Saturday, November 20, 2010

Apa yang boleh nampak pada David Teo.

Siapa tak kenal David Teo, producer Film Malaysia yang melopori industri filem melayu khususnya. Lepas satu2 filemnya keluar dan apa yang aku nampak, filem dia ada yang ada kualiti tersendiri dan ada yang ketara nampaknya hanya mahu publisiti dan mahukan pulangan atau hasil dengan pantas bermaksud tidak kira akan kualiti filem yang dihasilkan. Contoh filem yang aku suka hasil keluarannya adalah Jangan tegur even kualiti gambarnya tidaklah sehebat Hollywood tapi hasil kerja 'make up' nya sangat halus dan menakutkan mcm filem exorcist. Kenapa David Teo nak buat filem melayu bukan filem sebangsa dia iaitu cina, kan?

Apa yang aku boleh bagi rates kepada David Teo ni atas hasil filemnya sebagai penonton aku bagi 60%. Lagi 40% kualiti jalan cerita dia. Sebenarnya kualiti gambar memang penting tapi jalan cerita lagi penting sebab kalau setakat CGI cantik tapi jalan cerita cite spongebob lagi best watpe. Hampeh je. Takkan aku nak habiskanRM9 semata-mata untuk filem cikai. Tapi bukan ni yang aku nak cakapkan. Aku cuma nak cakap mengenai David Teo ni, dia memang kaya la semua orang tau dia pun ada restoran sendiri.

Tapi bagi pandangan aku, dia mempunyai tanggapan sendiri mengenai filem melayu dan die beranggapan industri filem melayu kacang je nk enter. Orang-orang melayu pun esp remaja memang suke tgk movie tapi sayangnya mereka blacklist filem melayu, mereka katakan tidak ada kualiti dan ntahpape. Tak nafikan memang ye tapi tak semua. Dengan adanya peluang dan duit yang banyak dia pancinglah budak2 melayu ni dengan filem yang berkaitan hidup dan jalan cerita seakan-akan 'lifetstyle' mereka macam rempit, motor2, lumba kereta dan sebagainya lah yang semua orang tahukan. So, budak-budak pun akan pergi ke panggung dan tengok movie hasil keluarannya.

Dia mempunyai perspektif yang sangat positif mengenai filem melayu. Pada dia industri filem melayu sangat mudah untuk dibuat duit maka hasilnya dia menjadi kaya-raya.
Bukan sahaja filem, drama pun dia buat macam 'Epilog syurga cinta yang diadaptasi dari filem hasil keluarannya sendiri iaitu 'Syurga Cinta'.

Tapi pada aku kesemua krew dan pengarah harus teliti dan sangat pentingkan kualiti skrip melalui jalan cerita yang menepati jiwa dan apa yang penonton nakkan. Bukan hanya nakkan filem cepat2 keluar sebab nk syok sendiri. Jadi, kesimpulannya industri filem Melayu atau Malaysia ada potensi untuk ke depan tapi errr...kekangan idea mungkin sebab utama industri ni agak kurang sengatannya berbanding filem indonesia dan hollywood kan.


No comments:

Post a Comment