Wednesday, March 30, 2011

Kebaikan dan Keburukan menjadi guru

Memandangkan mak aku juga seorang guru maka, dia sering bercerita mengenai anak-anak muridnya yang banyaklah karenah. Dan aku juga bekas pelajar jadi aku sangat memahami kondisi menjadi seorang guru. Hehehe

Kebaikan
  1. Malaikat sentiasa mengaminkan doamu. So, setiap perkataan anda dikeluarkan adalah satu doa maka, janganlah maki hamun murid anda ye.
  2. Kepada guru-guruku yang pernah mendidikku dari tadika sehinggalah ke politeknik, usah risau kerana namamu semua tidak pernah sekalipun missed dalam doaku. Nescaya syurgalah tempat anda. Amin
  3. Pekerjaan yang sangat murni dan mulia sesangat. Kerana anda menjadikan seseorang itu seorang manusia yang bijak dari tidak kenal huruf sehinggalah mampu dan berjaya menyusun cantik ayat-ayat seperti aku sekarang.(wahh2..yeye je azalea) hehehe.
  4. Jika anda sudah lebih 20 tahun menjadi guru, jika anda mempunyai lebih dari 10000 pelajar, maka 10000 pelajar itulah sentiasa mendoakan anda agar anda dirahmati sehingga mereka ke tua. Adakah bekerja sebagai eksekutif pemasaran mampu mendapat 10000 orang mendoakannya sepanjang hayatnya? Fikir2 kan.
Keburukan

  1. Jika guru memaki hamun muridnya bodoh dan malaikat mengaminkan doanya maka bodohlah dia.
  2. Gaji guru mungkin tidak berkat jika dia tidak masuk ke kelas dan mengajar seperti dijadualkan dan tidak mempunyai alasan logik. (Mengelat le tu)
  3. Guru marah murid, murid kutuk guru kat belakang. Kereta guru pula calar kena toreh. Hahaha.
  4. Sentiasa menjadi bahan untuk diperkatakan. Baik atau buruk bergantung terletak pada karektor anda pamerkan kepada mereka ketika didalam kelas.

2 comments: