Thursday, March 17, 2011

LEMAS


Hi, hari ni aku baru pulang dari vacation kat Bukit Gambang, Pahang. Maybe tempat ni taklah mendapat perhatian macam Sunway Lagoon, Lost World. Tapi konsepnya sama saje, Water park. Aku sampai-sampai je sana muka aku kelat je. Sebab? Sana panas! Hitamlah muka I... Dahla muka ni baru je nak fair sebab banyak teperap kat rumah. Cerahlah tak kena matahari. Mampuslah aku kali ni, lebam. Aku nak bawa payung, mak aku tak bagi sebab leceh. Aku nak bawa juga! Haihhhh! Last2 terpaksalah aku 'relakan' kulit terbakar. Eee merungut2 aku. Best tu bolehlah, sebenarnya aku takut air sebab aku tak reti swimming hehe. 2nd, aku paling tak suka air masuk telinga. Memang mengamuklah aku kalau termasuk air.

Nak dijadikan cerita, aku pun 'merelakan' diri juga naik gelongsor tinggi tu. Tengah menggelongsor, air pun terlibas merecik kuat kat telinga aku. Aku rasa tak selesa, air dah masuk telinga. Muka aku alahai orang tengok pun tak sudi sebab rasa nak marah!!!! Eeee! Aku duduk je atas kerusi, tunggu yang lain main part lain. Then, ada satu tempat ni macam sungai, satu ruang tu ada terowong ice then air berombak. Kita just duduk atas pelampung tu je, nak berenang pun boleh. Aku pun naik, kalau nak ikutkan taklah dalam mana. Dalam 9meter. Pelampung tu bentuk 8, aku dok tengah-tengah. Adik lelaki aku depan, adik perempuan aku kat belakang. Yang adik laki aku ni ee aku nak cerita pun rasa nak marah pergi shoot muka dia. Dia ni tak mahu duduk diam, tiba-tiba terbalik terus pelampung tu, aku dahlah tak boleh berenang, Bila terbalik, muka aku masuk dalam air dulu tanpa aku get ready nak tarik nafas. Kaki aku tersangkut kat pemegang pelampung, dengan panic lagi aku terkapai-kapai dalam air nak naik atas. Macam mana orang nak lemas dalam air dalam movie macam tu lah bunyi pun sama, haha baru aku rasa macam mana. Macam payah sangat nak survive dalam air dengan tak tahu berenang, panic lagi. Tapi tak boleh naik sebab berat, air berombak, aku ingat nak surrender je hehe. Kalau tak memang gol lah aku. Bila dapat balance, aku naik terus atas cari udara hahaha terbatuk-batuk dengan rasa nak mengamuknya tambah nak nangis geram dengan si hitam tu, eeeeee!!!!!!!!! Aku marah-marah dalam terowong ice tu. Dahlah gelap dalam tu, aku nak patah balik tapi lawan arus. Susah. Tiba-tiba sportlight terowong tu pasang. Aku dah nak menangis tapi kuatkan jugalah, adik perempuan aku pun marah adik laki aku ni sebab dia pun terjatuh sama. Tangan dia tergesel kat lantai batu time terjatuh tadi. Ombak kuat kat station depan berhenti tiba-tiba. Rupanya, dorang dapat detected kot through motion sensor. Bodoh betul si hitam tu. Kesian yang lain nak tak nak terpaksa dorang berenang je sebab tak ada ombak, tak ada apa. Geram betul aku! Next time aku taknak pergi tempat-tempat macam tu lagi. FULLSTOP

No comments:

Post a Comment