Bila tiba-tiba saya senyap tanpa sebarang message/call, bermaksud saya mahu dia message/call saya dulu. Saya taknak nampak saya saje yang berusaha untuk mengambil tahu.
Bila saya melontarkan kata yang menyakitkan hati, jangan percaya kata2 tu. Sebab saya hanya cakap ikut suka hati saja bukan dari dalam hati. Kalau saya kata 'Tolong tinggalkan saya', bermaksud saya mahu bersendirian dan bukan saya tak perlukan dia tapi saya sedang mecari ruang untuk merasa tenang.
Kadang-kala saya bersikap degil. Degil bukan kerana saya memang degil tapi saya mahu lihat anda bersabar atau tidak. Percayalah hati saya sangat keras tapi hanya anda mampu melembutkan,
Bila saya kata ada orang lebih baik atau lagi hensem dari dia, jangan percaya. Saya mahu dia lebih hebat dan terbaik dari sesiapa yang pernah saya lihat. Dan apa yang saya maksudkan ialah saya tetap nampak dia yang paling terbaik.
Kadangkala saya jarang suarakan kata rindu bukan bermaksud saya tak rindu tapi saya sengaja beri ruang kepada dia untuk suarakan dulu. Dan apabila saya kata rindukan dia bermaksud ia memang datang dari hati saya.
Bila saya marah secara tiba-tiba dan mood tiba2 swing, bermaksud ada lah kata2 dia yang membuatkan saya rasa sakit hati or tak puas hati. Dan bila saya kata sesuatu janganlah argue, iyakan saja. Jangan tunjuk anda tahu segalanya dan membuat saya rasa jengkel.
Saya sering merasa sakit tapi menyembunyikannya sehingga saya menitis air mata tapi sesiapa pun takkan dapat melihat sebab saya menangis didalam hati. Derita saya sukar difahami dan saya boleh tersenyum sembunyikan rasa sedih dan mencari kekuatan diri.
Saya masih memerlukan bimbingan. Bimbinglah saya menjadi perempuan yang baik. Janganlah halakan saya dengan perkara negatif dan saya saya juga mahu kahwin dengan lelaki baik maka tunjukkanlah perkara yang baik.
Saya sangat tak suka dia berhubung dengan perempuan maka janganlah lakukannya walaupun saya mempunyai ramai kenalan lelaki tapi saya tahu batas dan saya kenal diri saya sendiri tapi tidak anda.
No comments:
Post a Comment