Friday, December 31, 2010

Target dan Rahsia saya

Happy New Year my dear friend (; How's today? Azam yang disematkan dalam dada 2,3 hari lepas still ingat ke? hehe Azam..hehe mcm name orang pulak. Aku pun ada azam, tapi aku tak panggil ia Azam. Sebb setiap kali aku buat azam, aku mesti tak dapat apa yang aku harapkan, malah aku ditimpa sial lagi. Maka, word azam telah aku hapuskan dan digantikan dengan target. Ape lah agenda yang Tuhan telah aturkan yang bakal aku tempuh dan terokai selepas ni. Mungkin juga tahun ni tahun terakhir kita berada didunia. Siapa tahu kan? Tuhan telah aturkan ia dari azali lagi jadi kita hanya menjalankan kehidupan dan sujud kepadaNya saje.

Target aku ialah aku akan menghormati orang seperti mana orang menghormati aku and vice versa. (Mungkin ada yang tak memahami vice versa. Maksudnya 'sebaliknya'. hee saje guna ayat rare2. Bosan juga kalau guna ayat cliche je kan). Dan aku tidak akan mengambil tahu atau sibuk2 hal yang tidak berkaitan dengan aku. Pergi mengundi dan tentu saje BIRU adalah pilihan saya yeah! hehe Dan menjadi lebih matang dan dewasa serta maintain cute always (; hehe Aku akan nampak lebih cool dan tidak amek port sangat mengenai orang lain. Tapi ni tidak bermakna aku akan lupakan kawan2 tersayang esp my besties semua. Mereka akan aku ingat dan keep in touch jugaa. Serta kawan2 PLKN yang tersayang tidak akan aku putuskan silaturahim. (; ehh smile2 pulak aku hehe

Dan mengenai rahsia aku tu tentu saje part ni tertanya2 apa rahsia yang bakal aku bukakan sempena tahun baru yang mulia ni. HEHE. Sebenarnya, aku nak berkongsi rahsia BAGAIMANA AKU BOLEH KURUS. Dan jika anda mahu ikut, up to you. Mungkin ada yang dah tahu tapi tak mengapa. Aku beritahu lagi sebb begitu ramai yang bertanya. Dulu start 2006-2008 berat aku naik sehingga 60KG. Aku tak memerlukan khidmat Slim World malah aku juga tidak membazir dengan membeli Mustajab Pati Halia, Krim Mujarab ke Krim cili ke atau apa saje. Sebenarnya aku pernah mengalami Bulimia Nervosa dan ia sebenarnya susah nak dikikis sebab ia berkaitan dengan psychology. Aku akan memuntahkan segala makan setelah aku makannya dengan puas. Kepuasannya, aku dapat makan dengan puas tak kira ia berkalori tinggi ke apa janji apa yang aku nak, aku makan. Cukup masa 15minit lepas tu aku muntahkan balik. Dan perut aku rasa ringan balik. Tapi janganlah ikut sebab kalau tak control memang anda akan addicted. Macam aku lah, sampai sekarang benda ni tak mampu aku kikiskan tapi aku dah kurangkanlah. Alhamdulilah. Sebenarnya aku kurus pun disebabkan mulut orang. Aku terlampau amek hati dengan teguran orang, kata aku gemuk, boyot, badan tak cantik. So, aku pun menanam rasa benci melihat diri sendiri, aku tekad untuk kurus kaw2 punyaa.Time PLKN lah paling ketara, aku munta muntah muntah wek2 hehe dan akhirnya selepas tamat latihan orang semua tegur badan aku susut. Aku tak berhenti kat situ je, aku teruskan habit aku tu sehingga aku betul2 puas dan aku sangat suka akan habit tu. Aku masuk poli, aku check berat aku dah 50kg. Then 2 bulan after that, berat aku 45Kg! wow. Aku sangat hebat kan? Tapi time aku masuk poli nasi pun aku tak sentuh, jadi aku amalkan heavy diet lah.

Breakfast : Roti, susu/milo, cereal.
Lunch: Roti
Petang: Laksa/Bihun sup.
Malam: Milo je.

NASI ADALAH MAKANAN YANG DILARANG SAMA SEKALI APATAH LAGI AYAM.

Ramai yang salah angap, kalau tak makan nasi boleh kurus, memang betul tapi jika anda menggantikan nasi dengan ayam, ia tidak kan membantu pun sebab anda menggantikan makan yang lebih berat. So, untuk permulaan janganlah tinggalkan nasi secara drastik. Malam takyahlah makan kalau lapar minum saje milo tak pun makan biskut yang untuk diet, low calories. Kalau siang, teringin sangat2 nak makan nasi, amek nasi dalam 5-9 sudu saje. Rajin2 lah makan sayur. Kurangkan makan yang goreng2 esp pisang goreng ke apa2. Esoknya pun kurangkan lagi, lusa kurangkan lagi. Minggu depan cuba tak sentuh nasi. Actually semuanya terletak pada minda.Jika anda tuka mind set, TAK BOLEH HIDUP TANPA NASI maka ia tidak akan mampu menolong anda apa2. Kalau anda katakan ia diet yang mengarut, lupakan saje untuk kurus.. Cintai badan sendiri. Tu saje. Mahu apa2 tips lagi? ewahh ;p Assalamualaikum. Sekian.

