Tuesday, November 16, 2010

Bingkisan dari mulut dan hati AZALEA

Musibah, dugaan atau apa sahaja istilah yang berkaitan, tindak balas psychology terhadap diri anda adalah sama iaitu tekanan, pressure, stress and etc. Tapi pada aku dugaan yang diterima adalah satu perhatian dari tuhan yang disalah ertikan oleh orang. Jika hidup anda terasa kosong dan masalah kurang tetapi at the same time anda merasakan ada sesuatu yang aneh dalam jiwa anda seperti empty saje pasti ada yang tidak kena maka jawapannya adalah perhatian Tuhan kepada anda mungkin kurang. Apabila dugaan atau musibah berlaku maka ia diklasifikasikan sebagai 'perhatian' dan kasihnya Tuhan kepada anda untuk menguji ketaqwaan dan keukuhan iman seseorang tu. Jadi, jika anda adalah orang yang dipilih oleh Tuhan untuk menerima ujian seperti bankrupt, sakit, kematian, kesempitan hidup, putus cinta, kehilangan harta benda, bencana dan sebagainya adalah diharuskan bersyukur dan mengucapkan innalilahwainnaillahirajiun. Maka dengan izinNya tuhan akan permudahkan urusan dan menghilangkan rasa sakitnya menanggung ujian.

Mengenai hukum manusia, aku ingin menekankan bahawa siapalah kita untuk menghakimi seseorang itu melalui permakaian, pemikiran dan perbuatannya. Anda janganlah sesekali mengaibkan kawan atau saudara anda apabila perbuatannya kelihatan seperti terpesong, lalu menceritakan kepada orang lain. Aku ingin memesan kepada diri sendiri dan anda yang membaca juga bahawa ia sememangnya berdosa jika anda mendedahkan aurat tapi jangan anda mengutuk perbuatannya melainkan Allah sendiri yang menghukumnya. Anda siapa? cukupkah amalan anda yang boleh buatkan anda diklasifikasikan sebagai penghuni syurga Firdaus atau 'Adn ataupun Na'iim dan Na'wa? Cukupkah pahala anda untuk menghakimi orang lain? Kunci saje mulut anda dari mengatakan sesuatu yang boleh mencampakkan diri anda ke neraka saqar.
Dengan perbuatan alim anda itu belum tentu anda ahli syurga maka janganlah anda sewenang-wenangnya menghakimi seseorang tu.
Hormat sesama manusia adalah amat penting buatku. Sebab tingginya martabat seseorang itu apabila dia menjaga maruah dan dihormati.Aku nak tekankan mengenai sayangnya sesama manusia atau 'couple' haruslah ada rasa hormat each other maka hubungan tu insyaallah kekal. Jika partner anda menyatakan sesuatu maka hormatilah keputusannya itu dan tidaklah rugi jika anda menhormatinya. Jika anda ingin menyuarakan sesuatu itu maka perlulah berlapik da tidak terlalu lantang. Jagalah maruah anda kerana aku perhatikan ada beberapa orang kat FB selalu keluarkan statement yang buatkan aku meluat seakan-akan menjadikan ia satu platform untuk menghentam orang, pakai kopiah lagak seperti baik tapi haruslah jaga kata-kata anda. Anda jaga saje kelakuan diri dari mengatakan sesuatu yang annoying yang mampu menambah dosa orang lain.

Dan yang terakhir, ingin aku suarakan bahawa cerminkan keperibadian anda sebelum menghakimi orang lain. Anda belum tentu ahli syurga dan tidak ada hak untuk hukum sesiapa. Biarlah tuhan menghantar sendiri rahmatNya. Hormatlah pasangan anda dan semua orang tidak kira agama sekalipun. Maka berdoalah selalu agar Allah tidak akan lupakan kita dan syurga Firdaus menjadi tempat kita disana. Amin ya rabbal al-amin.
Sekian, Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment