money bolehlah. Ni kerja pun tak ada. So, aku ambil keputusan untuk tak payah susah-susah cari kerja. PENAT. Aku study lagi bagus. Hopefully, leaps habis study ada la rezeki kerja bolehlah target nak beli kereta rumah and have a happy family ;) Aminnn. Ingat yang lain, lupakan sahaja nak pakai Natasya krim whitening repair ke D'putih ke apa ke, tak payah. Kalau korang taknak susah dikemudian hari. Banyak dah contoh-contoh, search je google. Seeleoknya pakai sajelah brand yang sah-sah selamat kat Watson, Guardian and etc. Btw, Product Neutrogena deep clean foaming cleanser ni okay juga untuk oily skin, seriously. Perkara-perkara kat bawah ni lah yang selalu aku buat and boleh ikut:

  • Cuci muka selalu jangan malas. Even baru 3 jam cuci rasa macam muka dah start oily terus cuci lagi. Jangan biarkan kalau tak, memang ia akan bermaharaja lela lah pimples kat muka. And pilih face wash yang sesuai. Deep Clean ni sangat sesuai sebab dia takkan bagi kering sangat and lembap sangat. Dan paling penting ia berfungsi mencuci hingga ke dalam.
  • Minum air suam banyak-banyak.
  • Stop eating oily food, junk food, chocolates and SEAFOOD
  • Jadikan clean and clear oil absorbing sheet sebagai rakan karib anda. Tekap sahaja agak-agak kalau dah rasa oily terus tekap esp bila ada kat luar.
  • Elakkan tangan sentuh muka even nak lap peluh pun.
  • Jangan picit jerawat bila tangan anda tak bersih.
  • Makanlah benda yang rebus. Bukan goreng-goreng, okay?
  • Seminggu sekali scrub dan mask kan lah muka anda untuk tanggal kulit mati
  • Hindari matahari, jadikan payung sebagai protector, kalau ada sunblock yang sesuai pakai lah.
Harap anda bersabar. Tidak terlalu gopoh nak muka cepat sihat. Ia memerlukan masa untuk memperbaiki dan membuang sel kulit mati. Pilih scrub yang okay kalau boleh untuk whitening pun okay boleh fair kan kulit anda juga. Oh ada lagi kalau rasa-rasa nak juga teringin guna produk local tu, boleh asalkan anda apply lah kat badan macam kaki ke yang banyak terdedah kat matahari. Macam aku, sayang nak buang soap tu aku apply kat tangan and kaki kat belakang badan sebab sah-sah tangan aku takkan tumbuh pimples kan? hahaha. Okay then Bye. TAKE CARE.

No comments:

Post a Comment