Pictures untuk semua sebelum mengakhiri angka 2010

Jangan tak tidur malam yer kepada yang tengok pictures ni hehe ewahh perasan je. Joking je. Semoga angka 2011 membawa rezeki yang melimpah seperti air tempayan terlebih isi hehe. Have a nice year!






Thursday, December 30, 2010

Alahai si psycho


Assalamualaikum pada semua pembaca.hehe hari ni, aku nak luahkan apa yang terbuku dihati sebelum bukanya diary baru tepat pukul 12am malam kang.
This year full of suprises. Salah satunya, aku telah dirisik untuk dipinang oleh anak jiran aku kat depan rumah ni dan dia jugak kawan sekolah aku dari sekolah rendah. Tidakkah pelik tanpa angin, ribut apatah lagi angin kipas tiba2 nak masuk meminang? Obviously, muka aku mulai menunjukan reaksi pelik, berkerut2 dahi aku kebingungan. Apa dah aku buat sampai dia nekad nak kat aku. Orang paling terkejut ialah ofcos parents aku. Yela, maybe dorang tak pernah kena bila anak sendiri nak dirisik dan pihak yang sana sangat beriye2. Tak tahukah dia yang aku ni baran? kuat mengamuk nak ikut cakap, angin aku saje. Tentu saje dia akan menyesal nanti. Tak payahlah, lupakan saje hasrat anda wahai si lelaki yang dimaksudkan. Kelakuan anda seperti orang psycho yang buat aku rasa tidak selamat berada dirumah sendiri. Habis mak dia canang kat jiran-jiran lain suruh pinangkan untuk dia. Apa perasaan aku yer? Ofcourse aku rasa 1 perasaan yang ganjil. Baru aku rasa macam mana perasaan perempuan yang menolak pinangan lelaki yang dia taknak. Atas sebab2 tertentu kenapa aku taknak kan dia. Bukan sebab wajah dia saje tapi perangai pelik2 mereka buat muka aku mcm ni~


Aku tak berniat mahu menghina tapi kelakuan dan tindaklaku mereka seolah-olah menunjukan mereka seperti tidak waras. Hello, u muda lagi okayy. Lagipun i dah ade 'kawan'. Tapi aku nak ucap terima kasihlah jugak sebb ada jugak nak kat aku rupanya. hehe nak ke aku jadi menantu dorang. Tak risau ke aku kikis anak dorg, perangai aku pun belum tentu dorang betul2 kenal, setakat tengok rupa belum tentu menjamin attitude yang baik dan manis? kan?

Itu dah 1 hal, pasal brader cc yang keje kat bawah rumah aku kat TC, Ipoh tu lain pulak kisah dia. Psycho jugak. Sejak aku habis belajar ni dia tak henti2 text aku tanya aku nak balik Ipoh bila? Sambung belajar tak kat Ipoh lagi, rindulah apela. Kalau aku jadi dia, ramai perempuan kat TC tu kan dia ayat, layan sajelah mereka. Tapi dia macam tak kenal erti give up. Dah nampak aku dah ada BF pun still menggatal. Tak tau malu ke apa ntah. Dia tak kenal lagi kayu besball kot. Walaupun mungkin dia text dengan perempuan lain same macam buat kat aku, I don't care lah. Please stop disturbing my life. Aku dah takde kena mengena dengan dia lagi, dulu mungkin aku boleh bertutur baik dan hormati dia sebb aku sorang, so aku risaulah anything happen ada jgk orang yang boleh tolong mcm terkunci bilik dari dalam ke kan. Tapi makin lama makin menjadi2 macam take advantage pulak. Kadang2 geram jugak aku, aku mintak respect bukan buat aku mcm perempuan murah bleh gurau2 kasar, lucah. Please, grow up man!

Aku harap takdelah kisah psycho2 dalam diary 2011. Aku harap penghujung 2011 nanti aku nak plan mengakhiri zaman remaja ehh sekarang nak masuk 21 tahun dah pun, no more teenager haha. Mengakhiri zaman single. Kalau si kekasih hati sudah bersedia, insyaAllah hujung 2012 aku akan persiapkan untukmenjadi seorang wife yang solehah pula. Doakan yer sayang. Kawan2 sume,anda yang membaca. Harap segala yang di plan menjadilah dan menjadi lebih baik. DAN paling aku nak, dapat kawan2 yang satu kepala, baik2 takde gossip2 kutuk2 belakang sebab aku pun taknak mengata2 orang next year, be a good girl kiki. Harap impian anda juga tercapai. Sama-sama kita doakan yer.

p/s: Jangan terlampau obses sangat dengan orang yang kita mahu sebab nanti ada dilabel PSYCHIC.

