Friday, April 22, 2011

Rozita Che Wan dan MRSM



Jom selitkan sikit blog aku dengan latest story. Paper pancaindera ahad baru-baru ni ada menyiarkan cerita mengenai RCW ni dan dia ada menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai sebuah institusi pengajian yang boleh tahan juga hebatnya iaitu MRSM Kuantan, bahawa anaknya dipukul lantas berita ni telah melonjak naik MRSM tersebut. Maka RCW ni melentinglah bila anaknya dipukul. Kalau kita pun anak dipukul sudah tentulah marah juga kan? Tapi malangnya ada blog-blog yang menyiarkan tentang berita ni telah mensensasikan cerita RCW ni seolah-olah mencari balik salah si RCW secara tak langsung. Lalu membangkitkan rasa tidak puas hati dikalangan pembaca blog tersebut. Macam-macam kan? Tapi pada pandangan aku, tak ada salah pun RCW menyuarakan rasa kesalnya dan kenapa perlu dicari kesalahan seorang ibu yang cuba defend anaknya dipukul? Kan? Well, aku rasa ada baiknya juga RCW ni cakap macam ni sebab ia telah menjadi perbualan hangat lalu kes 'buli' ini dan sebagainya mendapat perhatian wajar sekaligus dapat membenteras perkara-perkara macam ni. Kan? Mungkin ada pelajar-pelajar yang kena belasah di sekolah tapi taklah sampai mendapat perhatian media tapi disebabkan anak RCW ni anak actress you, so silap tempatlah nak tunjuk hebat dik. Yang penting kita kalau nak usik anak orang gunalah otak tu sikit, sah-sah awak budak bijak pandai. Aku ni budak sekolah biasa pun boleh fikir.

No comments:

Post a Comment