Sunday, December 6, 2009

memori tercipta- esp to all bakal peserta PLKN

Lately, aku banyak terkenangkan waktu PLKN.
Maybe kat situ lah aku belajar menjadi seorang insan yg kenal erti cintakan negara.
Dan most important is kenal erti persahabatan dan kehidupan.
Bila orang tanya, apa yg bestnya kt sana? Aku memang susah nk jwab sebb telampau byk bnd nk diceritakan.
Selama 3bulan menjadi wiarawati walaupun bukan aku sorg je yg merasai saat tu tapi dalam hidup aku PLKN Kg baharu, Lumut adalah tempat paling penuh memori dan emosi.
Saat aku bertempur dgn perasaan bila dpt kwn yg perangai mcm haram jadah, kegampangan.
Sakit hati knp nama aku naik dalam list peserta PLKN 1st intake ni dan saat aku menahan perasaan bila aku naik bas meninggalkan mak dan ayah serta adek2 yg even dorg annoying tapi saat tu adalah paling berat buat aku utk menahan perasaan. Semangat kuat yang aku kentalkan walaupun aku taklah sekuat mana. Aku gagahkan juga utk belajar erti sebuah kehidupan.
Dahla kt sana hp kena amek. Eee.

Aku memang seorang yg keanak-anakan dan sedang meningkat dewesa sewaktu itu.
Kadang perangai mungkin kurang disenangi tetapi aku cuba jadi baik utk semua org.
Dulu aku gemuk dan saat aku kt PLKN la aku tekad utk kurus.
See, jadi kan PLKN 1 platform utk anda menjdkan satu cita2 menjadi kenyataan.
Tak mati pun pegi. Aku ni pun sehat lagi. Okay saje.
Advantage nyaa, aku bole independent maybe before this aku suka depends dgn org tapi skg aku belajar utk berdiri dikaki sendiri.

Dulu aku takut utk bercakap di khalayak ramai, begetar kaki lutut, bepeluh tgn, jantung bedegup pantas 120km/sejam, tapi kt sana aku belajar bedepan dengan semua org. Bila lg nk belajar semua ni? kan..
Tak perlu setkan minda anda tentang keburukan PLKN. Sebb apa yang tertulis adalah ada himah dan sebb musababnya. Tuhan telah tetapkan anda utk pergi kesana jadi, pergi sajelah dgn doa yg menggunung.
Kawanlah dgn sesiapa saje kt sana sebb kwn2 kt sana adalah kwn sementara saje.
Lps saje anda tamat latihan, adalah sukar utk bertemu kembali.
Sangat susah sebb masing2 membawa diri dan ada yg pergi merantau dan belajar jauh2.
Muka rakan yg anda benci tu lah yg anda akan ingat. Saat bergaduh dgn rakan se-dorm tu lah yg akan terngiang2 difikiran mahupun di hati.

Jadi... sedih nk cite panjang culuplah kenangan tu semua tepatri dalam hati dan seumur hidupku.
Paling menyedihkan kem tu skg, telah pun ditutup sebb ada konflik antara owner tanah dan org kampung situ. Walaupun mcm tu tapi tempat tu dah menyimpan 10001 kenangan dan menimpan segala memori suka dan duka.
Terima kasih kerana nama saya ada dalam senarai pelatih PLKN sesi 1 (29Dec 07- 11Mac 08).



;((

No comments:

Post a Comment