Thank you, Assalamualakumwarahmatullah.

Thank you mosquito killer

Pagi tadi aku teliti mosquito killer penguin hijau yang aunty mary bagi kat aku for christmas present. Aku belek2 mana nyamuk2 ni. Kata killer. Ada nyamuk banyak trapped dalam tu, ada nyamuk belang2 macam aedes pun ade, dalam 3 ekor. Macam ni lah dia. Terer tak penguin hijau berdada lampu memerangkap nyamuk? hehe aku pun cakap 'terima kasih penguin' hehe.

Tadi aku nekad untuk mencari kerja lepas aku nampak ada syarikat yang advertise kat paper nk pakai pekerja. Clerk biase je, aku pun xnk keje gempak2 sangat sebb aku nak keje dalam 6 bulan macam tu je. Pastu nak sambung balik study. Dahla aku jalan kaki merayau kat area jalan Ipoh, mencari Plaza Pengkalan. Jenuh aku tanya takde sorang pun tau kat mana. Yang aku tau Plaza pekeliling je. Bila aku call orang tu balik, dia kata depan lagi. Depan lagi kat mane ntah aku dah melilau ke arah jalan Tun Razak nak ke Chow Kit tu. Aku menyumpah je dalam hati. Nasib hari ni mendung takde matahari kalau tak berbelaklah kaki aku yang nak baru nak putih ni. hee
Aku pun malas nak cari Office tu aku pun jalan je cari mana ada tampal 'VACANCY'. Sampai kat depan MAA Medical aku nampak notice vacancy. Building cm okay hehe milih. Aku pun call terus. Dia kata tunggu nnt dia turun. Dia nak pakai Assistant Admin. Aku pun tunggu, dalam 5 minit tu ada one couple mat saleh datang kat aku, aku senyum jela. Dia tunjuk paper dia tulis 'Batu...$@%$% no !$@^&' Dia cakap nak pergi batu caves tapi no yang dia bagi tu no plat bus. Masalahnya, mane ade bus pelancong ke Hop on Hop Off Bus pun takde. Aku pun kata

~ If you want to go to Batu Caves, you can go the other side and take rapid KL bus. Like that (aku pun tunjuk bus rapid dpn ni) number U 'DUA' aku pun pelik. Ape kepelik aku cakap melayu dengan tourist ni. Ehh U TWO.hee sambil tunjuk 'jari peace' hehe aku explain2 dia pun blah kesana. Aku tau dia nk cari bus number yang die tunjuk tu tapi aku rasa dia dah sesatlah. Lagipun salah soalan dia nk tanye, patut dia tanya nampak tak bus nombor yang dia bagi tu. Aku pun malas nak panjang cite

Yang aku bengang sekarang, aku tak tahu mane apek ni nak amek resume aku ni. Ingat aku hape. Aku pun dengan rasa bengang, malas almost give up aku blah je cari tempat lain. Pastu aku cari2 kat area station LRT Titiwangsa aku nampak kedai 'News'. Macam tetariklah pulak hee tapi aku taknak apply dulu, biarlah aku nk pegi area office lah dlu. Bila check, try call 1 syarikat ni, dorg tgh lunch break. Aku pun dengan rasa sakit pedih kaki memakai heels bodo aku pun blah. Akunak pegi kat News tu la. Aku try tanya, kakak tu pun try call manager dia, dia suh aku pegi station LRT plaza rakyat, aku pun pegilah. Aku tgk muka minah keje stu pun cam kerek je, dahla besar plak kedai tu. Kang aku nk ragging je apa. Taknak lah. Dia suruh aku fotostat IC aku terus blah hahahaha tebaik tindakan aku. Tak kuasa aku..




Monday, December 27, 2010

Biography

Aku lahir2 saje, name ini orang yang orang panggil2 aku. Nampak macam susah nak sebut tapi mudah saje, AZA-LIYA = Azalea. Simplekan saje. Aku Kuala Lumpurian. Lahir pada tarikh yang cukup simple untuk ingat 30 oct 1990. Aku ikut raut ayah. Dan aku sangat berbangga menjadi Malaysian. YUHUU.



Ni buku time umur berapa yer? umur 3tahun kot. Twinkle2 humpty dumpty sume ada. Buku ni mcm bestfriend lah hehe


My favourite book hehe Lion King versi Melayu. Cute kan?


