Wednesday, March 30, 2011

Kebaikan dan Keburukan menjadi guru

Memandangkan mak aku juga seorang guru maka, dia sering bercerita mengenai anak-anak muridnya yang banyaklah karenah. Dan aku juga bekas pelajar jadi aku sangat memahami kondisi menjadi seorang guru. Hehehe

Kebaikan
  1. Malaikat sentiasa mengaminkan doamu. So, setiap perkataan anda dikeluarkan adalah satu doa maka, janganlah maki hamun murid anda ye.
  2. Kepada guru-guruku yang pernah mendidikku dari tadika sehinggalah ke politeknik, usah risau kerana namamu semua tidak pernah sekalipun missed dalam doaku. Nescaya syurgalah tempat anda. Amin
  3. Pekerjaan yang sangat murni dan mulia sesangat. Kerana anda menjadikan seseorang itu seorang manusia yang bijak dari tidak kenal huruf sehinggalah mampu dan berjaya menyusun cantik ayat-ayat seperti aku sekarang.(wahh2..yeye je azalea) hehehe.
  4. Jika anda sudah lebih 20 tahun menjadi guru, jika anda mempunyai lebih dari 10000 pelajar, maka 10000 pelajar itulah sentiasa mendoakan anda agar anda dirahmati sehingga mereka ke tua. Adakah bekerja sebagai eksekutif pemasaran mampu mendapat 10000 orang mendoakannya sepanjang hayatnya? Fikir2 kan.
Keburukan

  1. Jika guru memaki hamun muridnya bodoh dan malaikat mengaminkan doanya maka bodohlah dia.
  2. Gaji guru mungkin tidak berkat jika dia tidak masuk ke kelas dan mengajar seperti dijadualkan dan tidak mempunyai alasan logik. (Mengelat le tu)
  3. Guru marah murid, murid kutuk guru kat belakang. Kereta guru pula calar kena toreh. Hahaha.
  4. Sentiasa menjadi bahan untuk diperkatakan. Baik atau buruk bergantung terletak pada karektor anda pamerkan kepada mereka ketika didalam kelas.

Monday, March 28, 2011

Santapan Rohani


Actually melodi dan liriknya telah berjaya meredakan kemarahan yang mebuak-buak semalam. Thank God. (; Semalam kan aku hangin semacam, elok aku on the way ke McD aku on radio,tiba-tiba lagu ni keluar. Wahh ni lagu time sekolah rendah dulu hahaha time semangat masuk nasyid (yeye je). Anda dengarlah lagu ni sebentar buat santapan rohani anda sendiri. (; Enjoy!

Sunday, March 27, 2011

Marah




Hi to everyone. Mood aku harini tiba-tiba terbakar. Habis semuanya kena sembur dengan aku. Ni disebabkan Azirah telah stalker laman sosial aku. Aku rasa nak mengamuk sungguh-sungguh.
Arghh! Tapi biarkan saje aku macam ni lama kelamaan aku akan cool dengan sendirinya. Semalam aku pergi rumah abang wan, jumpa my nephew Qaliff. Dah besar dah dia, dulu he always crying. Tak selesa jumpa orang kot. Now, dah besar sengih je. Yesterday, bukan main mengada dia. Mak dia kata, before kitorang datang moody je, melalak saje dia hehe. Then bila kitorang sampai happy, lalu menimbulkan kemusykilan hehe mengapakah dia kelihatan gumbira? Sudah exhange hehe. Anyway, dia sangat disenangi sekarang. Muahhhh!

