Friday, February 11, 2011

to Arwah Fiza.

Assalamualaikum. Best ke hari ni?hehe biasa saja. Boring tu memang sentiasa ada. Aku ni dah macam housewife dah cuma tak ada laki dengan anak je tapi kerja aku, sidai kain dengan cuci pinggan je.hehe yang lain maid aku punya kerja. Mana tak bosan. Aduhai. Tengah menung-menung mengenang kebosanan semakin menguasai diri, fikiran aku merewang memikirkan Fiza. Sebab aku terfikir dulu-dulu kawan2 aku semua pakat kerja kat Sogo ni termasuklah si Fiza ni. Fiza ni siapa yer? Jarang and tak pernah aku mention pun sebab dia dah lama pun tak ada kat dunia ni. Tengah aman disana. Bestla kau Fiza...aku ni tak tahulah nasib kat dunia ni ntah legam ke apa kat sana. Hehe aku tahu kau mesti happy kat sana. Tunggulah turn kitorang ni pulak, ntah esok lusa ke 20 tahun lagi ke apa, insyaAllah kita semua akan pergi.

Fiza pergi sebab cancer tulang. Aku dapat tahu dia meninggal time pukul 3-4am, aku benci kalau dapat message yang mengejutkan tengah waktu-waktu macam ni, boleh mati aku sebab dia dahlah tengah tidur, terkejut dengan news tu dahlah satu hal, dengan jantung ni berdegup laju gila babi jangan cakaplah satu hal nak bagi tenang, kalau pukul 9, 10pagi boleh consider lagilah boleh menenangkan hati juga time tu. Esoknya aku ada class, tu pun Aina text aku. Aku memang tak tahu nak cakap apa time tu. Sedih, bingung, mamai... Aku terpaksa switch off otak aku sebab esoknya aku ada class, mahu aku tak tidur insomnia ke apa kalau aku layan perasaan yang campur-campur time tu. At last, aku dapat juga tidur tu pun bangun je aku bingung2 macam tu, sedih tu jangan cakaplah sebab Fiza ni lah yang ajar aku naik bus rapid KL, Metro semua2 ni. Kalau tak, haram aku nak tahu. Sesat kat Chow Kit pun belum tentu dapat balik, yelah time tu aku sekolah lagi, mana lah ada chance nak explore semua lagi2 aku ni teperap je kat rumah, kalau nak keluar pun dengan family. Then, dia lah yang rajin ajar aku math sebab dia memang excellent in calculation. Dia dengan Zarith lah yang ajak aku pergi sama2 tuition Kasturi kat Central Market dulu. Well, pemergian kau sangat mengajar aku tentang kehidupan. Yang manusia takkan kekal berada disini dan perlu bersiap sedia dengan dunia selepas ni pula.

Aku tahu kau pun tak lupakan aku sebab kau selalu muncul dalam mimpi aku. Orang kata, kalau orang yang dah tak ada datang dalam mimpi and tak cakap apa2, maybe tu rohnya. And aku tak kisahlah itu roh kau ke mainan tidur, atleast aku rasa kau tetap ada dengan aku even dalam hati. And aku tak pernah anggap kau tak ada. Kau tetap ada dan sekarang aku dah faham apa maksud 'sentiasa berada disisi iaitu didalam hati'. Walaupun kita berada didunia yang berbeza tetapi kita pernah membesar bersama-sama didalam dunia yang sementara ni dan sempat merasai dunia remaja, zaman sekolah. Aku sentiasa doakan kau dan harap kita dapat berjumpa lagi dikemudian hari, insyaAllah. Moga kita dapat melalui kehidupan di alam syurga pula lepas ni. Salam buat anda Fiza yang diingati. Yang jauh dimata tapi sangat dekat dihati. Berbahagialah anda disana...

No comments:

Post a Comment