Ini buka fairy Tales paling best hehe tak pernah baca pon. Tengok pictures je hehe. Ada 22 cerita macam Peter pan, Pooh. Ada lagi 3 buku mcm ni. Tapi biase lah time kecik tau tgk gambar je mane nak baca pun.



Menjelang umur 5 tahun hehe aku masuk Tadika Sri Ayu kat Sri Gombak. Dah sekolah dah Azalea ni. Dulu2 aku confused huruf ' d dengan b' hehe sampai kena marah2 lah ajar tak reti2 pastu nangis. Cikgu pujuk balik. Mengada je lebih.



Tapi ketereran dalam bahasa melayu dan math sangat ketara masa ni (;
Ni muncul lah si debab ni time aku umur 5 tahun, sangatlah pelik kerana tiba2 ada adik. Sikit2 melalak je mintak makan. Patut debab. Sampai sekarang.


Cita-cita yang aku nak jadi bila dah besaq. Ewahh jangan gelak.



Akhirnya aku terpilih dalam PLKN. Best ke? Ntah. Bestla tapi banyak pengajaran, banyak dugaan, manis pahit menjadi insan yang berjiwa patriotik. Biasalah kalau dah ramai, perangai sekor2 mcm syial kan,tapi biarlah janji dah habis. And tukarlah persepsi anda yang PLKN ini menyakitkan. Ia sebenarnya ubat dan memberi anda pengajaran yang baik untuk masa depan.

Then, aku melanjutkan pelajaran aku di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. One of the best institute in Malaysia. Aku amek Business Studies and telah pun habis. Aku nak further study balik middle year tahun depan. InsyaAllah dapat tempat yang sama. Aminn.







Sunday, December 26, 2010

Terminate Facebook.

Dengan rasa berbesar hati, Facebook aku telah pun di deactive kan atau lebih difahami ' telah diberhentikan untuk selama-lamanya' mungkin atas sebab-sebab yang munasabah.
Sebab-sebab tertentu:
  1. Facebook mempunyai pro and contra. Ia baik untuk social network tapi ada keburukan yang mampu memusnahkan hubungan tidak kira ia husband and wife atau kekeluargaan dan rakan-rakan.
  2. Tak mahu mengambil tahu apa saje mengenai sesiapa buat masa ni. Bosan.
  3. Mulai sekarang, segala keadaan anda yg mengenali aku, mungkin aku tidak tahu atau ketinggalan. Maaf ya. Aku tak berminat.
  4. Segala perilaku aku sekarang akan diubah menjadi lebih matang dan sedikit agresif menjelang 21 tahun. Maka ketidak aktifan facebook memberi ruang kepada aku untuk 'tidak sibuk2' untuk mengambil tahu mengenai anda semua.
  5. Bukan kerana ingin membataskan pergaulan atau memutuskan silaturahim tetapi aku nak mengambil perkara ini satu perubahan positive.
  6. Mungkin banyak persepsi tapi aku tahu apa yang aku buat.
  7. Rakan2 aku yang tersayang, aku tetap ingat akan anda. Utuskan apa saje salam atau informasi melalui nombor aku, tidak ada? Formspring saje.
  8. Suck!
Kepada anda sayangku, kini tiada ruang untuk aku curang. Aku sangat komited dengan anda. Jadi, janganlah fikirkan bukan2. Okay? Assalamualaikum

Friday, December 24, 2010

Pitam dipagi hari

Tiba-tiba aku rasa tidak selesa seperti nak buang angin tapi seolah2 ia tersekat. Aku membetulkan badan aku agar aku kembali selesa mengharap angin keluar dan sambung balik tidur. Perut aku semakin pedih, aku kejutkan azirah tapi paling aku sakit hati dengan budak debab ni dia malas nak bangun. Aku kejut dia banyak kali barulah dia bangun, aku suruh dia amek minyak angin kat bilik mama. Aku terus sapu. Perut aku terus cramp, ahhh apehal plak pagi2 ni perut wathal... aku dah mengeluh, muka aku kerut menahan sakit yang teramat sangat. Tak pernah aku rasa sakit perut macam ni, tuhan aje yang tahu.

At the same time, aku macam bingung2 sikit. Baru bangun tidur, mamai agaknya. Aku terus pergi bilik mama mengadu aku sakit, mama dengan rilex nya jawab amek ubat sapu minyak angin. Aku dah ngeluh sakit sangat2 rasa nak luruh usus aku ya Allah..aku tak tahan, mama terus cari painkiller. Muka aku pucat lesi, peluh2 dari kaki sampailah kepala. Bibir aku terasa kebas macam nak pitam dan akhirnya aku duduk kat kerusi belakang aku. Aku nak bangun pun tak boleh, aku gagahkan jugak.