Thursday, March 24, 2011

Dulu dan sekarang

Hey hey. How's today? Hari ni, aku mengambil masa almost one hour untuk fikir apa nak cakap eh. Finally, title di atas telah singgah dalam minda aku sekarang yang mana memang aku dah lama nak story tapi lupa haha. Well, bila kawan sekolah ajak hang out mesti aku fikir 10 kali. Sorry. Sebab apa? Sebab Azalea yang nonstop talking kini agak contra sikit. Awkward untuk berdepan dengan anda wahai kawan-kawanku sayang. hehe maybe aku kelihatan 'senyap' sikit. Ingat lagi time pergi sekolah last year, kawan aku ni dah 2tahun tak jumpa aku. Dia tanya aku, 'kenapa senyap za?'. Aduih aku dah rasa macam tak selesa sebab orang dah perasan kekekokkan aku. Hehe hish tak tahulah kenapa. Pelik je tengok orang lain rilex je jumpa kawan lama. Maybe low confidence kot.

Dulu aku memang banyak cakap. Sangat senang tersenyum hehe ewahh. And senang dengan kawan-kawan. Sekarang bila dorang ajak reunion aku rasa err. Kekoklah. Terasa macam jumpa kawan baru. Is it normal? hehe jangan salah faham okay. Mungkin nampak aku tak berapa friendly berbanding dulu mungkin disebabkan lama tak jumpa dan faktor kematangan yang agak menjanggalkan ni hehe. Umur bila dah makin dewasa, perangai pun kian berubah. Kena jumpa selalu, pergi sekolah/kelas macam dulu baru okay kot. Hehe kalau tak, nak cerita apa pun? Kawan-kawan pun ada yang dah kahwin so itu jelah story yang mampu diceritakan.

Bila kawan tanya aku bila nak kahwin, hehe sorry lah. Tunggu anda semua yang berkemampuan ni lah yang proceed dulu. Aku nak study lagi kasi habis dulu baru pikir selanjutnya. Tengah timba ilmu banyak-banyak dulu sebab buat masa ni aku rasa nak ambil masa untuk selesa dengan pembawakan diri dengan sekeliling. Aduhai susah juga jadi manusia ni. Hehehe Anyway, doakan kita same2 success okay. To my friends, love love to you xoxo (:

Sunday, March 20, 2011

Pavilion

* gambar ni di copy dari facebook Anti Pavilion KL kids yang di like oleh Azirah

Hahaha application ni mampu menggeletek dan mengakibatkan batuk aku lagi bertambah parah hahaha! Aku sebagai Kuala lumpurian, sememangnya Pavilion adalah tempat yang menjadi port budak-budak yang nak hot tapi tak menjadi dan mostly dipelopori oleh budak sekolah dan aku berani bet lah artis favourite mereka Justin Bieber. Haha mengkome sekalian, I pun ada adik and I rasa you alls semua sama saje, cuma mengkome mengata sesama sendiri sahaja. Kesian aku tengok ada yang comment 'duduk flat tapi bajet anak dato', pakai baju mahal-mahal tapi duit tambang je ada'. Hahaha. But for me, as long you guys bahagia its OK. Cuma aku tak denied lah kenyataan yang admin ni buat seperti didalam gambar yang anda lihat di atas. And jangan lupa, camera DSLR pastu berada disisi, maybe pepatah 'bior pape ase gaye' kata orang perak menjadi tunggak dalam hati mereka. Sukahati anda lah mahu buat aksi apa, tapi honestly aku juga terasa tempiasnya pedih sakit mata. haha Sekian terima kasih

Roti canai

Arghh! Why... kenapa tengah2 malam aku terasa nak makan roti canai ni. Habislah badanku naik! Nampak marveles kan? Jom pergi mamak shabnam. Lapoooo!

Friday, March 18, 2011

Everyday is a nice day

* Sweet kan my google background.

Hi everyone. After vacation, aku rasa more rilex and easy to laugh. Better than before even I am still jobless. Haih. Sooo suweyy. Heyyy... I am not supposed to said that. Maybe aku masih diberi ruang untuk 'rehat' for awhile. (ayat sedapkan hati) Okayyyy fine. Anyway, esok mahu watch movie, Hikayat Merong Mahawangsa. Erm, hari ni nothing special. So bosan. Online saje. Aduhai, speechless lah pula. Hahaha. Bengonggggg. Okaylah, sampai disini sahaja. Take care everyone. Thanks for reading. May Allah bless all of us (;