Wednesday, March 9, 2011

Mentality, tindasan dan pelajar.

Tajuk ini mungkin sedikit sebanyak memberi bayangan tajuk paparan di surat khabar bahagian politik. Tujuan saya menulis mengenai tajuk di atas adalah untuk menyuarakan pendapat dan kata hati yang tak mampu disuarakan oleh golongan pelajar yang ditindas. Baru-baru ini, saya sepatutnya boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran saya untuk sambungan sijil politeknik ke integrasi untuk mendapat diploma penuh yang sepatutnya tempoh pengajiannya hanya 2 semester tetapi dianjakkan ke 6 semester tanpa sebab yang kurang jelas. Itu pun kami mendapat tahu lanjutan tempoh pengajian tersebut melalui didalam aplikasi e-borang setelah membeli no ID. Mungkin pihak kementerian yang bertanggungjawab menerima panggilan bertalu-talu dari pelajar politeknik seluruh Malaysia. Soalnya disini, mengapa tidak diwar-warkan seawal yang mungkin mengenai ini bahawa tempoh pengajian untuk integrasi adalah 3 tahun dan kami difahamkan kami perlu menjalani semula latihan industri, sedangkan sebelum ni kami telah habiskan duit semata-mata untuk mendapat segulung sijil hanya untuk melanjutkan ke peringkat diploma, tetapi inikah sepatutnya jalan yang harus kami lalui? Tidak fikirkah anda perjalanan kami masih jauh? Umur kami bukannya tidak berganjak malah kami juga menyimpan cita-cita untuk ke peringkat yang lebih tinggi dari ijazah. Kami seperti merasakan ditindas, adakah benar?

Mengapa kami merasa sedemikian? Telah banyak kami dengar dari 'bisik-bisik' pensyarah sendiri. Mungkin pada mereka pelajar sijil seperti kami tidak 'setaraf' seperti pelajar lain yang kad matriksnya 'D' didepan. Pantang pelajar sijil buat kesilapan, nah semburan kata sinis dibelakang. Mungkin ada 'alasan' mereka tersendiri, malah meraih undian untuk wakil pelajar pun pasti undiannya kurang berbanding pelajar diploma. Sebabnya? MENTALITY atau permikiran. Jika anda disana bijaksana dan terbaik, tidakkah anda teringin untuk memberi peluang kepada kami ini yang sebenarnya banyak potensi untuk berjaya malah kalau ditanya kepada segelintir pansyarah yang berpengalaman di politeknik, mereka pasti mengiyakan. Malah, kami rasa bersemangat bila ada pensyarah memberi kata perangsang kepada kami bahawa sijil hanyalah permulaan bukanlah hanya 'cukup'cukup makan' untuk melengkapkan apa yang ada. Kami bertungku-lumus menjanjikan yang terbaik untuk diri sendiri dan masa depan. Bila dikejutkan integrasi sudah dirombak tempoh pengajiannya, hati mana yang tak luluh malah masa depan yang pada mulanya dianggap cerah kian samar. Mana nak cari duit lagi untuk tempoh tersebut dan takkan umur 24,25 baru nak kumpul pengalaman? Tetapi alhamdulilah berkat doa semua, pihak bertanggungjawab telah menukarkan tempoh pengajian dari 6 semester ke 2 semester seperti sebelumnya. Tolonglah jangan mempertikaikan perkara-perkara lain yang kononnya pembaharuan tersebut adalah satu peningkatan kualiti dan sebagainya tanpa mengira soal jangka masa panjang dan masa depan anak bangsa sendiri. Jika benar untuk kebaikan kami silalah ke depan terangkan kepada kami agar kami faham akan tujuannya dengan jelas.

Saya disini menyuarakan pendapat bukan untuk menghentam dan menguji kesabaran sesiapa tetapi untuk menjelaskan kondisi sebenar pelajar seperti kami yang dari awalnya berpendapat sijil politeknik adalah platform awal untuk kami berkerja keras untuk ke peringkat yang lebih tinggi dan bukanlah untuk dipandang enteng oleh segelintir pihak.

Mengenai soal mentality dan tindasan ini sebenarnya saya lihat dari sekolah lagi. Saya dapat melihat golongan terpelajar yang sebenarnya perlu mendidik anak bangsa sendiri yang dari pelbagai latar belakang dan potensi tersendiri tetapi sebenarnya tidak melaksanakannya dengan baik. Kami dari kelas yang pertengahan seperti aliran perdagangan, sastera, seni ini tidak diberi galakkan seperti mana yang kami perlukan. Sudahlah ibu bapa mengharap setinggi gunung, penilaian pelajaran pula dinilai sewaktu umur yang masih mentah, pergolakkan masalah remaja dan sebagainya mempengaruhi prestasi disekolah dan sudah semestinya kami pelajar sekolah memerlukan galakkan dari guru tetapi menurut pengalaman saya sendiri, cikgu yang mengajar Mathematic di kelas saya hanya masuk ke kelas, menerangkan tentang topik baru hanya dalam masa 15 minit sahaja sedangkan topik tersebut bukanlah ringan. Dan selepas itu keluar dengan memberi alasan untuk ke tandas tetapi sebenarnya 'bergebang' di bilim guru. Yang kami ini didalam kelas ternganga-nganga tak faham apa. Bila time masuk ke kelas aliran sains bukan main rancak lagi. Mengapa perlu dipilih-pilih sedangkan anda dibayar gaji untuk mengajar kesemua murid tidak kira mereka dari aliran apa pun? Mungkin pada beliau kami yang bukan kelas aliran sains ini, alih-alih habis sekolah kerja katering, pasar malam sajalah, paling kuat kerja dengan bapa sendiri je. Saya sebenarnya ingin menekankan bahawa galakkan, kata-kata semangat dari guru sendiri adalah wajar dan sangat-sangat penting buat kami, janganlah menindas kami seolah-olah kami tidak ada masa depan. Tolak tepi anggapan buruk anda semua. Ya, memang ada segelintir murid kelihatan seperti 'main-main' tetapi yang lain ni, yang masih punyai harapan untuk berjaya bagaimana? Bila saya masuk ke peringkat pengajian tinggi, saya berbangga dengan pensyarah saya sendiri kerana mentality nya berbeza benar dan tidak putus-putus memberikan kata semangat kerana orang sebegini mampu melihat anak bangsanya sendiri boleh pergi jauh. Masing-masing ada potensi tersendiri, usahlah membandingkan seseorang itu, jika tidak kita mampu kehilangan ramai pelajar yang sebenarnya mampu pergi jauh dari yang berjaya ni.

Last but not least, ubah pemikiran kita. Jika tidak, anda ditakuk yang lama. Hapuskan perbandingan yang mampu membinasakan anak bangsa sendiri. Berilah kami peluang dan harapan serta kata-kata semangat agar pelaburan ibu bapa kami tidak sia-sia untuk melihat kami berjaya. Mohon maaf jika ada terkasar, terlanjur bahasa, hanya ingin mengutarakan sahaja kata hati dari kami semua. Sekian salam.

No comments:

Post a Comment