Aku rasa tak selesa, perut aku memulas teruk, pedih gile. Aku rasa loya, aku termuntah tapi tak keluar apa. Aku pergi toilet terus duduk kat jamban. Aku tunduk menahan sakit tuhan saje yang tahu. Time tu aku rasa takde sape boleh tolong aku redakan sakit, aku nak pergi klinik tapi mama nk pergi mesyuarat. Lepas tu mama bagi aku ubat suruh aku telan, aku pergi toilet dalam bilik aku, aku tunduk bawah pandang lantai je mengharap tuhan kurangkan sakit teramat sangat ni. Perut aku memulas nak uk2 hehe bepeluh2 aku, lesu betul rasanya dengan pucat muka tak kurang2. Terasa kebas kat mulut tak hilang lagi. Aku kesat peluh aku, punyalah banyak air peluh. Seakan terseksa badan aku menahan sakit. Kesian kan?

Aku pegang ubat, keluarkan dari casing dia. 1st time aku makan ubat dalam toilet hehe aku makan dan semakin reda pedih perut aku. Perlahan2 aku baring kat atas katil. Akhirnya mata aku terlelap. Pukul 9.40 aku terjaga, aku terus basuh muka dalam keadaan yang lemah sangat.
Aku kuatkan juga, loya tak hilang lagi pulak. Aku tahan je. Ia beransur pulih lepas tu. Thanks to God... Nak tahu puncanya? Aku pun kurang pasti. Mungkin susu aku minum malam tu? Mungkin biskut coklat yg harga RM2 tu, punyalah tak sedap. Kat luar je nmpk mavelesss. Mungkin roti tebal yg mama buat pizza semalam, tapi semua orang makan ape. Azri pun ada minum susu tu smlm. Biskut coklat pun Azirah ada makan. Badan aku ni lembik sikit. Tak tahan sangat kot poison nyaa.. Harap2 tak jadi lagilah benda ni. Tapi sampai sekarang ni aku rasa sengal pedih lagi, maybe cramp tadi kot. Haihh azalea..azalea..


what a cute baby

Siapa budak kenit ni? This is me (; hehe masa ni aku mungkin saat terindah kerana perhatian orang kat aku tidak berkurang malah ada yang sanggup jadikan aku anak angkat sebab aku sangat cute eventho aku taklah secomel baby mix. I am truly asian tau ( asian je sebb kalau truly malay takleh jugak) hee.


"Apa benda yang besar ni? ada cermin? flash?"
Happy birthday Azalea. yang ke..tak tahu hehe ke2 kot (;

This is my bestfriend. Its always with me. hehe


Wednesday, December 22, 2010

My wedding song.

  1. Flighless bird American Mouth by Iron and Wine
  2. I love you by Celine Dion
  3. I promise (wedding song)
  4. Hello- Lionel Richie
  5. True Companion- Marc Chon
  6. The Way You Look Tonight- Frank Sinatra
  7. You're my everything- SantaEsmeralda
  8. At Last- Etta James
  9. Power of Love-Celine Dion
  10. Unforgettable- Nat King Cole
  11. Unchained Melody by Righteous Brothers

Coretan 2010

Apabila genapnya umur aku 20tahun segalanya berubah sedikit demi sedikit. Dari relationship, kawan, penambahan family members hehe everything's change! Paling memberangsangkan adalah prestasi akademi aku yang semakin baik menunjukkan aku mampu berjaya seperti orang lain.
Berat hati meninggalkan angka 2010 yang penuh suka dan duka, tangisan diselang selikan dengan tawa dan sendu, cukup lengkap tuhan memberi kita perisa kehidupan. Tapi paling penting, tuhan tetap mengizinkan jantungku berdegup normal. Roh masih lekat badan jasad sudah cukup aku bersyukur. Anda juga harus menarik nafas lega kerana masih diberi peluang untuk hidup (;
Corat coret 2010

  1. Pada awal tahun 2010, aku mula dengan kehidupan baru dengan mendapat housemates baru dan cuba untuk tidak stay bersama roommate lame atas sebab-sebab tertentu dan akibatnya roommate aku tu nyaris berhenti poli. Aku pada mulanya rasa janggal dan akhirnya aku mulai selesa dengan mereka.
  2. Dengan adanya orang tersayang setia menemani, masa yang aku lalui agak indah walaupun orang yang sepatutnya tidak ada selalu. Suck.
  3. Aku mula nampak menyerlah dan giat berusaha dalam pelajaran.
  4. Dengan adanya teman baru yang sangat aku sayang sentiasa setia menemani buat aku rasa tidak kosong, thanks dear.
  5. Ohh ade ahli baru lah dalam family hehe Megat Qaliff Rizqin, anak abg wan. Poyo je dia tu.
  6. Aku mula mendapat migrain yang teruk apabila proposal aku tidak siap dan kawan aku yang sama2 buat proposal sangat membuat aku pressure.
  7. Aku mulai bosan dengan perangai kawan aku iaitu roommate aku dulu jugaklah. She's annoys me.Wek!
  8. Semester habis dan aku mula bersedia untuk memulakan semester baru
  9. Nani buat hal nak dok hospital sebulan dan aku kembali migrain.
  10. Aku duduk kat TC sorang2 yg pada mulanya sukar dan akhirnya aku mulai selesa dengan kehidupan yang tenang tanpa gangguan.
  11. Financial Accounting yang heavy subjects, pada awalnya aku fikirkan ia susah tapi berkat usaha dan mindset serta doa aku mampu melakukannya. Yeay!
  12. Aku lebih rasa tenang masa ini tanpa tekanan.
  13. Bosan pada awalnya duduk dibilik tanpa riuh suara tv, akhirnya dapat jugak menghilangkan bosan dengan adanya baby baru iaitu tv lah hehe
  14. Handphone sony ericsson rosak!
  15. Aku dapat interview UiTM untuk course Masscomm.
  16. Aku telah dirisik oleh jiran depan rumah aku! wahh terkejutkan? Aku pun. Kenapa dia gilakan aku, aku pun kurang sure. Padahal kawan sekolah rendah tu. Pelik!
  17. Semester akhir pun tamat, sejurus saje tamat, aku diserang denggi. agak vavi juga kan nyamuk tu. For your info, ni dah kali ke2. No wonder lepas ni bleh kena lagi, nauzubilah.
  18. Berat aku dah menurun dah tau, kini 40.7kg.
  19. Aku dapat sambung belajar kat UiTM course Performing Arts. Tapi I'll let it go.
  20. Dapat anak sedara baru, anak kak moy. Its a Boy!
  21. Bosan, sedang mencari kerja.
****
nanti aku update lg ehh, aku lupa lah! hehe

Thursday, December 16, 2010

Eee kawen cerai



Takutnya kalau aku jadi macam orang sekarang ni, Nauzubilah. Saban hari kita diasak dengan cerita-cerita ngeri yang beremosi macam ni. Bukan mengenai kematian tapi soal hubungan yang dibina atas dasar cinta awalnya akhirnya punah dengan hanya kelangsian mulut melafazkan talak. Begitu mudah wahai lelaki anda melepaskan orang yang tersayang dengan hanya menggunakan mulut. Betul lah kata orang, mulut mampu mengubah segalanyaaa. Everything.

Kenapa banyak benda ni berlaku kini? Adakah anda fikir secara dalamnya? Mungkin sebab orang ketiga, Facebook, gatal miang, kekurangan keberkatan dan restu?
Sape yang nak bercerai kan? Sebenarnya untuk menjalinkan hubungan yang agak suci in atau tak kiralah apa saje, bergantung pada niat. Jika kahwin tanpa restu keluarga mungkin menjadi masalah besar pada masa akan datang. Dan duit yang anda gunakan untuk melangsungkan perkahwinan juga perlulah asalnya berkat. Jadi, mengapa orang banyak bercerai? Soalnya disini lah.

Contoh:
Kalau aku ingin kahwin lalu untuk mencari jalan pintas untuk mendapat duit, aku kerja jadi model dan orang sangat sukakan badan aku yang cantik dan aku dapat duit yang banyak hasil modeling. Aku dapat duit kerana badan aku yang sepatutnya aku jaga dari terdedah dilihat orang. Tapi ada orang kisah? Janji aku ada duit, lalu aku gunakan duit untuk melangsungkan kahwin. Maka keberkatannya dimana ya?

Aku tidaklah sebijak mana tapi apa yang aku belajar dan ustazah aku terangkan pada aku tahun lepas, jadi aku fikir sedalamnya. Memang benar, kalau dah gatai sangat hukumnya wajib untuk kahwin tapi perlulah fikir seperti orang yang berakal. Umpama aku menyuruh bakal suami aku meminjam hutang along kerana kekangan duit. Secara jelasnya, kami tidak mampu jadi kami tak perlulah sampai meminjam dan akhirnya menjeratkan diri sendiri. Lalu keberkatannya hanya tuhan saje mampu menyukatnya.
Jadi fikirlah sedalamnya yer (:


Aku harap aku dapat kahwin dengan lelaki yang baik, bertanggungjawab, tiada orang ketiga,anak banyak ((: Amin ya rabbal al-amin.

my besties and I (;

to sayang (; this picture for you. Even Im not with you, my besties always with me. I have more than this. But you're always in my heart. I love you so much. hsb (:

Awak ingat awak photographer awak hot ke?

Haha sudahlah, getik aku tengok budak2 mengusung camera kesana kesini, capture gambar ntahpape. Konon hebat hot sangat lah. Tolonglah, perempuan takkan cairlah tengok. Menyampah aku budak2 melayu ni bertebing tepi pavilion. Sama lah perempuan ke jantan semua same. Semua budak sekolah, Mak bapak kerja biase2 je tapi belagak dengan topman segala, tengok orang macam dia saje beduit. HELLO? Awak budak skolah lg, sedar skett. ewww

Wednesday, December 15, 2010

Azalea, you're amazing!

You know what, aku dah semakin boleh terima keadaan kat KL ni and life aku mula beransur baik. Tiada kemurungan dan apa saje (:
Well, sayang... It doesn't mean I blow you away. Okay? I miss you like crazy! But Life must go on.
So, what's next? Kerja, kerja, kerja. Aku nak cari kerja ape? My self always ask me, " Do you want to take the performing arts? No regret huh after this? ". Aku tak tahu lah. Pening3 tapi aritu aku ada mimpi, begini:

Azalea: Aku nak lah pegi amek course performing arts tu
Stranger: Kau nak amek jgk? Kenapa? Kau fikir baik2. Kalau kau nak, kau fikir tak lepas tu kau bleh keje ape?
Azalea: ???

Pelik kan mimpi ni? Dia seolah2 memberi petunjuk yang tak perlu lah kot...Hmm. Aku ikut naluri aku, ia kata tak perlu. So, thats the answer (:
Okay, bestnya rase lepas vacation. Betul kata orang...Kalau stress mehlah becuti. Takdenya rugi. Mesti release tension. How's Sabah? Okayyyla. Actually tempat tu taklah se happening KL, PD, Melaka, Ipoh tapi bolehlah untuk ubah angin. Ambil angin dibawah bayu. (: right?
Malam dia punyalah cepat, pukul 6pm dah maghrib. Sabahan? Dorg okay cuma suka sangat pandang2, hello? we knows lah we're strangers. No need lah nak usha2 panas.
Hehe macam2 lah. So, lepas ni nak rest jelah. Tak bleh rest lama2 nanti dah biase bangun lambat tak risau kerja apa2 langsung tak jadi kerja. BUT I need money. I need it. Because of what? I need shopping. (: ada sape2 boleh tanggung ke?

Monday, December 13, 2010

Ex-Boyfriend

Tentu besar mata, darah naik kepala kalau boyfriend aku baca enrty ni. hehe rilex ye. Aku taknak cite pun pasal die tapi apa yg aku cube sampaikan ialah pernahkah anda mempunyai EX GF/BF? Sudah tentu adakan? Pernahkah anda teringat2 kan dia? Orang kata Tak mungkin Kerna Sayang? Aku kan once aku dah lepas orang tu, aku takkan ingat. SEBAB, aku rasa hidup tak perlu dikenang. Walaupun aku memang orang yg suka mengenangkan perkara lama. Tepis2 saje perasaan. Ia seolah-olah menyelebungi. Pegang kata2 ni, yang patah tumbuh,yang hilang berganti.
Mungkin dia pergi membawa message atau hikmah yang tersembunyi, untuk kita fikir sedalamnya mengapa dia pergi. Bukan mengenang perbuatan dia dan mungkin asalnya kesilapan kita.
Mengapa ek?

Dia sememangnya bukan yang terbaik untuk anda. Dia mungkin akan menghancurkan hidup anda maka Tuhan menghancurkan hubungan anda dengannnya sebelum perkara yang lebih teruk berlaku. Positive kata orang, bukanlah senang tapi semuanya memerlukan masa untuk kita terima.

Pernahkah anda mencuri2 mencari dia di FB? Approve dia secara diam di FB atau ADD lah senang. Mengharap die comment dan keep in touch? Sudahlah, jika tak mahu hubungan baru barai janganlah mencari bala. Jenis aku, aku akan ingat akan segala perbuatan bf aku lalu menghempas balik kepada die, amek kauu rasakan rasanya sakitnya rasa cemburu. Jika kau message perempuan lain? Boleh jugak aku melayan lelaki lain di FB apatah lagi didalam handphone. Buatlah kalau mahu rasanya juga sama pada awak. kan sayang?

Jika sayangkan aku, buatlah baik sewajarnya seperti mana aku layan anda. Sanggup lakukan segalanya untuk pertahankan hubungan biarpun orang mengata. Tapi ada aku kisah?
Janji kau sayang, dapat bahagiakan hidup aku. Cukup tu saje tak perlu tabur janji lagi2 duit. Aku tak nak alasan, kecurangan kau dan lagi2. Jika aku tahu, kau akan kubalas secara senyap sampai kau derita. Aku bersumpah atas nama Tuhan.

Ooo. Okay, pandai benda ni analyze, nak try?

Azalea,

Sebagai rekod, maklumat anda telah dimasukkan ke laman web kami (Rahsia-Tarikh-Lahir.Com) bagi tujuan analisis peribadi oleh individu (mungkin anda sendiri) melalui IP: 60.50.157.82 pada 11:25, 14 Dec, 2010.

MAKLUMAT YANG DIBERIKAN
################################

NAMA : Azalea

TARIKH LAHIR : 30 - 10 - 1990

JANTINA : Perempuan

KETINGGIAN : 159 cm

BERAT BADAN : 41 Kg


ANALISIS UMUM
################################

NO. PERIBADI : 5

ELEMEN : Tanah

CIRI UTAMA : Mencari

SINOPSIS : Disukai kerana karisma kepimpinan, namun degil.

TAFSIRAN UMUM : Pemimpin, kerja keras, berpangkat tinggi, degil.

WARNA SESUAI : Coklat, beige dan kuning.

STATUS BMI : 16 => Underweight (terlalu kurus. Dinasihatkan berjumpa dengan pakar pemakanan bagi mendapatkan nasihat pemakanan yang sesuai bagi meningkatkan berat badan kepada yang ideal.

PENYAKIT UMUM : Pencernaan (kesakitan atau senak perut), ketidakhadaman, sembelit, anemia (kurang darah), buasir, sakit sendi, sengal tulang (arthritis).


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
################################
Seorang yang popular (samada disedari/tidak disedari). Merancang dengan berprinsip tetapi akan membawa kejayaan. Seseorang yang berprinsip, sangat pentingkan diri sendiri, tugasan luar. Sangat berhati-hati dengan wang, percaya prinsip sendiri dalam memperolehi duit. Halangan dalam perniagaan, berfikiran lama.

Sangat berdikari, namun ditikam belakang. Berjauhan (mental/fizikal) menyebabkan berpisah. Sangat berdikari, tidak suka orang lain camputangan urusannya. Sukar percaya orang lain, sukar ada rakan niaga, mudah disabotaj. Rasa kesunyian dan sendirian. Sesuai menjadi agen/middleman. Suka simpan banyak maklumat, mudah mengalami tekanan/depresi/sakit mental. Memiliki gerak hati, ilham, firasat dan muslihat.Terlibat dalam aliran wang, mudah terlibat dalam rasuah. Potensi mengumpul wang jika bekerja di luar (outstation). Bergaul dengan orang kenamaan/VIP, mudah mendapat kepercayaan orang atasan. Duit banyak dihabiskan untuk belanja orang atasan/kenamaan. Mudah disabotaj dan mensabotaj. Bakat pada suara, boleh bercakap dengan laju, spontan dan berhujah. Cakap lepas dan pedas. Sesuai menjadi guru, pensyarah, penceramah, ahli politik, pemasaran, penyanyi. Suka berniaga dan mudah untung.


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA
################################
(KERJAYA SESUAI)
Hartanah, pusat kewangan, pembuat pasu, kedai antik, pakar runding, perakaunan, pengkebumian, batu permata, marmar, kontraktor, perlombongan, kebajikan, pembinaan, broker saham dan sekuriti, arkitek, pekebun, peladang.

(KERJAYA TERBAIK)
Perniagaan berasaskan perkhidmatan, minuman, tenaga buruh, agensi pembantu rumah, makanan laut, perkapalan, loji janakuasa air, pakaian renang, agensi pelancongan, agensi insuran, pengurup wang, jual beli, pertunjukan kebudayaan, pengarang bebas, jurujual, peniaga gerai, penapis air, internet, ahlisilap mata, stesyen TV, stesyen radio, penyampai berita, DJ, wartawan, posmen, pemandu, nelayan, ahli matematik, ahli falsafah, diplomat.


"Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir"

Hanya sebagai renungan,
Rahsia-Tarikh-Lahir.Com

Thursday, December 2, 2010


to sayang, i love you (;

Wednesday, December 1, 2010

Please, God, joy me up.

Sangatlah depress lately. Since, aku balik dari Ipoh then aku admitted aku terus blank. Aku faham situation aku. Aku terpaksa menerima keadaan yang jauh dari syg dengan drastiknya. Jiwa aku kosong. Aku usaha ceriakan hati aku dengan sekeliling yang tidak begitu membantu.
Minggu ni pergi Tg.Tualang, ya Allah..lg aku tak hepi dgr tp aku try to be positive. tak lame pun.

Aku sangat tak boleh terima yang life aku telah di ubah kembali ke asal yang aku sendiri tak tau macam mane nk halakan. Nak keje? Nak smbg blaja? Yang mane ni? Dok rumah? Erghh bukan masa yang terbaik kot untuk buat masa ni. Terlalu terburu2 pun takut tak jadi jugak. Aku just go with the flow jela. Next trip ke sabah pulak. Aku bukan tak hepi nak pegi holiday tapi aku mcm pikir ape ada kt sane? Nmpk sgt aku tak enjoy dengan life aku kan? Jom kite google, ape benda yg terbaik untuk mengembalikan kehidupan menjadi lebih baik (: